Semalam kecoh di media sosial apabila tular berita tentang kenyataan Menteri Komuniaksi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah iaitu segala bentuk penggambaran memerlukan lessen Finas, termasuklah rakaman media sosial peribadi.
Malah, khabarnya keperluan lesen itu juga turut terpakai ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial seperti Instagram dan TikTok. Semua jenis penggambaran tertakluk kepada undang-undang berkenaan.
Hal ini mendapat respon daripada ahli parlimen Muar, YB Syed Saddiq yang memuat naik kenyataan di media sosialnya sekali gus mempertahankan anak muda dan content creator yang tidak mampu untuk membayar RM50,000 bagi mendapatkan lesen daripada Finas. Ia secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan ratusan ribu anak muda serta membunuh kreativiti mereka.
Posting di laman instagramnya ini menerima lebih daripada 3,000 ribu komen dan terlihat ramai selebriti dan influencers muda yang menyokong dan mengucapkan terima kasih kepada YB Syed Saddiq kerana menjadi ‘suara’ mereka dalam mempersoalkan isu video yang perlu mendapatkan lesen Finas.
Walau bagaimanapun, satu kenyataan penjelasan isu lesen perfileman Finas telah pun dikeluarkan.
Haih, makin keliru dengan isu ini sebenarnya. Mana satu yang betul? Harapnya isu lesen ini dapat diselesaikan dengan jelas dan segera agar tidak mengelirukan ramai pihak.