Uncategorized

“Syukur, Allah Sempat Pinjamkan Kebahagiaan Itu” -Uyaina Arshad Keguguran Cahaya Mata Kedua

Share

Pengacara dan pelakon berkaliber, Uyaina Arshad berkongsi hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila mengalami keguguran.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular, Love Elsa itu menerusi hantaran sebuah video di entri Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sedih Juga Bila Nak Diingatkan,” – Uyaina Kongsi Rasa, Hanya Dapat Menyusu Badan Anak Sulung Kurang Dua Minggu

Menerusi kapsyen dalam perkongsian tersebut, Uyaina memaklumkan dia mengalami keguguran anak kedua sekitar Mei lalu. Dia bagaimanapun reda dengan ketentuan Ilahi itu dan menerima dengan hati yang terbuka.

“Video ini diambil waktu bulan lima semasa kami bercuti di Anantara. Alhamdullilah, Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Happy.. Tidak boleh diungkap dengan kata-kata.. Syukur.

“Tapi sayang… Kandungan tidak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdullilah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu…” coretnya.

Dalam pada itu, pengacara rancangan Wanita Hari Ini itu turut berkesempatan menitipkan penghargaan dan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran suami tercintanya yang juga penyanyi, Raja Syahiran.

“Hari ini ialah ulang tahun kelahiran suamiku, saya bersyukur kerana melalui perjalanan (rumah tangga) ini dengan awak.

“Terima kasih sebab sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk saya dan Urhan.

“Semoga Allah kurniakan kita rezeki, saling menyayangi dan berkasih sayang hingga ke syurga,” katanya lagi.

Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, pada tanggal 20 Disember 2021. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang putera bernama Raja Urhan.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram

, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Uyaina Arshad

Published by
Fath