Syarikat Gergasi Media Sosial Facebook Tukar Nama Kepada Meta

Share

Baru-baru ini , Mark Zuckerberg dilaporkan merancang untuk penjenamaan semula syarikat media sosial Facebook, Kini secara rasminya, ia dijenamakan semula sebagai Meta.

BACA: Facebook Rancang Tukar Nama Syarikatnya Akhir Bulan Ini

Tindakan ini dilakukan selepas syarikat Facebook berdepan pelbagai cabaran termasuk kes mahkamah dan isu perlanggaran privasi.

Foto: NBC News

Meta bakal hadir dengan logo baharu bagi menggantikan logo ‘Like’ berbentuk ibu jari yang sinonim sebagai logo syarikat Facebook selama ini. Logo baharu Meta ini kelihatan seperti simbol ‘infiniti’ dalam formasi yang kelihatan seperti huruf M.

Seperkara lagi, disebabkan syarikat kendalian Mark Zuckerberg ini kini tidak lagi memberikan tumpuan kepada aplikasi media sosial seperti Facebook sahaja, perubahan nama syarikat kepada Meta juga akan lebih menyenangkan orang ramai untuk membezakan apa yang sedang dibangunkan oleh syarikat tersebut dan apa yang sedang berlaku kepada Facebook.

Di bawah syarikat Meta; Facebook, Messenger, Instagram, WhatsApp, dan Oculus akan terus beroperasi seperti biasa. Cumanya, tumpuan syarikat kini diberikan sepenuhnya kepada pembangunan duniameta (metaverse).

Sumber: (1), (2)

Published by
Noor Ain Norman