Isunya apabila syarikat berkenaan menghapuskan bayaran gaji mengikut jam, komisen penghantaran lewat malam (selepas jam 11 malam) dan bayaran pembatalan pesanan oleh pelanggan.
Walau bagaimanapun, menurut Malaysiakini, Pengarah Urusan Foodpanda berkata pekerja yang tidak mahu bekerja perlu memberikan atau menukarkan syif mereka kepada rider lain agar tidak menjejaskan pendapatan mereka.
“Mesej yang kami berikan adalah, jika awak tidak mahu kerja, kami OK sebab mogok tidak melanggar undang-undang,”
Kenyataan itu mengundang rasa marah netizen yang turut bersimpati dengan nasib rider Foodpanda, malah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga menyifatkan pihak pengurusan terbabit bersikap angkuh (Berita Harian).
Malah, mereka juga khabarnya ingin memboikot syarikat penghantaran makanan tersebut.
Kami harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Kepada semua rider yang berhadapan dengan situasi ini, diharap korang semua dapat mencari jalan keluar bagi menyelesaikan segala bebanan yang ditanggung. InsyaAllah, kalau dah rezeki tak kemana.