Semakin menghampiri Hari Raya Aidilfitri dalam masa kurang dari dua minggu lagi, Kementerian Kesihatan sedang giat memberi langkah berjaga-jaga kepada semua umat Islam yang bakal meraikannya.
Iyalah, bila time beraya ni mulalah ramai naik ‘sheikh’.
Menerusi perutusan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada petang tadi, mereka menasihati agar orang ramai tetap menjaga jarak selamat dan menggunakan cecair pembasmi kuman (sanitizer).
Selain itu, beliau berpesan agar:
“Tiada salam-salam, cium-cium.”
“Bagi cadangan beraya dengan jumlah maksimum 20 orang di dalam sebuah rumah pula, ia hanyalah melibatkan ahli keluarga termasuuk anak dan cucu. Tetapi itu juga berdasarkan kepada keluasan sesebuah rumah.
“Jika 20 orang di dalam sebuah unit pangsapuri, itu sudah dikira sesak dan melanggar SOP KKM. Penjarakkan ini adalah bagi memastikan nyama golongan berisiko terutamanya warga emas terkawal,” jelas beliau.
Selain itu, pihak kementerian juga tidak membenarkan adanya kunjungan pelawat di ‘setiap rumah’. Contohnya di antara jiran tetangga dan sahabat handai yang ingin mengikuti aktiviti menziarahi secara ‘konvoi’.
Itu boleh menularkan lagi risiko wabak Covid-19.
Perayaan Utama Malaysia Tak Libatkan Balik Kampung Buat Kali Pertama, PM Minta Maaf
Solat Tarawih Secara Online Tidak Sah – Menteri Hal Ehwal Agama
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih.
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Tapi baru- baru ini, ada segelintir masyarakat yang meminta kebenaran untuk solat tarawih secara online sepanjang bulan Ramadan. Ha ini kerana mereka merujuk kepada akad nikah online yang dibenarkan baru-baru ini.
Justeru itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berpandangan bahawa solat tarawih yang dilakukan secara dalam talian atau online tidak dibolehkan, senang kata tak sah la. Lapor Sinar Harian
Hal ini kerana syarat sah solat jemaah ialah jemaah perlu nampak pergerakan yang dilakukan oleh imam solat selain semestinya dapat melihat fizikal imam itu.
Beliau berkata, syarat berimam bagi seseorang makmum adalah individu itu semestinya dapat melihat fizikal imam berada di satu tempat dan mengetahui pergerakan imam.
“Sebagai contoh, jika kita solat secara dalam talian dan ikut imam di Masjid Negara, tiba-tiba sambungan internet terputus, maka macam mana makmum nak ikut.
“Jadi untuk tahun ini, adalah lebih baik sembahyang di rumah dengan suami atau ketua keluarga. Mungkin tahun ini akan ada ramai imam baru walaupun tak bertauliah,”
Betul jua tu, kalau connection tiba- tiba putus macam mana pula solat tarawih kita tu kan. Lagi-lagi musim PKP ni memang internet tingtong. So kesimpulannya, korang solat jela sendiri atau berjemaah dengan ahli keluarga kan lagi bagus.
Sumber : Sinar Harian
Jenis-Jenis Seat Di Pawagam Yang Perlu Korang Tahu, Selesa & Harga Berbaloi
Bila ke pawagam, sambil tengok filem apa yang best dan waktu tayangannya, kita akan mula que untuk beli tiketkan. Bila tiba di kaunter, kita akan tengok seat paling atas dan tengah dan ramai yang menolak untuk duduk seat depan sebab sakit tengkuk.
Harga seat pun biasanya mencecah RM17-RM20 bagi satu filem baru (harga tiket wayang sudah ada peningkatan berbanding dahulu hanya sekitar RM15-RM17), mengikut lokasi pawagam mana yang korang pilih.
Tapi tahukah, sebenarnya selain seat-seat biasa tu, ada banyak lagi jenis seat special yang mana lebih selesa untuk korang nikmati sambil menonton wayang pilihan. Ternyata perkongsian dari akak Astiey Nurasiah tentang jenis-jenis seat yang ada di pelbagai pawagam seperti TGV, GSC, MBO dan banyak lagi menjadi viral dan dikongsi oleh 25k pengguna fb yang lain.
Jom baca ulasannya mengenai jenis-jenis seat yang ada.
Ni GOLD CLASS seat. Ini di GSC. 3 tempat je ada . The Garden Midvalley, Pavilion dan One Utama.
Harga RM70/seat.
Ni kak As tengokk di Signature The Garden. Seat dia memang selesa. Ni boleh order makanan dalam ni je. Tekan je button merah tu. Ni siap selimut semua. Seat boleh laras. Tekan je button tepi kerusi tu nanti akan keluarlah tempat letak kaki. Nak baring macam katil kat rumah pun boleh. Dalam ni seat tak banyak. Dalam untuk 30 seat je tak silap.
Ni PLATINUM SEAT. Ni ada di MM Cineplexes. Ni hanya ada di E Curve sahaja tak silap
Ni harga RM40/seat
Kak As lagi suka seat ni dari Gold Class. Sebab lagi besar dan bukan leather seat macam Gold Class. Empuk je rasa time baring. Kaki pun boleh laras dan naikkan. Tapi spoil. Kak As order minuman panas then kak As tertumpahkan. Lencun habis seat. Ni bantal dan selimut kena bayar. 1 set tu RM5 jea. Kak As bayar sebab dalam tu bukan main sejuk. Kena tinggal. Jangan bawak balik pulak.
Ni MX4D. Ibu mengandung atau ada penyakit jantung DILARANG masuk sama sekali. Sebab kerusi dia akan bergerak ikut movie. Bergegar. Masa tengok ni kami tonton citer Predator. Boleh tahanlah.
Siap ada air kena muka. Ada masa keluar bauan. Ikut movie. Bila kat movie ada helikopter mendarat rasa berangin je kat muka Enjoylah jugak. Tapi kalau nak relaks, seat ni tak berapa sesuai. Mana nak relaks kalau asyik bergegar-gegar
Kat Malaysia ni ada 2 jea MX4D under MBO ni. Kat The Starling Mall, Damansara dan Kuantan City Mall
Kak As opkos tengok kat Starling Mall. Harga masa kak As booking online RM30/seat. Ohh yaa.. nak booking semua seat ni secara online u olls pergi official setiap cinema punya website.
Bila select cinema yang ada benda-benda ni baru keluar pilihan seat tu. Contoh kak As masuk MBO online. Then pilih cinema: The Starling. Contoh ada cerita Predator kamu akan perasan ada dua pilihan Predator tu. Satu akan tulis predator (MX4D). So klik yang tu.
Ni BENNIE SEAT. Yang ni kak As pergi sekali je. Hahaha. Tobat tak mau dah. Tenggelam terus. Kalau kat rumah tak pe. Kalau kat sini nak tergolek-golek macam tak cukup sopan. Hahaha.
Harga RM52/seat
Bennie seat ni under TGV. Ada di
1ST AVENUE
1 UTAMA
SUNWAY PYRAMID
SETIAWALK
TEBRAU
BUKIT INDAH
TAIPING
GURNEY PARAGON MALL
SUNWAY PUTRA
SURIA KLCC
VIVACITY MEGAMALL
KLEBANG
Kak As tengok di Sunway Piramid. Takde selimut bantal semua.
Ni SEAT paling kak As suka. INDULGE SEAT
Ni under TGV. Ada di 2 tempat je. Sunway Velocity dan One Utama.
Dah banyak kali ambik seat ni. Tak tahu kenapa. Seat dia paling kak As suka. Kaki boleh laras dan naikkan dengan sangat selesa. Makanan kat sini pun sedap-sedap. Tapi bayar asinglah. Tak termasuk tiket.
Tekan button nanti waiter dia datang. Ni RM80/seat tak silap. Siap selimut dan bantal.
Hokay, nie yang biasa kita tengokkan, RM15-RM17, termasuk REMAJA hokay.Jadi kalau korang ada duit lebih, terasa nak rilek-rilek dan chill time tengok wayang nie, boleh la try seat yang berbezakan. Tak salah nak reward diri sendiri, melepaskan penat seharian bekerja. Tengok pada seat-seatnya memang nampak selesa habis. Tak rugi pun cuba sesekalikan.
#GirlPower: Remaja Perempuan Rakam Video Kekejaman Polis Terima Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021
Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki kulit hitam oleh anggota polis Amerika Syarikat yang telah membawa gelombang ‘Black Lives Matter’ ke satu tahap yang lebih tinggi. Remaja berusia 17 tahun itu, Daniella Frazier yang kebetulan ada di tempat kejadian telah merakam insiden tersebut dengan berani tanpa menghiraukan polis tersebut.
Apa yang terjadi?
George Floyd, 46 tahun, telah ditahan oleh pegawai polis yang dikenali dengan nama Derek Chauvin selepas disyaki menggunakan wang palsu bernilai $20 ketika melakukan pembelian di kedai serbaguna.
Tindakan Derek yang menekan leher George yang sedang tertiarap menggunakan lututnya telah menyebabkan lelaki malang itu sesak nafas dan jantungnya berhenti lalu meninggal serta-merta di tempat kejadian. Kes kekasaran polis terhadap lelaki kulit hitam sememangnya tinggi di Amerika Syarikat dan sikap prejudis ini telah menyebabkan banyak konflik terjadi.
Mujurlah ketika kejadian Daniella tanpa gentar merakam kekejaman yang berlaku. Dia yang ketika itu sedang bersiar-siar bersama sepupunya yang berusia 9 tahun sebelum melihat kejadian itu di depan mata. Selain itu, gadis ini turut menjadi saksi di mahkamah bagi menegakkan kebenaran.
Video yang dirakamnya tersebar seluruh dunia dan menimbulkan kemarahan banyak pihak yang mempersoalkan prosedur operasi polis. Ekoran dari insiden ini, perarakan dan juga protes aman ‘Black Lives Matter’ menjadi satu simbol penentangan terhadap kekejaman polis dan juga sikap prejudis terhadap mereka yang berkulit hitam.
Atas keberaniannya, Daniella telah dianugerahkan Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021. Anugerah Hadiah Pulitzer merupakan satu anugerah untuk meraikan surat khabar, kewartawanan atas talian dan majalah, sastera serta komposisi muzik.
Dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, gadis ini menyatakan, “Saya tahu hidup dia berharga. Saya tahu dia di dalam kesakitan. Saya tahu dia seorang lagi lelaki kulit hitam yang tidak berkuasa dan dalam bahaya.”
Sumber: Bernama & deadline.com