Syarikat Di Malaysia Tawar Gaji Paling Rendah Di Antara Negara Rantau Asia Tenggara

Share

 

Tidak sangka, Malaysia ‘tewas’ juga kepada beberapa buah negara lain biarpun kita dianggap lebih maju ke hadapan.

 

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) iaitu Datuk Abdul Halim Mansor telah menyifatkan peratusan bayaran gaji di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau Asia Tenggara walaupun rata-rata majikan berkemampuan untuk membayar lebih daripada gaji minimum RM1,200.

Bercakap kepada rakan media di Utusan Malaysia pada bulan ini, beliau berpendapat alasan ‘bukan masa sesuai untuk menaikkan gaji minimum pekerja kerana pandemik COVID-19 dan kesukaran ekonomi’ bukanlah alasan yang boleh diterima pakai.

Mengikut kajian, majikan di Malaysia hanya membelanjakan 25 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk gaji pekerja sedangkan negara lain jauh melangkaui peratusan itu. Sebagai contoh, di bandar utama di negara Singapura (40 peratus), Indonesi (84 peratus) dan Filipina (76 peratus).

Golongan muda memang mempunyai semangat menjulang untuk berkerja keras demi syarikat. Namun motivasi dalam diri mereka semakin merudum apabila dibayar secara minimum biarpun jumlah kerja yang diberikan adalah banyak. FOTO : PEXELS (Mikhail Nolav)

Di sektor awam pula, kerajaan mendahulukan pelbagai jenis bantuan lain yang bernilai berbilion Ringgit sepanjang tempoh pandemik tetapi tidak pula memikirkan tentang kenaikan gaji minimum pekerja sekurang-kurangnya ke figura RM1,500.

(Lapor BERNAMA baru-baru ini: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau CUEPACS pula mencadangkan agar gaji minimum baru diletakkan pada paras RM1,800 untuk sektor awam)

ARTIKEL BERKAITAN : Gaji Pokok 2022 Di AEON Naik Ke RM1,500 Minimum Demi Kebajikan Pekerja – REMAJA

Nampaknya bukan hanya kerajaan yang tidak menyahut keinginan rakyat untuk menerima gaji minimum RM1,500. Malah, Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dan pakar ekonomi juga rata-rata tidak bersetuju dengan sahutan menaikkan gaji minimum kepada RM1,500. Ini setelah Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan memberi jaminan gaji minimum baharu akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Tidakkah dengan meningkatkan gaji turut akan meningkatkan kuasa beli di kalangan rakyat; lantas membantu menaikkan ekonomi negara?

Sedangkan gaji rendah akan membuka ruang untuk rakyat berhutang dan demi melangsaikannya, sesetengah daripada kita terpaksa mencari kerja sampingan sebagai pemandu kenderaan e-hailing, berniaga di atas talian dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN : Fungsi Sebenar ‘Expected Salary’ Dalam Resume, Penting Untuk Bakal Majikan Tahu – REMAJA

Jumlah perbelanjaan bulanan yang tinggi terutamanya bagi yang bekerja di Kuala Lumpur dan bandar utama lain membuatkan ramai golongan muda tidak mampu menyimpan. FOTO : PEXELS (Karolina Grabowska)

Tambahan pula dengan pengeluaran wang KWSP dalam kalangan rakyat semasa musim pandemik demi menanggung kehidupan selepas sesetengah daripada kita kehilangan pekerjaan; tidakkah rakyat layak untuk mendapat sedikit keprihatinan daripada pihak majikan dan kerajaan.

Jangan pula sehingga golongan muda memilih untuk bermastautin ke luar negara seperti yang berlaku di beberapa buah negara membangun lain demi gaji setimpal; sehinggakan negara terpaksa bergantung harap kepada pekerja asing semata-mata.

Bak kata Datuk Abdul Halim Mansor, kenaikan gaji minimum ini bukan satu permintaan tetapi adalah satu keperluan.

ARTIKEL BERKAITAN :

BACA LAGIPortugal Laksana Akta Pengharaman ‘Bos’ Hantar Mesej Selepas Waktu Kerja – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ