Syarikat Penerbangan Tambang Murah Baharu Akan Dilancar, MYAirline Bakal Beri Saingan

Share

Berita baik buat si kaki traveller, sebuah syarikat penerbangan tambang murah baharu yang dikenali sebagai MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) dijangka akan dilancarkan di negara ini tidak lama lagi.

Penubuhan syarikat penerbangan ini khabarnya bakal mencetuskan persaingan harga yang agresif dan mencabar syarikat penerbangan tambang murah lain seperti AirAsia Group Bhd.

Menurut The Edge, syarikat itu sebelum ini didaftarkan sebagai Z9 Elite Sdn Bhd telah diberikan kelulusan bersyarat untuk Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom). Lesen ini sah selama 12 bulan dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022.

Foto: whichihaveacquired (Gambar hiasan)

ASL membolehkan pemegang lesen menjalanan perkhidmatan penumpang dan kargo berjadual seperti Malaysia Airlines Bhd dan AirAsia.

Sebuah lagi syarikat penerbangan tambang murah dijangka memulakan penerbangan lewat bulan ini menggunakan pesawat berenjin turboprop bagi laluan domestik jarak dekat seperti Subang ke Pulau Pangkor.

Foto: Simple Flying

Menurut Free Malaysia Today, SKS Airways bakal memulakan penerbangan dari Subang ke Pulau Pangkor bulan ini. Syarikat penerbangan ini dimiliki oleh Kumpulan SKS yang berpangkalan di Johor dan diasaskan oleh ahli perniagaan Alan Sim See Kiong.

Wah, selepas ini lebih banyaklah pilihan yang korang boleh buat untuk membeli tiket penerbangan tambang murah bagi menyenangkan lagi urusan percutian ke seluruh negara. Hiks!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1), (2)

 

Published by
Noor Ain Norman