Berita

Syasya Rizal Sebak Tonton Muzik Video Lagu Terbaharu DOLLA -“Kami Sepatutnya Nyanyi Bersama…”

Share

Bekas ahli kumpulan terkenal Dolla, Syasya Rizal akui sedih sehingga mengalirkan air mata selepas menonton muzik video lagu terbaharu berjudul Here4U.

Menurut Syasya, lagu tersebut sepatutnya dinyanyikan oleh mereka berempat, namun akur apabila dia sudah mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada kumpulan tersebut.

“Sebenarnya saya sudah dengar lagu ini (Here4U) sebelum dilancarkan. Kami sepatutnya menyanyi bersama empat orang, tetapi saya sudah mengambil keputusan untuk keluar Dolla.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Doakan Syasya Rizal Kekal Istiqamah Dalam Berhijab

“Saya sangat gembira apabila lagu ini berjaya dilancarkan. Dapat tengok muzik video istimewa lagu ini, menangis juga lah saya dan sangat comel,” katanya.

Syasya berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemu bual oleh penyampai radio segmen 3 Pagi Era.

Walaupun dirinya tidak lagi bersama Dolla, Syasya memberitahu dia tidak akan berhenti memberikan sokongan buat ketiga ‘kakak’ kesayangannya itu.

“Apa pun berlaku, saya tetap menyokong Dolla. Kepada kakak-kakak saya (Tabby, Angel, Sabronzo) yang amat saya sayangi, terima kasih untuk semua yang pernah kita lalui sejak dari awal kita mula.

“Terima kasih beri layanan yang sangat baik dan anggap saya sebagai adik bongsu kalian. Saya akan sentiasa sokong kalian dan bawa nama Dolla ke peringkat antarabangsa. Buat Malaysia dan kelab peminat bangga,” tuturnya lagi.

Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.

Sekadar info, Dolla ditubuhkan pada April 2019 yang dianggotai oleh empat gadis muda yang berbakat dalam nyanyian dan tarian iaitu Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Syasya Rizal

Published by
Fath