
Sudah lama rasanya kita tidak melihat syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menawarkan promosi tiket penerbangan tanpa had kepada pengguna. Mana tidaknya, dengan keadaan negara yang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang tidak boleh bergerak bebas dan hanya berada di rumah sahaja.
Kini, AirAsia telah pun membuat promosi hebat dengan menawarkan AirAsia Asean Unlimited dengan hanya berharga RM599. Korang boleh membuat penerbangan domestik ke seluruh negeri dan beberapa negara Asean seperti Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Myanmar dan Brunei. Namun, tawaran ini tidak terbuka bagi penerbangan ke China.
Pembelian boleh dibuat bermula jam 10 pagi tadi (3 Mac) hingga 7 Mac 2021 jam 11.59 malam mengikut terma dan syarat.
Tarikh pernerbangan adalah bermula 17 Mac 2021 hingga 26 Mac 2022 dan tarikh menebus dari 3 Mac 2021 hingga 12 Mac 2022.
Ha, macam mana guys? Ada yang dah confident nak bercuti ke luar negara ke? Hiks!
Sekiranya tidak ke luar negara, korang bolehlah gunakan pass ini untuk percutian domestik juga.
Sumber: AirAsia
Dari Gadis Biasa Ke Istana: 10 Kisah “Cinderella” Zaman Moden Seluruh Dunia

Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa lah yang tahu!
Kalau korang pencinta drama dulu-dulu mesti pernah tonton drama bawang merah bawang putih mahupun cerita Cinderella, cerita donggeng gadis biasa yang berjaya merubah nasib apabila berkahwin dengan kerabat raja kan.
Ia juga berlaku secara realiti, apabila perbezaan darjat antara mereka yang berdarah diraja dan orang biasa sering kali menjadi isu sehinggakan perkahwinan antara kedua golongan ini dianggap sesuatu yang luar kebiasaan. Namun, zaman sekarang, ia bukan lagi sesuatu yang pelik apabila putera dan puteri memilih untuk mendirikan rumah tangga dengan golongan rakyat biasa, malah penyatuan mereka juga mendapat restu semua pihak.
Inilah 10 antara insan paling beruntung yang kehidupannya berubah sekelip mata bak Cinderella.
1. Grace Kelly
Merupakan seorang aktres sekitar era 50-an sebelum bersara 1956 kerana memilih untuk berkahwin dengan Rainier III, merupakan seorang putera Monaco. Mereka berdua bertemu ketika sesi penggambaran di Cannes Film Festival pada tahun 1955.
2. Sofia Hellqvist
Sofia Hellqvist merupakan seorang model dan peserta rancangan realiti televisyen sebelum menjadi Puteri Sweden. Prince Carl Phillip dan Sofia mula dating tahun 2010 dan mendirikan rumah tangga pada Jun 2015.
3. Masako Owada
Bukan calang-calang ye wanita ini, Masako Owada adalah graduan Harvard dalam bidang ekonomi dan kembali ke Jepun untuk belajar undang-undang di University of Tokyo pada tahun 1986. Pada tahun yang sama, dia bertemu dengan Putera Mahkota Naruhito ketika menghadiri tea time Duchess of Lugo. Masako dilamar dan pasangan itu berkahwin pada 1993.
4. Letizia Ortiz
Wanita cantik yang hebat berfesyen ini hanyalah seorang wartawan dan pembaca berita biasa ye sebelum disunting oleh Prince Felipe VI dan menjadi permaisuri Sepanyol.
5. Rania Al-Abdullah
Rania Al-Abdullah adalah permaisuri negara Jordan selepas mengahwini Abdullah bin al-Hussein. Sebelum itu, dia bekerja dalam pemasaran di Citibank dan Apple Computer di Amman. Bertemu dengan suaminya pada majlis makan malam bulan Ogos 1992 dan mereka berkahwin pada Jun 1993.
6. Tatiana Blatnik
Wanita ayu ini merupakan graduan universiti Georgetown dalam ijazah sosiologi tahun 2003, berjumpa dengan Prince Nikolaos of Greece pada tahun yang sama. Kedua mereka menamatkan zaman bujang pada Ogos 2010.
7. Gen. Suthida Tidjai
Pada 1 Mei 2019, raja Thailand Maha Vajiralongkorn mengejutkan rakyat Thailand dengan perkahwinan bersama pengawal peribadi Gen. Suthida Tidjai. Wanita ini bekerja sebagai pramugari untuk Thai Airways dan kemudiannya menjadi jeneral di tentera Thailand sebelum menyertai pasukan keselamatan Vajiralongkorn.
8. Michiko Shōda
Mantan Empress of Japan ini menemui suaminya Putera Mahkota Akihito ketika sedang bermain tenis pada tahun 1957. Pasangan ini berkahwin tahun 1959 dan rumah tangga mereka sudah berusia 60 tahun sehingga ke hari ini.
9. Meghan Markle
Khabarnya Putera Harry menyimpan perasaan selepas menonton siri Suit sebelum kedua-duanya diperkenalkan satu sama lain dalam sesi gathering kecil. Meghan Markle yang merupakan aktres, aktivis, dan usahawan mengikat perkahwinan dengan Putera Harry pada 19 Mei 2018.
10. Kate Middleton
Ketika bertemu Putera William pada tahun 2001, Kate Middleton merupakan pelajar bidang sejarah seni di University of St Andrews. Percintaan yang pasang surut itu diakhiri dengan sebuah perkahwinan pada 29 April 2011.
Untungnya badan dapat berkahwin dengan kerabat diraja bukan? Dekat Malaysia pun ada juga perkahwinan rakyat biasa dengan kerabat diraja ini.
Individu 18 Tahun Ke Atas Belum Divaksin Boleh ‘Walk-In’ Di PPV Lembah Klang

Kini hampir seluruh negara telah menerima bekalan vaksin Covid-19, dan kerajaan negara masing-masing telah mengeluarkan pelan pengagihan suntikan vaksin kepada rakyat dan ini termasuklah negara Malaysia.
Rata-rata rakyat Malaysia sudah diberikan vaksin ini, namun ada juga yang tercicir dan lambat mendaftar. So ada berita baik untuk korang!
Jika sebelum ini, kaedah pemberian ‘walk in’ ini hanya diberikan kepada 40 tahun dan golongan dengan komorbid terlebih dahulu.
Mulai hari ini, korang boleh ‘walk-in’ untuk mendapatkan vaksin di Lembah Klang bagi golongan 18 tahun ke atas. Warga Lembah Klang terutamanya yang belum mendapat sebarang temu janji vaksinasi boleh menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disenaraikan dengan dokumen berkenaan.
Terdapat 9 PPV untuk warganegara Malaysia mendapatkan vaksinasi secara ‘walk-in’ dan satu buat bukan warganegara.
Senarai PPV untuk warganegara adalah seperti di bawah.
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO F
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO G
- Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), HCO H
- Bangi Avenue Convention Centre (BACC)
- Hotel Wyndham, Klang Dewan Tun Razak,
- Dewan Tun Razak, Sabak Bernam
- Dewan Komuniti, Serendah
- Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA,
- Sepang Ideal Convention Centre, Shah Alam (IDCC)
Senarai PPV untuk bukan warganegara pula adalah seperti di bawah.
- Stadium Nasional Bukit Jalil
Walau bagaimanapun, vaksinasi secara ‘walk-in’ hanya bermula pada jam 2 petang. Penting untuk warga Lembah Klang, sila bawa bukti yang menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang.
Antara contoh bukti yang diperlukan adalah alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain lagi.
Vaksinasi secara ‘walk-in’ ini akan berlangsung sehingga 22 Ogos ini.
Sumber: @JKJAVMY
10 Gred Keputusan SPM, Ini Takrifannya!

10 gred keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disenaraikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi laman Facebook rasminya.
Pasti calon SPM tak sabar menunggu hari keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan hari ini,27 Mei ini seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
ARTIKEL BERKAITAN : “Carilah Minat Anda, Bukan Kejar A Semata…”, Nasihat Nad Zainal Buat Lepasan SPM

Ini kami kongsikan 10 gred tersebut :
10 gred tersebut adalah A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G.
Dikatakan, setiap gred SPM itu mempunyai takrif masing-masing.
1) A+ bermaksud Cemerlang Tertinggi
2) A (Cemerlang Tinggi)
3) A- (Cemerlang)
4) B+ (Kepujian Tertinggi)
5) B (Kepujian Tinggi)
6) C+ (Kepujian Atas)
7) C (kepujian)
8) D (Lulus Atas)
9) E (Lulus)
10) Gagal
Selain 10 gred yang dinyatakan ini, terdapat juga keputusan lain yang diperoleh oleh calon SPM.
Catatan ‘Keputusan ditahan’ menerangkan calon disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
Seterusnya, catatan ‘Keputusan dibatalkan’ bermaksud calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan X dalam slip keputusan peperiksaan.
Manakala catatan ‘Keputusan T’ menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
*Ingat, SPM bukanlah titik pengakhiran tetapi ini baharu titik permulaan kepada dunia sebenar. Good luck kami ucapkan buat semua calon SPM 2023.
ARTIKEL BERKAITAN : Pelajar Sekolah Henry Gurney Bukti Mampu Berjaya, Raih Keputusan Cemerlang Dalam SPM – REMAJA
BACA LAGI : 6 Pelajar Orang Asli Cemerlang SPM Terima Insentif Kerajaan Pahang – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.