Baru sahaja tadi pihak media di Korea Selatan melaporkan tentang hubungan cinta antara Lee Min Ho dengan ahli kumpulan Momoland, Yeonwoo yang dikatakan sedang hangat menjalin asmara.
Namun begitu, berita ini telah dinafikan sendiri oleh agensi Lee Min Ho, MYM Entertainment yang mengatakan bahawa mereka tidak menjalin sebarang hubungan dan hanya berkawan sahaja.
Sebelum ini, Dispatch telah melaporkan bahawa kedua-dua bintang Korea itu telah bercinta selama lima bulan dan memiliki minat yang sama, iaitu bermain permainan video dan menonton filem. Gambar mereka juga turut tular apabila Lee Min Ho dilihat menjemput Yeonwoo untuk keluar menonton filem.
Pihak agensi selebriti itu juga menjelaskan foto-foto tular itu bukan hanya melibatkan mereka berdua, tetapi ada rakan-rakan yang lain turut bersama ketika itu.
Begitulah sukarnya menjadi orang terkenal, di mana sahaja pasti ada mata yang memandang dan timbul pula pelbagai spekulasi. Apa-apa pun pihak agensi Lee Min Ho sendiri telah menafikan berita yang mengatakan selebriti itu bercinta dengan Yeonwoo.
Mungkin peminat Lee Min Ho boleh menarik nafas lega kerana pelakon pujaan korang ini masih single lagi. Hiks!
Sumber: (1)
JBL Rising Star Singing Competition 2018 Berjaya Cungkil Bakat Baru!
Selain program realiti TV, pertandingan nyanyian masih lagi menjadi natara platform mencungkil bakat baru nyanyian yang tetap popular. Malah, ramai penyanyi-penyanyi yang sudah mencipta nama kini memulakan karier muzik mereka dengan pertandingan nyanyian.
Melihatkan potensi besar bakat-bakat nyanyian di Malaysia, pengedar dan jenama audio terkenal iaitu Hot Gadgets Distributions Sdn. Bhd. bersama JBL Malaysia dan Sunway Velocity Mall telah menganjurkan pertandingan nyanyian JBL Rising Star Singing Competition 2018.
Pertandingan ini sebenarnya telah bermula sejak bulan Mac yang lalu di mana peserta-peserta dipilih menerusi uji bakat secara online. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan menyaksikan lebih 800 orang peserta daripada usia 16 sehingga 30 tahun mendaftar untuk menyertai pertandingan ini.
Selepas dipilih seramai 18 orang perserta telah layak ke peringkat separuh akhir.Dan daripada jumlah 18 orang ini seramai 10 orang finalis telah terpilih dan layak ke pertandingan akhir yang diadakan pada 23 Jun 2018 yang lalu di Sunway Velocity Mall.
Selain bertanding untuk merebut hadiah keseluruhan yang bernilai RM100,000 dalam bentuk barangan dan wang tunai, peserta-peserta juga berentap bagi membawa pulang beberapa kategori istimewa yang lain seperti nugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular dan Anugerah Persembahan Terbaik.
Sepuluh finalis JBL Rising Star yang terpilih adalah Charlotte Ardelle Felix, Faysal Bin Md Saad, Lee Kar Yee, Vishal A/L Gopinathan, IIham Mudzaffar bin Abd Mutek, Karyn Ong Kai Lin, Vanessa Van Huizen, Clinton Chua Han Yong, Nurul Ashikin Binti Rosnan, dan Dennis Ooi Wen Xian.
Dan selepas kesemua peserta mempersembahkan persembahan masing-masing, pihak juri yang terdiri daripada juri professional penyanyi terkenal, penulis lagu dan penerbit muzik, Hanz Guo Wen Han, penyanyi, pencipta lagu dan YouTuber, Jenn Chia dan penyanyi lagu ‘Jampi’, Hael Husaini telah memilih Clinton Chua Han Yong sebagai Juara JBL Rising Star Singing Competition 2018. Clinton membawa pulang hadiah berupa RM50,300 dalam bentuk wang tunai dan hadiah.
Manakala tempat kedua pula digonggol oleh Charlotte Ardelle Felix dan tempat ketiga oleh Nurul Ashikin Binti Roslan. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai dan barangan bernilai RM18,400 dan RM9,800. Anugerah Persembahan Terbaik juga diraih oleh Clinton Han Yong dan Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular pula dimenangi oleh Vanessa Van Huizen.
Tahniah REMAJA ucapkan kepada kesemua pemenang. Semoga suatu hari nanti kita dapat melihat mereka bakal menjadi penyanyi popular tanah air yang mewarnai industri seni negara.
Ambang 2020 Oleh Kementerian Akan Berlangsung Di Udara 10 Minit Tanpa Henti
Kami pasti ramai yang tak sabar untuk menyambut ambang 2020 pada minggu hadapan.
Bagi korang yang masih belum mempunyai perancangan untuk menyambut di mana-mana, apa kata korang ke lokasi biasa, Dataran Merdeka kerana dengarnya, ada sesuatu yang menarik di sana.
Ia adalah lokasi rasmi untuk Kementerian Pelancongan Seni & Budaya, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Komunikasi & Multimedia untuk menganjurkan acara Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada Selasa minggu hadapan.
Selain bakal dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, kami tak sabar untuk menyaksikan pertunjukan cahaya di langit yang akan berlangsung selama 10 minit tanpa henti. 11 formasi menarik akan dipancarkan untuk menggambarkan keistimewaan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Mungkin ke ia akan menjadi seperti pertunjukan drone di China ini?
Bagi yang berminat untuk ke Dataran Merdeka nanti, pihak kementerian menasihatkan korang agar menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, KTM, MRT, bas Rapid KL dan bas pengantara kerana lalu lintas dijangka sesak sepanjang hari dan malam.
Sumber: BERNAMA
Pembaca Novel Seram R.L. Stine Akan OBSES Dengan Filem Trilogi Netflix : Fear Street
Bagi kanak-kanak dan remaja yang membesar pada zaman 90-an, pastinya korang masih mempunyai koleksi novel seram nukilan penulis ikonik, R.L. Stine.
Novel seperti Goosebumps sudah menjadi satu kemestian untuk semua orang kumpul dan baca; mungkin sekali sehingga ke hari ini. Sekiranya Goosebumps sudahpun diadaptasi dalam bentuk drama bersiri (1996-1998) dan filem (2015 & 2018), kini satu lagi siri novel popular R.L. Stine menemui penonton dalam – bukan satu, bukan dua tetapi tiga filem berturut-turut sepanjang tiga minggu!
Filem Triologi Fear Street diadaptasi daripada novel seram & thriller R.L. Stine dan ia sedang ditayangkan di platform penstriman Netflix sepanjang bulan Julai ini. Setiap filem akan ditayangkan pada minggu berbeza dan kita perlu menunggu sehingga 16 Julai 2021 untuk menonton pengakhirannya.
Seperti yang diketahui pembaca novel Fear Street, plot cerita ini bukan sekadar kisah hantu yang akan mengganggu tidur malam korang – ia lebih daripada itu.
Sentimen yang sama telah dipersetujui oleh enam orang pelakon Fear Street ketika ditemui REMAJA baru-baru ini menerusi sesi secara maya. Kata mereka, Fear Street menggabungkan elemen-elemen seperti cinta, kejutan, suspen, komedi, drama dan rasa ingin tahu – all tied with one perfect bow (or rather three bows, for that matter).
Triologi ini bermula dengan filem pertama berjudul Fear Street Part 1 : 1994 (yang telah ditayangkan sejak 2 Julai). Ia mengisahkan sekumpulan remaja yang merasakan kesemua kejadian aneh dan menakutkan di pekan Shadyside selama ini adalah satu sumpahan dan berkait-rapat antara satu sama lain.
Demi mengelakkan diri mereka daripada menjadi mangsa seterusnya, Deena (Kiana Madeira), Josh (Benjamin Flores Jr), Simon (Fred Hechinger) dan Kate (Julia) sedar mereka perlu lakukan sesuatu.
Fear Street Part 2 : 1978 pula akan ditayangkan pada 9 Julai ini. Ia akan merungkai apa sebenarnya yang terjadi 16 tahun lalu di Camp Nightwing. Di sebuah kawasan perkhemahan yang mengumpulkan penduduk Sunnyvale dan Shadyside, kejadian pelik pernah terjadi apabila pembunuh bersiri didapati berlegar di summer camp itu hingga mengundang kepada kematian.
Akhir sekali pada 16 Julai nanti, penonton dibawa semula ke tahun 1666 bagi mengetahui punca di sebalik insiden misteri di Shadyside menerusi filem ketiganya, Fear Street Part 3 : 1666. Kami enggan spoil-kan plot filem ini, but lets just say it involves a witch.
Filem Kategori R
Kepada mereka yang telahpun menonton Fear Street 1: 1994, pastinya korang perasan status R-Rated yang diletakkan untuk filem tersebut. Ya sudah tentu untuk menjayakan sebuah filem seram/thriller yang realistik kepada penonton, ia haruslah padat dengan adegan menakutkan agar korang terhibur.
Bagi REMAJA dan juga pelakon Kiana Madeira yang membawakan watak Deena Johnson, status R-Rated itu bukanlah perkara yang perlu diperbesarkan. Kata Kiana, dia percaya penonton muda sekarang sudah boleh menjangkakan adegan seperti pembunuhan, misalnya akan terjadi sejak mereka membaca novel Fear Street lagi.
“Saya adalah Goosebumps kid. Saya dilahirkan pada 1992 dan semua yang berlaku pada zaman itu berkait dengan Goosebumps. Sebagai peminat R.L Stein, saya amat berterima kasih kerana dia telah menjadikan zaman kanak-kanak saya lebih interesting.
“Jadi apabila saya diberikan watak ini, ia terasa seperti mimpi. Dan pada masa yang sama, saya tahu saya perlu melakukan homework kerana ini bukanlah watak picisan dan ia melibatkan tiga buah filem.
“Jadi saya dan pelakon lain diberikan filem-filem seram ikonik sepertii The Goonies dan Scream untuk kami tonton sebelum memasuki set,” kata pelakon Trinkets itu.
Seperkara lagi yang penulis rasa membuatkan triologi Fear Street ini cukup menarik adalah disebabkan ia bukannya filem seram stereotaip korang.
Komen Olivia Scott Welch ketika kali pertama diberikan peluang menonton ketiga-tiga buah filem ini, dia merasa cemas untuk melihat hasilnya namun terselit rasa teruja dan bangga dalam dirinya.
“Sebagai pelakon, saya gembira setelah menjayakan genre filem yang amat saya minati ini. Dahulu, apabila saya menonton filem seperti A Nightmare on Elm Street atau Screa, saya akan cemburu dengan pelakonnya. Kini saya tahu sudah peraaan mereka semasa melakonkannya.
“Sebagai penonton pula, saya amat berpuas hati. Fear Street lebih daripada apa yang saya jangkakan dan saya pasti penonton di luar sana akan setuju dengan saya,” katanya.
Bercakap dengan pelakon lain seperti Ashley Zukerman, Gillian Jacobs dan Darrell Britt-Gibson, mereka turut merasakan bahawa setiap karakter yang ditampilkan adalah penting, bukan hanya karakter sendalan membawa sesuatu yang bermakna kepada triologi ini.
Malah, keputusan untuk menjadikan Fear Street yang merupakan novel kanak-kanak kepada filem yang lebih matang dan ‘dark’ juga membuatkannya relevan dengan golongan pembaca asal Fear Street yang rata-rata sudah dewasa.
Tak sabar rasanya untuk menonton dua lagi filem sambungan kepada trilogi Fear Street ini sepanjang Julai.