“Syukur Alhamdulillah…” – Fizo Omar Sebak Berpeluang Sambut Kelahiran Cahaya Mata Kedua

Share

Menitik air mata pelakon terkenal tanah air, Fizo Omar sebaik sahaja menyambut kelahiran anak perempuan keduanya minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Benarkan Hamil Lagi, Doktor Risau Kondisi Isteri Jamal Abdillah Setelah Empat Anak Lahir Secara Pembedahan

Beliau yang teruja kerana dapat melihat sendiri proses bersalin tersebut jelas terharu dengan pengorbanan isterinya yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan cahaya mata mereka.

Pelakon filem Romeo Kota itu juga turut berkesempatan untuk berkongsi dengan pengikut Instagramnya momen-momen tidak ternilai di dalam bilik pembedahan tersebut semalam.

“Akhirnya gugur air mata seorang suami apabila melihat pengorbanan seorang isteri melahirkan anak,

“Takkan terbalas sampai bila-bila jasa seorang isteri yang berjuang berkorban melahirkan seorang anak,” kongsinya menerusi video klip ringkas tersebut.

Pelakon berusia 37 tahun itu juga berpeluang memotong tali pusat anak perempuan keduanya itu ketika di dalam bilik pembedahan tersebut.

“Ya Allah, aku terima amanah darimu dengan gembira dan penuh tanggungjawab, inshaAllah,” jelasnya lagi.

Beliau juga sempat menzahirkan rasa syukurnya kepada Doktor Kamsiah dan juga pihak Hospital Andorra kerana memberikannya satu pengalaman yang sangat berharga dan takkan boleh dilupakan sampai bila-bila.

Sekadar info, Fizo sah bergelar suami kepada bekas pramugari, Fazeera Nazri pada 21 Oktober 2021 di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.

BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Fizo Omar

Published by
Adriana Syaurah