Hiburan

Syasya Rizal Selamat Timang Putera Sulung, Pilih Nama Muhammad Yassir Hayyan. Tahniah!

Share

Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, telah selamat melahirkan bayi lelaki.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh Syasya melalui akaun Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syasya Rizal Sahkan Kini Sedang ‘Berbadan Dua’ -“Baby Emon Is On The Way”

“At the beginning of this year, I asked Allah for a life full of love and purpose, in return this is how we ending our year,” coretnya di ruangan kapsyen.

Selain itu, Syasya turut berkongsi nama anak lelakinya, iaitu Muhammad Yassir Hayyan.

“Alhamdulillah, the biggest blessing and amanah for mama and baba. Muhammad Yassir Hayyan,” tambahnya lagi dengan rasa syukur.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Doakan Syasya Rizal Kekal Istiqamah Dalam Berhijab

Dalam hantaran yang sama, kelihatan suami tercinta, Nasrullah Mohd Sapie, sedang mengendong bayi mereka dengan penuh kasih sayang.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar bayi tersebut diberikan kesihatan yang baik di ruangan komen.

Sebelum ini, Syasya hampir melahirkan bayi pra-matang selepas mengalami pendarahan ketika kandungannya baru sahaja berusia 30 minggu. Menurut Syasya, doktor memberitahunya bahawa kejadian tersebut berlaku kerana kontraksi yang tidak teratur setiap 10 minit.

Sekadar info, Syasya secara rasmi mengumumkan pengunduran dirinya daripada Dolla pada 8 April lalu atas alasan peribadi. Beliau kemudiannya melangsungkan pernikahan dengan Nasrullah Mohd Sapie dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Instagram

Published by
Fath