Bukan hanya tawaran makanan yang ‘menggila’ sahaja ditawarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, syarikat telco di Malaysia juga turut mengambil peluang untuk memberi ganjaran dan kemudahan bagi pengguna mereka.
Terdapat banyak tawaran berbaloi yang ditawarkan dan antaranya adalah seperti berikut:
Mulai hari ini dan setiap Isnin yang berikutnya sehinggalah akhir April 2020, semua pengguna aktif Yodoo akan menerima data 1GB percuma untuk membantu korang membuat kerja dari rumah dan berhubung dengan dunia luar.
Bagi korang yang menggunakan pelan Unifi Mobile 99, webe RM79 dan Unifi Mobile Pek Jasa, korang boleh menikmati pas hotspot 999GB LTE secara percuma, sekali gus berkongsi data bersama ahli keluarga lain ketika berada di rumah. Promosi ini ditawarkan dari 19 Mac hingga 31 Mac 2020.
Bermula hari ini sehingga 31 Mac akan datang, Celcom menawarkan free unlimited WhatsApp chat, voice dan video call, free unlimited access untuk Microsoft 365, layari moh.gov.my dengan percuma dan percuma ke rangkaian talian Crisis Preparedness Response Centre 03-88810200 & Movement Control Order Hotline 03-88882010 mengikut terma dan syarat.
Digi menawarkan Digi Postpaid 80, Digi Postpaid 120 dan Digi Postpaid 160 yang pastinya lebih berbaloi kepada pengguna mereka.
Bagi pengguna pelan GX50, GX68, P99 dan P13 akan menerima data hotspot dua kali ganda daripada pelan biasa.
Ha, menarik kan? Jom tukar kepada pelan yang lebih berbaloi.