April lalu, bekas anggota Dolla, Syasya Rizal telah pun mendirikan rumah tangga  bersama pilihan hati, Nasrullah Mohd Sapie yang juga kawan kepada abangnya selepas merancang ke arah itu sejak hujung tahun lalu.

Walaupun kerjaya seninya masih di fasa memuncak, Syasya atau nama sebenar, Norsyasya Afiqah Shahrizal berkata, dia percaya pasti ada rezeki lain yang sudah ditetapkan, selain mahu memberi tumpuan menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda.

“Bila Tengok Suami, Teringat Nobita…”, Syasya Rizal Terpikat Dengan Suami Gara-Gara Animasi Doraemon!
Kredit: Syasya Rizal

“Saya rasa inilah masa yang sesuai untuk mulakan hidup baharu. Kalau rezeki sebagai penyanyi setakat itu, maka setakat itulah. Tapi, kita tak tahu rezeki pada masa akan datang”

“Buat masa sekarang, saya tiada apa-apa perancangan sebab saya hendak tumpukan perhatian kepada pengajian. Selepas ini kalau ada rezeki dan masa, Insya-Allah. Itu memang sudah dalam darah daging saya”

Syasya ketika ditemui media pada Sabtu di majlis resepsi Syasya dan Nasrullah di Magica Subang Hall berkata dia dan keluarga kedua belah pihak telah pun berbincang dan bersetuju dalam soal perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Syasya turut berkongsi alasan kenapa dirinya memilih Nasrullah untuk dijadikan teman hidup. Ianya disebabkan jejaka itu mempunyai wajah seakan-akan watak Nobita dalam siri animasi kegemarannya iaitu Doraemon.

Ads

“Bila Tengok Suami, Teringat Nobita…”, Syasya Rizal Terpikat Dengan Suami Gara-Gara Animasi Doraemon!

“Antara salah satu sebab saya tertarik dengan suami sebab saya suka Doraemon. Jadi, setiap kali saya tengok suami akan teringat Doraemon”

“Nasrullah kawan abang saya dan selalu lepak bersama. Dari situlah, saya selalu berjumpa dengan suami. Kami banyak persamaan dan perbezaan yang membuatkan saya tertarik dengan Nasrullah”

“Bila Tengok Suami, Teringat Nobita…”, Syasya Rizal Terpikat Dengan Suami Gara-Gara Animasi Doraemon!
Kredit: Syasya Rizal

Sementara itu, Nasrullah berkata, sebagai suami dia tidak menghalang sekiranya Syasya mahu bekerja, namun merasakan lebih baik jika isterinya menjadi suri rumah.

Ads

“Untuk hal kerja, saya sebagai suami amatlah mengalu-alukannya. Tapi, ia lebih baik jika Syasya adalah suri rumah sepenuh masa. Berkenaan bidang seni, kalau ada rezeki pada masa depan InshaAllah”

Ads

Jelasnya lagi, buat masa ini mereka akan fokus akan hal masing-masing dahulu dan ada perancangan lain tetapi bukan dalam dunia hiburan.

Sekadar info, Syasya telah membuat kejutan dengan mengundurkan diri dalam kumpulan Dolla pada 8 Mac lalu. Kemudian, mengejutkan peminat sekali lagi selepas bergelar isteri kepada Nasrullah pada 20 April lalu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI