
Jika sebelum ini kehadiran adik Syafiq Kyle ke sesi uji bakat Hero Remaja mencuri tumpuan ramai, selepas itu ia terus berpanjangan apabila ada individu yang mengecam Syazwan di twitter dengan kenyataan 'Macam Syafiq Kyle kena sengat tebuan'.
Tidak berpatah semangat dan ingin terus mengejar impiannya, Syazwan sekali lagi hadir mencuba nasib pada minggu kedua sesi uji bakat Hero Remaja.
Remaja berkesempatan menemu bual dan bertanya tentang komennya berkenaan dengan isu viral itu.

"First of all memang la saya rasa macam sebelum ni tak ada orang tahu saya siapa, tapi tiba-tiba ada orang up dekat twitter membahan saya. Saya ambil perkara itu sebagai pembakar semangat dan dalam masa yang sama tergelak juga bila tengok orang-orang macam tu,"
"Sebab saya tahu orang-orang macam tu mungkin mereka tak ada kerja. Hehe! Saya cuma nak cakap, sudah-sudah la nak kutuk orang. If you rasa diri you perfect enough, then you boleh kutuk orang. Sebab nobody perfect in this life," jelasnya lagi.
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi yang menyokong Syazwan untuk meneruskan minatnya dalam industri seni tanah air.
Diharap agar Syazwan tidak patah semangat dan abaikan segala komen-komen yang negatif. Ambil yang positif untuk kita lebih terus maju ke hadapan.
Rentas Negeri Demi Kenduri Adik, Individu Sabah Punca Kluster Baru COVID-19

Haihh, itulah tak ikut lagi arahan yang dikeluarkan.
Satu kluster baru di Taman Rakyat, Kuala Terengganu wujud setelah seorang individu Sabah dari berdegil ingin menghadiri majlis perkahwinan adiknya sehingga sanggup merentas negeri tanpa kebenaran.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus kepada rakan media di BERNAMA, sebanyak 26 kes positif COVID-19 telah dikesan akibat kluster tersebut; iaitu 11 orang ahli keluarga dan 15 orang jemputan yang menghadiri ke masjli kenduri.
Semuanya gara-gara individu yang dimaksudkan ingin ‘mengirim’ duit kenduri kepada adiknya. Semasa bertemu dengan rakan baiknya di sana, rakannya yang terjangkit telah mengadakan pula sebuah majlis akikah di kampung.
Akibatnya, seramai 5 orang ahli keluarga dan 7 tetamu akikah dijangkiti.

Inilah salah satu pengajaran yang sepatutnya kita ambil sebelum sesuka hati merentas negeri tanpa sebab munasabah.
Apabila wujud majlis berkumpul seperti ini namun SOP tidak dipatuhi, ia akan mengakibatkan masalah yang jauh lebih besar daripada yang kita sangkakan.
Sebaiknya, tangguhkanlah terlebih dahulu apa-apa majlis keraian yang tidak terdesak dilakukan pada waktu ini. Bukan korang je nak berjumpa dengan sanak saudara tau.
Bertimbang rasalah dan sematkan rasa tanggungjawab sebagai rakyat dalam hati.
22 Hotspot Yang Sering Libatkan Kemalangan Kenderaan Berat Sepanjang Lebuhraya PLUS

Isi Kandungan
ToggleBaru-baru ini, sekumpulan pelajar universiti telah terlibat dengan kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora yang mengakibatkan lima kematian.
BACA: 5 Pelajar USAS Jadi Korban Kemalangan Dengan Treler Di Terowong Menora
Orang ramai turut bersimpati atas apa yang menimpa mangsa dan mengatakan bahawa lokasi berlakunya kemalangan itu sememangnya ‘panas’ dan sering berlakunya kejadian yang tidak diingini. Sememangnya kita perlu berhati-hati ketika memandu di jalan raya, namun tidak dinafikan terdapat lokasi-lokasi panas (hotspot) yang memerlukan pemandu untuk lebih berhati-hati bagi mengelakkan kemalangan.

Terdapat 22 hotspot kemalangan kenderaan berat sepanjang lebuhraya PLUS telah pun dikeluarkan oleh pengkaji UKM. Hotspot ini kerap melibatkan kemalangan dan kematian disebabkan kenderaan berat, termasuklah sekitar Terowong Manora.
Apa yang lebih menyedihkan, pengguna kenderaan berat hanya 9 peratus, namun kemalangan maut melibatkan kenderaan berat hampir mencecah 50 peratus.
Berikut kami senaraikan antara 22 hotspot yang sering melibatkan kemalangan kenderaan berat sepanjang lebuhraya PLUS.
Bahagian Utara
KM 104.4–109.0
KM 125.7–131.0
KM 143.0–148.3
KM 228.0–234.5
KM 256.1–259.0
KM 263.1–268.4
KM 292.0–297.1
KM 307.8–313.0
KM 381.9–385.5
KM 443.0–449.4
KM 454.3–458.9

Bahagian Selatan
KM 280.9–285.5
KM 271.0–275.5
KM 243.6–246.9
KM 229.4–234.4
KM 218.9–223.3
KM 195.0–197.7
KM 145.6–149.4
KM 123.6–126.5
KM 81.0–83.0
KM 25.5–30.6
KM 12.6–17.6

Kemalangan yang membabitkan pelajar universiti USAS itu juga dilaporkan pihak bomba menghadapi kesukaran untuk mengakses kawasan kemalangan yang jauh, kesesakan dan juga kekurangan sumber air dan tiada pili air. Pihak kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi mencegah kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan berat. Diharap selepas ini tindakan sewajarnya dapat diambil supaya perkara seumpama itu tidak berlaku lagi.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Eksklusif! Hari Ini Saya Menangis Sama Seperti Hari Kematian Thaqif

Ya, kami sekeluarga redha!
Ini kata Mohd Gaddafi bin Mat Karim, 46 dan isteri Felda Wani Ahmad, 42, berikutan pengumuman Mahkamah Koroner yang ditubuhkan bagi menyiasat kematian anaknya, Mohd Thaqif Amin, pada 2017 yang menjadi viral berikutan dakwaan anaknya disebat oleh pembantu tahfiz sehingga meninggal dunia.
REMAJA yang menghubungi keluarga ini sebentar tadi berkata, mereka sekeluarga redha dan tidak akan memanjangkan lagi isu berkenaan.
“Biarlah. Hanya keluarga, saudara mara dan orang terdekat saja tahu. Banyak kejadian yang kami lalui termasuk melihat kubur anak digali semula untuk mengambil sample kaki dipotong itu bagi mencari punca kematiannya,”kata bapa arwah yang turut memaklumkan, mereka sekeluarga tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar pengumumam kes berkenaan namun turut dipanggil memberi keterangan sebelum ini.


Dalam pada itu, ibu arwah Felda Wani berkata, air matanya tumpah hari ini sama seperti di hari dirinya kehilangan arwah dalam hidupnya dua tahun lalu.
Mengakui hatinya tidak sekuat mana dan hanya mereka yang pernah merasai satu kehilangan akan memahami, jelas Felda Wani trauma kehilangan anaknya sentiasa datang dalam hidupnya.
“Saya masih menangis bila mengingati diri arwah. Saban minggu tak pernah tak pergi menziarahi kuburnya,”katanya memaklumkan adik kepada arwah yang baru dilahirkan ketika kejadian menimpa arwah sudah pun berusia dua tahun iaitu Mohd Thifal Ariq.
Dalam pada itu, Felda Wani berkata, seorang lagi anaknya, Mohd Tahfiz Hadif, 8 tahun yang turut mempunyai minat sama seperti arwah abangnya mendalami agama Islam kini bersekolah di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Ummah, Sri Saujana Kota Tinggi.
“Semasa kejadian menimpa arwah abangnya, saya ada tanya Hadif nak sekolah mana. Dia cakap nak sama macam abang. Sebab itu kami masukkannya. Kalau boleh biarlah dia belajar sehingga habis darjah enam kemudian baru ditentukan minatnya. Arwah juga dulu sama belajar di sekolah agama sebelum bertukar ke tahfiz berkenaan,”katanya yang rehda dengan semua janji Allah.


Ini kronologi kes Mohd Thafiq yang menjadi viral
Kisah adik Mohd Thaqif bermula apabila dia mendakwa telah dipukul oleh pembantu warden di sebuah madrasah tempatnya mengaji agama. Dikatakan pembantu warden tersebut memukul dengan menggunakan batang paip.
27 Januari 2017. Adik Mohd Thaqif didaftarkan ke Madrasah Tahfiz Al-Jauhar.
Sebelum 31 Mac 2017. Mohd Thaqif sering mengadu kepada ibunya agar dikeluarkan daripada madrasah tersebut kerana takut dirotan oleh pembantu warden.
31 Mac 2017. Dikeluarkan daripada Madrasah Tahfiz oleh ibunya Felda Wani Ahmad, 40.
17 April 2017. Adik Mohd Thaqif mengadu kaki bengkak dan sakit.
20 April 2017. Mohd Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di Unit Dependensi Tinggi (HDU).
21 April 2017. Didapati kedua-dua kaki Mohd Thaqif mempunyai jangkitan kuman serta darah beku dan terpaksa dipotong untuk mencegah jangkitan merebak ke seluruh badan.
22 April 2017 (4.00 petang). Pembantu warden Madrasah Tahfiz ditahan dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Asisten Komisioner Rahmat Othman ketika itu, suspek berumur 29 tahun yang masih bujang sebelum ini pernah ada rekod jenayah mencuri dalam bangunan pada 22 Mei 2014 yang menyebabkanya dihukum penjara 30 hari. Sumber SinarHarian April 23
24 April 2017. Menurut Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan bahawa madrasah terbabit tidak berdaftar di bawah kementerian.

25 April 2017. Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia melawat Mohd Thaqif.
8:00 a.m 26 April 2017 (Rabu). Sepatutnya dijadualkan untuk proses pembedahan memotong tangan kanan yang dijangkiti kuman namun ditangguh atas faktor kestabilan jantung.
2:05 p.m 26 April 2017 (Rabu). Disahkan meninggal oleh keluarga.
9:00 a.m 27 April 2017 (Khamis). Solat Jenazah diimamkan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Dr Asyaf Wajdi Dusuki dan menjadi penghubung antara Perdana Menteri dan Bapa Mohd Thaqif untuk berbual dalam telefon.
12:37 a.m 27 April 2017 (Khamis). Jenazah selamat dikebumikan di Felda Bukit Aping Timur selepas disembahyangkan di kediaman datuknya Ahmad Motai, 68.
Hari ini dimaklumkan segalanya ada berpunca dari kencing tikus
Hari ini memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Koroner di sini, hari ini memutuskan kematian pelajar madrasah tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi pada 26 April 2017 lalu disebabkan komplikasi kencing tikus dan tiada perbuatan jenayah.
Keputusan inkues dibacakan Hakim Jailani Abd Rahman yang bersidang sebagai Koroner di hadapan Pengarah Pendakwaan negeri, Roslan Mat Nor dan Timbalan Pendakwa Raya, Suhaila Shafi’uddin.
Mohamad Thaqif dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail pada 19 April 2017 selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai akibat dipukul pembantu warden madrasah tahfiz.
Selepas kedua-dua kakinya dipotong pada 22 April 2017, tangan kanan Mohamad Thaqif Amin pula dijangkiti kuman akibat darah beku dan dijadual dipotong dari jari hingga bawah siku.
Bagaimanapun, pembedahan ditangguhkan kerana jantung pelajar itu dilaporkan tidak stabil sebelum pelajar itu meninggal dunia pada 26 April 2017.
Dalam alasan penghakimannya, Jailani berkata mahkamah membuat keputusan berdasarkan keterangan saksi inkues ke-11 iaitu Pakar Perubatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Dr Mohamad Aznool Haidy Ahsorori.
“Hasil pemeriksaan bedah siasat adalah konsisten dengan Acute Infectious Purpura Fulminans complicating Leptospirosis, iaitu penyakit komplikasi berkait dengan kencing tikus.
“Mahkamah berpendapat dan berpandangan keterangan saksi (Dr Mohamad Aznool) wajar.
“Keterangan melalui ibu, ayah dan bapa saudara mengatakan si mati (Mohamad Thaqif) dan beberapa orang sepupu ke sebuah kolam mandi di Jalan Mawai pada 22 atau 23 Mac, tetapi saksi tidak dapat mengingati tarikh sebenar si mati ke kolam berkenaan,” katanya ketika membacakan alasan penghakiman di sini, hari ini.
Jailani berkata, mahkamah turut menimbangkan hukuman yang dikenakan terhadap Mohamad Thaqif semasa di madrasah berkenaan.
“Bukan sahaja si mati yang dikenakan hukuman, tetapi semua pelajar turut dikenakan hukuman sama dan hukuman dijalankan ketika berdiri sambil si mati mengangkat kaki.
“Keterangan ibu si mati juga tiada menemui kesan lebam pada kaki ketika mendaftar keluar anaknya dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan hukuman dibuat bersifat minimum.
“Selepas meneliti semua keterangan yang diketengahkan di hadapan saya, keputusan saya ialah kematian Mohamad Thaqif adalah sebagai nahas komplikasi berkait kencing tikus dan tiada sesiapa bertanggungjawab secara jenayah sama ada perbuatan atau peninggalan terhadap kematian Mohamad Thaqif,” tambahnya.