Pengunduran diri Syasya atau nama sebenarnya Noor Syasya Afiqah Shahrizal sebelum daripada kumpulan Dolla sebelum ini menimbulkan pelbagai spekulasi.
Namun semuanya terlerai apabila penyanyi berusia 23 tahun ini telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihan hatinya pada Sabtu.
Dalam perkongsian foto yang dipaparkan kepada umum dapat dilihat Syasya dan suaminya menyarung persalinan serba putih melangsungkan perkahwinan di dalam sebuah masjid yang tidak dikongsikan lokasinya.
Dalam satu siaran media yang dikeluarkan oleh Universal Music Malaysia, Pengarah Urusan syarikat tersebut, Kim Lim berkongsi serba ringkas mengenai majlis perkahwinan penyanyi yang bernaung dibawah labelnya itu.
Ads
“Ingin dikongsikan berita gembira buat semua yang mana Syasya telah mendirikan rumah tangganya dengan lelaki pilihannya hari ini. Ini juga antara faktor utama kenapa Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla.
“Kita doakan semoga segala apa yang dirancang Syasya berjalan lancar dan dipermudah. Diharap ikatan perkahwinan yang dibina kekal ke Jannah,” kongsinya.
Selain itu Kim Lim turut menyentuh isu mengenai segala spekulasi yang menjadi tular di media sosial berkenaan pengunduran Syasya.
Ads
“Semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” tambahnya lagi.
Imbas kembali, berita pengunduran Syasya daripada kumpulan Dolla telah dibuat pada 8 April lalu, beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Syasya telah bersama kumpulan pop terkenal ini sejak awal penubuhan pada 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai orang suka akan keindahan laut. Sama ada datang ke pantai untuk mandi-manda, sebahagian pula suka ke pantai kerana mahu melihat betapa indahnya saat matahari terbenam di ufuknya.
Bukan saja jadi tempat untuk perkelahan keluarga sambil mandi manda, pantai juga menjadi tumpuan pasangan kekasih sebagai satu tempat pertemuan kerana sukakan suasana damai sambil menikmati angin laut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Dalam keseronokan mandi mandi, sebenarnya ada beberapa pantang larang orang tua dahulu yang korang perlu tahu khususnya kepada soal pemakaian barang kemas dan perhiasan di tubuh baik kepada orang lelaki mahu pun perempuan. Dalam pada itu, sikpa golongan remaja yang suka berseronok termasuk ketawa kuat juga perlu diberi perhatian ketika membuat perkhemahan di lokasi pantai disukai.
Abang Roslan punya banyak cerita dan pengalaman kerana tugasnya membersihkan pantai sejak bertahun dulu
Seorang pekerja pembersihan pantai di Pantai Port Dickson, hanya mahu dikenali sebagai Roslan yang sudah bertahun-tahun menjaga kebersihan pantai berkata, berdasarkan pengalamannya dan petua orang tua-tua terdahulu yang punya pengalaman, ini sedikit perkongsian diberikannya.
Ingatan pertama untuk orang lelaki. Jangan sesekali memakai barang perhiasan seperti perak di tubuh ketika mandi laut. Sebabnya kalau berlaku kejadian lemas, mayat mangsa akan ditemui lebih lambat. Sekurang-kurangnya 2-3 hari selepas kejadian dengan keadaan mayat sudah bengkak berbanding mereka yang tidak memakai sebarang perhiasan di tubuh.
Ingatan kedua untuk orang perempuan, jangan memakai barang kemas ketika mandi laut. Sebabnya, dengan sifat air laut yang masin, tubuh badan manusia menjadi lebih cepat kecut manakala barang kemas pula mengembang bila terkena air masin. Sebab itulah, dalam seronok-seronok mandi mandi, tahu-tahu bila naik ke pantai, barang kemas di jari sudah hilang. Kalau cincin masa akad nikah, boleh menangis jadinya. Sebab itulah korang boleh tengok di tepi pantai, terutama sebelah pagi ada orang membawa mesin pengesan logam dan membuat scan di pasir-pasir pantai. Memang ada barang kemas dijumpai selepas air laut surut.
Bila jumpa botol-botol di tepi laut terutama bertutup dan mempunyai kertas didalamnya, jangan buka penutupnya. Mengutipnya boleh tetapi jangan buka. Sebabnya kebanyakan orang membuang saka semuanya dihumban ke tengah laut. Jadi kalau korang buka, faham-faham sahajalah ya.
Bila senja jangan terlampau suka-suka sangat. Ramai budak remaja tak perasan perkara ini. Kebanyakan mereka akan bergelak ketawa tanpa peduli tentang “pertukaran” dunia ghaib dan alam manusia. Untuk pengetahuan korang, waktu senja adalah waktu pagi bagi dunia ghaib dan ketika itulah mereka berduyun-duyun keluar dengan pelbagai urusan. Ini waktu aktif mereka dari alam ghaib. Faham-faham sahajalahkan bila berlaku pertembungan waktu kalut-kalut inii. Kata abang Roslan, pernah kawan sekerjanya menegur sekumpulan pelajar perempuan dari Politeknik Pport Dickson yang terlampau suka-suka dan bergelak ketawa tetapi teguran itu tidak diendahkan. Akibatnya seorang dari mereka hampir lemas sebelum diselamatkan oleh budak banana boat.
Mulut jangan celupar sangat ya. Sesetengah orang memang suka cakap besar. Sedangkan Allah menciptakan dunia ini tujuh lapisan langit, tujuh lapisan bumi. Laut adalah tempat terbuka dan sudah tentu ada penghuni lain yang tidak nampak dengan mata. Jangan menyeru memanggil nama mereka kerana silap-silap boleh jadi histeria nanti.
Ini yang terakhir. Ramai orang terutama dari bandar suka buang-buang lampin pakai buang anak yang dipenuhi dengan kencing dan najis di tempat bukan sepatutnya. Kata orang mana yang sempat dicampak. Tapi menurut petua orang tua dahulu, bila benda kotor dibuang merata, anak-anak kecil ini boleh terkena jangkitan penyakit kulit.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Qadejah ini saya nampak dia ada kelebihan dan gifted.
“Saya lihat dia ini mewarisi bapa dan neneknya dalam berniaga, pandai bercakap,” ujar Datin Shahida.
Namun sebagai seorang ibu, Datin Shahida tidak menafikan bahawa dia turut menyimpan sedikit kerisauan terhadap perubahan sikap Qadejah apabila menerima terlalu banyak pujian daripada orang sekeliling.
“Tapi saya juga ada sedikit kerisauan kepada dia apabila ramai yang memuji, dia rasa bangga dan tak boleh kena tegur.
“Jadi saya selalu ingatkan dan tegur dia di rumah, lebih-lebih lagi dia sekarang telah meningkat remaja,” tambahnya lagi.
Menurut Datin Shahida, Qadejah kini semakin menunjukkan minat dalam dunia hiburan, malah tidak kekok berada di set penggambaran.
“Sebenarnya sekarang ini saya mula nampak dia sudah mengikut jejak langkah bapanya.
“Dia mula enjoy apabila pergi rakaman, pergi set pengambaran. Saya rasa bangga jugalah dengan dia,” jelasnya.
Bagi Datin Shahida, apa yang paling utama adalah memastikan anak-anaknya bersedia meneruskan legasi perniagaan keluarga yang telah dibina sejak awal.
“Sebagai ibu, saya memang mengharapkan anak-anak saya ini berjaya dalam dunia perniagaan dan dapat menyambung legasi perniagaan kami.
“Kerana perniagaan kami ini, saya bermula daripada bawah. Jadi saya harap mereka adik-beradik dapat menerajui bisnes kami pada masa akan datang,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbasikal adalah antara sukan yang kini menjadi trend bukan hanya kepada anak muda, malah oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira umur.
Kalau korang perasan, sekarang ini ramai yang sudah mula menjinakkan diri dalam sukan berbasikal dan dah jadi seperti trend apabila masing-masing mempunyai grup konvoi mereka sendiri untuk turun melakukan aktiviti riadah ini.
Selain daripada beriadah, antara manfaat yang korang akan peroleh sekiranya melakukan aktiviti berbasikal adalah seperti meningkatkan kesihatan mental, menurunkan berat badan dan mengurangkan sakit jantung serta risiko kanser.
Namun, di sebalik manfaat itu semua terselit kebimbangan yang sememangnya perlu diberi perhatian sewajarnya iaitu masalah kebas.
Menerusi Public Health Malaysia, ia berpunca daripada tempat duduk basikal atau motosikal.
“Jika kita duduk di kerusi biasa, berat kita disebarkan pada kedua-dua punggung kita dan kerusi tidak akan menekan pada bahagian tengah punggung, yang dikenali sebagai perineum.
“Namun pada sesetengah basikal atau motor, tempat duduknya menirus dan memberikan tekanan pada bahagian perineum.
“Di bahagian inilah terletaknya saraf dan salur darah berhubung dengan bahagian zakar dan klitoris. Kecederaan saraf dan salur darah ini boleh menyebabkan mati pucuk samada pada jangka masa pendek mahupun panjang,” tulis Public Health Malaysia.
Jadi, apakah cara untuk mencegahnya? Berikut antara enam cara yang boleh dijadikan panduan buat orang ramai:
1. Pastikan basikal sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
2. Pastikan tempat duduk selaras dengan ketinggian.
3. Elakkan badan ke hadapan semasa berbasikal.
4. Pilih padding yang lembut.
5. Jangan sesekali menghala tempat duduk ke atas.
6. Pilih tempat duduk yang lebar.
Bukanlah untuk menakutkan mereka yang sudah tertarik dengan aktiviti berbasikal ini, tapi perlu pastikan pentingnya aspek keselamatan bagi mengelak risiko kecederaan dan berlakunya kemalangan yang tak diingini.
Stadium Tertutup Miri ‘menyala’ dengan kehadiran lebih 2,500 orang ramai yang membanjiri ruangan tempat duduk bagi memeriahkan Konsert MeleTOP TVS yang berlangsung pada 17...