Pengarah terkenal, Syamsul Yusof, meluahkan rasa bangga dan terharu apabila putera sulungnya, Syaikhul Islam, menerima anugerah ‘Player of the Year’ daripada Kuala Lumpur FC.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Syamsul mengungkapkan rasa bangga sebagai seorang ayah terhadap pencapaian luar biasa anaknya itu dalam sukan bola sepak. Menurutnya, kejayaan Syaikhul turut menggembirakan seluruh ahli keluarganya.

BACA LAGI: “Umur 7 Tahun Tapi Tulisan Cantik Betul” -Puteri Sarah Puji Tulisan Anakanda Sulungnya

Syamsul Yusof Bangga Putera Sulung, Syaikhul Islam Terima Anugerah ‘Player Of The Year’. Tahniah!

“Anak lelaki saya dapat best soccer ‘player of the year’ award from Kuala Lumpur FC. Ayah and seluruh ahli keluarga bangga dengan kamu Syaikhul Islam. Alhamdulillah,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Ads

Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah kepada Syaikhul. Ibu Syamsul, Datin Patimah, turut menzahirkan rasa syukur dan bangga atas pencapaian cucu kesayangannya itu.

BACA LAGI: “Mama Kena Belajar…” Puteri Sarah Belajar Tentang Bola Sepak Demi Putera Sulungnya

Syamsul Yusof Bangga Putera Sulung, Syaikhul Islam Terima Anugerah ‘Player Of The Year’. Tahniah!

Ads

“Alhamdulillah…. Masha ALLAH Syaikhul Islam Tahniah and to you Syamsul Yusoff and family,” komen pelakon Ellie Suriaty.

“Inshallah bakal jadi anak yang hebat juga ini, tahniah Syaikhul!” komen seorang pengikutnya.

“Alhamdulillah tahniah anak muda. Macam daddy dia gak masa kecil-kecil power main bola sepak,” komen juga pengguna yang lain.

Ads

Syamsul Yusof Bangga Putera Sulung, Syaikhul Islam Terima Anugerah ‘Player Of The Year’. Tahniah!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Syamsul Yusof

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI