Nampaknya dalam seminggu ini nama Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi trending. Bukan kerana kekacakan dirinya yang menjadi idola ramai anak gadis tetapi kerana beberapa isu yang dilihat sebagai tindakan kurang matang darinya jika diambil kira dengan situasi politik Malaysia hari ini.
Hari ini saja, dirinya menjadi trending kerana diberi 39 markah dari 100 oleh seorang guru Bahasa Melayu selepas tersiarnya siaran media yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan mengenai Skuad Bawah 23 Tahun bagi Temasya Sukan Asia 2018 yang mana menurut guru ini penuh dengan kesalahan tata bahasa dan pengulangan ayat.
Kerajinan cikgu ini membuat “pencerahan” di mana kesalahan itu berlaku membuatkan semakin ramai netizen mempertikaikan kebolehan anak muda berusia 25 tahun ini sebagai Menteri. Bayangkan la dari tujuh perengggan diberi kepada media, kata guru ini ia boleh dipendekkan menjadi tiga para sahaja. Ermmm kita dulu-dulu pun suka tulis meleretkan sebab nak cukupkan 100 patah perkataan.Hahaha.
Untuk makluman korang, Menteri jarang menulis “karangan” dan ada pegawai khasnya tetapi apabila dah jadi isu, nama Menterilah jadi sasaran kerana beliau sepatutnya ‘check’ dulu sebelum dilepaskan ke siaran pihak media.
Okay, hal mengenai Syed Saddiq ini tidak habis begitu sahaja. Terbaru, ada media sosial menyiarkan gambarnya sedang makan malam dengan Ashman Datuk Sri Najib Tun Razak selain dari anak Datuk Sri Shahrizat Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Wanita UMNO. Tidak pasti ini video lama atau baru tetapi ia mula menjadi viral di media sosial minggu ini.
Ads
Tindakannya walaupun hanya makan malam dilihat sebagai kurang bijak memandangkan jawatannya dan parti yang berbeza pendapat dan rakyat mungkin tidak boleh hadam lagi hal sebegini.
Bukan itu saja, kehadirannya ke Parlimen juga mendapat “teguran” selepas warna kot beige yang dikenakannya dikatakan kurang sesuai.
Ads
Carian Remaja di laman fb atas nama Parti Peribumi Bersatu Malaysia – Pakatan Harapan juga memperlihatkan blog ini menyenaraikan beberapa tindakan Syed Saddiq yang dilihat “terkhilaf” terutama selepas beliau dikatakan berkata mahu berkerjasama dengan Khairy Jamaludin dalam isu pembangunan belia serta beberapa kekhilafan lain.Korang tengoklah sendiri apa yang disenaraikan ya.
Niat Menteri muda ini mungkin murni, iaitu ke arah Malaysia baru tetapi nampaknya rakyat Malaysia seakan tak boleh move on dengan isu-isu sebegini.
Ads
Besar harapan Remaja agar kita memberi peluang untuk Syed Saddiq menunjukkan kredibilitinya sebagai menteri muda yang terlalu baru diterajuinya. Kata orang, mana manusia tak buat silapkan.
Seperti pantun berbunyi,
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.
Apa kata beri peluang untuk Syed Saddiq dan bukan terus menerus mencari kesalahan dirinya. Jangan pernah lupa beliau sanggup mengutip sampah yang ditinggalkan dalam stadium ketika perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dengan Pahang di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebelum ini. Masa tu bukan main dirinya dipuji kerana menunjukkan contoh tauladan yang baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam, bagi peminat dunia astronomi dapat menyaksikan gerhana matahari cincin bagi tahun terakhir 2020.
Fenomena indah yang juga disebut sebagai Ring Of Fire bila mana bulan menutup sebahagian besar matahari sehingga terbentuk fenomena menyerupai Cincin yang sangat jelas dan disebut sebagai 'Ring of Fire'.
Di Malaysia, gerhana ini terjadi sekitar jam 3.57 petang yang berjaya di rakam. Untuk gerhana kali ini, kita di Malaysia hanya dapat menyaksikan separa sahaja kerana Malaysia tidak berada dalam kedudukan laluan gerhana Matahari Cincin ini. Namun fenomena ini dapat disaksikan secara jelas di tengah benua Afrika, Timur Tengah, Pakistan, China serta lautan Pasific.
Menurut laporan Phys.org, Gerhana Matahari Cincin dilihat pertama kali terlihat di Republik Timur Laut Kongo pada pukul 5:56 waktu setempat (04:56 GMT) hanya beberapa minit setelah matahari terbit. Ia berlaku sekitar 1 minit 22 saat sahaja sebelum gerakan bulan ini melaju kea rah Timur melintasi Afrika dan Asia.
Saksikan keindahan fenomena alam ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang seorang peminat pie di restoran makanan segera McDonalds, dah tentu korang kecur air liur bila melihat gambar Molten Chocolate Pie yang telah tular beberapa ketika yang dulu.
Belum memasuki pasaran di Malaysia, maka telan air liur je la bila tengok orang post di Facebook. Namun begitu, khabarnya pie coklat ini bakal dipasarkan oleh McDonalds Malaysia bermula 6 Jun ini.
Kalau di Singapura penjualan pie ini mengambil masa hanya seminggu untuk sold out, jadi confirm bermula 6 Jun ini dah ramai yang serbu ke McD sebab nak merasa kesedapan pie coklat yang selama ini ditunggu-tunggu oleh masyarakat Malaysia. Hiks!
Nak pula bila korang tu memang hantu coklat. Takkan tak nak try kan? Rugi beb!
Okay apa lagi gais, nanti kalau dah try kasi review sikit la dekat kami ya?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengumumkan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi calon yang mendudukinya pada tahun 2022. Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, 10,109 calon SPM 2022 peroleh keputusan cemerlang.
REMAJA mengucapkan tahniah kepada calon yang mendapat apa sahaja keputusan. Sama ada cemerlang atau tidak, SPM ini hanya permulaan dan jadikan ia satu asbab untuk kita terus berjuang di luar sana. Banyak peluang yang boleh diteroka selagi hayat dikandung badan. Yang penting jangan mengalah!
Foto: melakahariini (Gambar hiasan)
Prestasi SPM tahun 2022 menunjukkan peningkatan dan penurunan bagi beberapa mata pelajaran berbanding keputusan SPM 2021 yang lalu. Menurut laporan Astro Awani, antara prestasi mata pelajaran yang menunjukkan peningkatan ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Sains.
Dalam kesemua mata pelajaran tersebut, Sejarah telah mencatatkan peningkatan prestasi paling tinggi iaitu sebanyak 0.23 mata.
Manakala, mata pelajaran yang menunjukkan penurunan ialah mata pelajaran Pendidikan Moral dengan mencatatkan penurunan sebanyak 0.07 mata.
Secara keseluruhan, sebanyak 69 daripada 95 mata pelajaran telah mencatatkan peningkatan, manakala sebanyak 24 mata pelajaran telah mencatatkan penurunan.
Sementara itu, terdapat dua mata pelajaran telah menunjukkan prestasi tidak berubah atau kekal. Selain itu, peratusan calon yang layak menerima sijil SPM 2022 juga telah menunjukkan peningkatan, mencatatkan sebanyak 91.6 peratus berbanding 88.1 peratus pada 2021 yang lalu.
Laporan Analisi Keputusan Peperiksaan SPM 2022 yang lengkap boleh diakses dengan melayari portal Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...