
Konflik hubungan antara pengarah filem dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, sebentar tadi.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib kira-kira pukul 10.30 pagi, 5 September 2024 dan mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujud pelanggaran taklik oleh Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.


Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof (40), Azmi Mohd. Rais sebelum ini mengesahkan pelakon berkenaan sudah memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina lebih setahun.
Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Taylor Swift Bakal Terima Anugerah Ijazah Kedoktoran Atas Pencapaian

Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan tentang kursus yang dinamakan Taylor Swift Course ini sudah ditawarkan sebagai salah satu pilihan kepada pelajar di Clive Davis Institute; yang merupakan salah satu institut di bawah pengurusan New York University
ARTIKEL BERKAITAN : Kursus Taylor Swift Kini Ditawarkan Di New York University
Terbaru, pelantun popular lagu Love Story ini dimaklumkan bakal menerima Ijazah Kedoktoran daripada universiti itu pula.
Pencapaian ini bukanlah disebabkan Taylor menyambung pelajaran pada peringkat kedoktoran. Ia diberikan di atas kejayaan dan pencapaian Taylor sebagai salah seorang ikon millenia dalam industri muzik antarabangsa. Justeru, NYU yang terkenal dengan pelbagai jurusan seni visual dan persembahan berbesar hati untuk menganugerahkan Ijazah Kedoktoran kepada Taylor.
Khabarnya, Taylor dijadualkan menerima Ijazah Kedoktoran dalam jurusan Seni Halus ketika berlangsungnya majlis graduasi New York University di Stadium Yankee pada 18 Mei nanti. Pada hari tersebut, Taylor juga dijangka akan memberi ucapan kepada para graduan NYU kelas 2022.
Selain itu, bagi meraikan acara graduasi kali ini, Taylor Swift telahpun melancarkan barangan edisi terhad berjudul “I’m Feeling ’22” kepada semua para graduan.
Biarpun kejayaan ini menggembirakan ramai pihak, tidak terkecuali juga ada yang menanyakan tentang kelayakan Taylor untuk diberikan Ijazah Kedoktoran sedangkan penyanyi itu tidak pernah bergelar pelajar di NYU. Timbul pula isu para graduan yang tidak berpuas hati dengan pemberian ini sedangan merekalah yang telah menghabiskan wang, masa dan tenaga sepanjang pengajian masing-masing.
Apapun, pengiktirafan oleh NYU ini bagi REMAJA menggambarkan betapa besar impak Taylor Swift dalam industri muzik dan dia telah dijadikan inspirasi untuk anak muda di seluruh dunia mengejar cita-cita mereka. Tidak salah rasanya bagi NYU untuk meraikan usaha keras, kerahan tenaga dan kreativiti Taylor Swift dalam membina empayar nyanyiannya.
Taylor sememangnya adalah definisi #GirlPower untuk generasi baru sekarang.
BACA JUGA: Dua Album Dalam Tahun Pandemik, Taylor Swift Buat Kejutan Album BARU Malam Ini!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Terkejut!” Peminat Teruja Taylor Swift Akan Muncul Dengan Album Ke-10 Oktober Ini

Sejak kebelakangan ini; penyanyi dan pencipta lagu berbakat, Taylor Swift seperti mula membuat kemunculan semula di mata media serta peminat setelah sekian lama menjauhkan diri.
Kali terakhir Taylor bergiat aktif adalah bagi tujuan promosi album Red (Taylor’s Version) dan bagi tayangan perdana video muzik All Too Well (versi 10 minit). Pada hari ini, Taylor membuktikan bahawa dirinya masih relevan dan kekal disayangi oleh para Swifties apabila dia membawa pulang trofi bagi kategori Video of the Year di acara Video Music Awards (VMAs) menerusi All Too Well.
Disambut dengan teriakan dan tepukan, Taylor pertama sekali mengiktiraf peranan wanita dalam bidang arahan apabila buat kali pertama dalam sejarah VMAs, empat orang pengarah yang dicalonkan adalah wanita.
“You guys, saya amat berbangga dengan apa yang telah kita cipta, dan saya tahu momen ini tidak mungkin berlaku tanpa adanya kamu, para peminat. Saya tidak mungkin mampu merakamkan semula album-album saya tanpa adanya kamu. Kamu menguatkan semangat saya untuk melakukannya,” katanya sebelum mengejutkan Swifties dengan pengumuman ini.
“Saya fikir, sekiranya kamu menghargai kami sebegini rupa, mungkin ini adalah momen menyeronokkan untuk saya umumkan album terbaru saya bakal diluncurkan pada 21 Oktober,” tambahnya sambil disambut oleh teriakan peminat.
During her acceptance speech for video of the year at the #VMAs, Taylor Swift announces a new album out October 21. https://t.co/K3f4GrgiuJ pic.twitter.com/9q2jGVDoPl
— Variety (@Variety) August 29, 2022
Pengumuman ini nyata mengejutkan Swifties memandangkan ramai menjangkakan Taylor akan menyiapkan dahulu rakaman album terdahulunya sebelum kembali dengan album original baharu.
Tanpa berlengah, pada tengah malam (waktu tempatan Amerika Syarikat) tadi Taylor telahpun mendedahkan lebih banyak info mengenai album terbarunya ini. Ia dikenali sebagai Midnights di mana ia menceritakan tentang 13 kisah malam-malam di mana Taylor sukar untuk melelapkan mata sepanjang 33 tahun dalam hidupnya.
Dari kapsyen yang disertakan Taylor, Midnights kedengaran lebih melankolik. Besar kemungkinan ia akan disertakan dengan lagu-lagu bercorak cinta, emosi dan mimpi indah malah realiti siapa diri kita yang sebenar sebaik jam berdetik 12 tengah malam.
Midnights juga secara tidak langsung bakal menjadi album kesepuluh milik Taylor. Tak sabarnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Lee Jung-jae Pahat Nama Korea Dalam Sejarah, Muncul Pemenang Critics’ Choice Awards Pula

Nampak, tiada sesiapa boleh menyekat kemaraan pelakon Korea yang popular menerusi drama terbitan Netflix, Squid Game iaitu Lee Jung-jae.
Setelah meraikan kemenangan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) di acara berprestij Screen Actors Guild Awards 27 Februari, pelakon berusia 49 tahun ini sekali lagi memahat sejarah dalam industri lakonan Korea Selatan apabila beliau menjadi pelakon pertama dalam sejarah negara tersebut yang membawa pulang trofi Critics Choice Awards ke-27, pagi ini.
Beliau yang dicalonkan bersama Sterling K. Brown (This Is Us), Mike Colter (Evil), Brian Cox (Succession), Billy Porter (Pose) dan Jeremy Strong (Succesion) telah diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Drama Bersiri.
“Terima kasih, Tuhan.
“Terima kasih kepada semua orang yang telah menyokong Squid Game. Adalah sukar untuk menggambarkan perasaan ini dalam kata-kata. Terima kasih,” simpulnya.
Kemenangan Jung-jae ini sememangnya telah dijangka setelah beliau memenangi kategori sama bukan saja semasa anugerah SAGs tetapi juga di anugeran 2022 Film Independent Spirit Awards di Santa Monica Pier, California, 6 Mac lalu.
Jung-jae yang membawakan watak Seung Gi-hun dalam Squid Game juga meraikan kejayaan drama tersebut yang secara rasminya telah menjadi program terbitan Netflix paling berjaya dalam sejaranya dengan jumlah tontonan selama 1.65 bilion jam dalam tempoh 28 hari pertama ia ditayangkan di platform penstriman itu.
Turut menyertai Jung-jae di acara ini termasuklah Park Hae-soo dan Jung Ho-yeon serta pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk. Drama bersiri itu juga dicalonkan untuk kategori Siri dalam Bahasa Asing Terbaik.
ARTIKEL BERKAITAN : Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.