Jika di Malaysia kita sibuk berbicara menu apa untuk berbuka semalam, mahu beli atau masak saja di rumah, nampaknya situasi ini tidak dirasai oleh penduduk awam di Hama dan Selatan Idlib apabila Ramadan pada hari pertama dicemari dengan serangan udara dari tentera Russia.

Amat menakutkan, dalam tempoh beberapa jam sahaja, lebih 220 kali serangan udara dilancarkan di kawasan terbabit pada hari pertama Ramadan. Tidak saja bom-bom dilepaskan dari udara diikuti meriam dan pelancar roket sekaligus menjadi tangisan bagi penduduk Syria yang terus tertindas.

Di negara ini, nyawa mungkin bukan perkara berharga  namun kebanyakan penduduk termasuk anak kecil ini pastinya menjadi anak-anak syurga kerana terkorban dalam pelbagai serangan. Dalam tempoh 7 hari ini bermula minggu lalu, lebih 4000 serangan udara dilancarkan ke atas Idlib, satu jumlah yang pastinya mengorbankan bukan sedikit nyawa.

Syria Mandi Darah Hari Pertama Ramadan, 220 Serangan Udara Dilancarkan Tentera Russia
Anak kecil ini mungkin sebaya anak kita. Jika anak kita masih main game tetapi mereka menjadi mangsa serangan bom bertali arus
Syria Mandi Darah Hari Pertama Ramadan, 220 Serangan Udara Dilancarkan Tentera Russia
Bayangkan suasana di Syria. Kita mungkin terfikir mahu masak apa, beli menu di bazar mana tapi penduduk di sini bertempiran untuk menyelamatkan nyawa masing-masing
Syria Mandi Darah Hari Pertama Ramadan, 220 Serangan Udara Dilancarkan Tentera Russia
Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu penduduk Syria. Mari kita berdoa agar penduduk-penduduk ini sentiasa dalam lindungan Allah

Syria Mandi Darah Hari Pertama Ramadan, 220 Serangan Udara Dilancarkan Tentera Russia

Dalam serangan pada 5 Mei, hospital yang menjadi tempat “paling selamat” iaitu Hospital di bandar Kafr Nabeel di selatan Idlib turut dibom menjadikan tugas para sukarelawan perubatan semakin sukar. Dalam serangan semalam iaitu hari pertama Ramadan dua penduduk awam terbunuh.

Menurut Syrian Network for Human Rights, sehingga 5hb Mei 2019 sahaja seramai 67 penduduk awam telah kehilangan nyawa. Manakala jumlah penduduk awam yang terbunuh semenjak Januari sehingga Mei 2019 pula adalah sebanyak 1,181 orang termasuk 8 darinya pekerja perubatan dan 5 pengamal media.

Ads

2 orang awam terbunuh manakala yang lain cedera selepas serangan bertubi-tubi tentera regim ke atas bandar Al-Zarba di pinggir Aleppo.

Anak-anak kecil turut menjadi mangsa serangan udara oleh tentera Rusia di perkampungan Rabe Al Jour di selatan Idlib. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan orang awam.

 

Syria Mandi Darah Hari Pertama Ramadan, 220 Serangan Udara Dilancarkan Tentera Russia
Apa dosamu anak. Moga syurga tempatmu di negara abadi kelak

Dua hari lalu, pada tarikh yang sama iaitu 5 Mei, dua lokasi umat Islam dibedil iaitu di Syria dan Gaza, Palestin. Sakitnya sama kerana kita semua adalah umat Islam.

Ads

Sampai bila semua penderitaan bagi kedua-dua buah negara ini akan berhenti? Pastinya kita semua tiada jawapan pasti.

Apa pun tidak semuanya indah bagi pelarian di Syria. Suasana Ramadan mereka tidak sama dengan suasana kita di sini.

Bagi umat Islam yang prihatin dan mahu membantu bagi penyediaan makanan bagi berbuka bagi umat Islam di Syria boleh salurkan sumbangan kepada :

Sinari Ramadan ini dengan menyumbang melalui Kempen Ramadan Al-Khair 7.0.

Ads

Berikan peluang kepada mereka untuk menjalani ibadah di bulan Ramadan seperti umat Islam yang lain.

Anda boleh menyumbang:
1.RM15 untuk set Iftar untuk seorang
2.RM150 untuk pek makanan untuk sebuah keluarga
• Maybank: 562106653575
• CIMB Islamic: 8601894560

Sumbangan atas talian:
• http://www.syriacare.org.my/donate/
• https://www.billplz.com/KRAK7
Syria Care : 01128809820

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI