Selepas berkali-kali menunaikan umrah, rezeki berganda menyebelahi aktor terkenal tanah air, Zul Ariffin apabila bakal menunaikan ibadah haji, pada bulan hadapan.
Menerusi laporan Harian Metro, pelakon filem hit J Revolusi itu sebenarnya tidak menyangka, rezeki menunaikan rukun Islam kelima itu datang awal dalam hidupnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Shasha Abedul Tunai Umrah Sepanjang Ramadan, Mohon Doa Agar Urusan Dipermudah Di Tanah Suci Mekah
“Memang sudah rezeki dijemput ke sana. Saya rasa teruja. Sebelum ini pergi umrah pun teruja juga cuma haji lautan manusianya kita tak tengok lagi macam mana.
“Kalau dulu tengok dalam televisyen, sekarang kita rasai pengalaman menunaikan haji itu sendiri. Dekat sana nanti musim panas. Sangat panas 45 darjah selsius sekarang,” katanya.
Kongsi pelakon berusia 36 tahun itu, dia bakal berangkat ke Tanah Suci pada 10 Jun depan.
“Saya akan pergi tunaikan ibadah haji pada minggu kedua bulan Jun depan. Dalam 10 Jun macam itu saya berangkat ke sana.
“Rombongan jemaah hari pertama dah mula berlepas sekitar 20 hari bulan tempoh hari. Saya menerima jemputan tetapi bukan melalui Tabung Haji,” ujarnya lagi.
Selain Zul, pelakon berkaliber Lisdawati turut berangkat ke Tanah Suci semalam bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Zul Ariffin
Setelah 21 Tahun, Akhirnya Gerak Khas Melabuhkan Tirai
Siapa yang tidak kenal dengan drama kepolisan Malaysia popular, Gerak Khas. Setelah lebih 21 tahun bersiaran akhirnya drama paling lama bersiaran dalam sejarah penyiaran negara itu melabuhkan tirainya malam tadi dengan musim terakhir bersiaran di saluran televisyen swasta, TV3.
Mula bersiaran pada 5 April 1999, drama ini merupakan antara drama yang memiliki rating tertinggi dan menjadi tontonan hiburan seisi keluarga setiap hujung minggu. Buktinya, lagu tema drama ini cukup melekat di hati sehinggakan kebanyakan dari kita boleh melantunkan melodinya dengan baik.
Kelmarin, 27 Mac 2021, drama ini telahpun melabuhkan tirainya. Dari satu drama ia berkembang menjadi rangkaian filem yang berjaya. Siapa boleh lupa dengan filem Gerak Khas The Movie dan juga filem Castello yang diinspirasikan dari satu watak di dalam filem Gerak Khas? Tidak dinafikan kita membesar bersama rantaian drama ini dari musim ke musim.
Salah seorang pelakon yang sinonim dengan drama dan juga filem Gerak Khas, Erra Fazira berkongsi di hantaran Instagramnya, “Terima kasih kpd seluruh tenaga kerja, Skop productions, Dato’ Yusof Haslam dan rakan2 didalam GK yg bekerja keras utk menghasilkan karya yg telah mencipta sejarah dlm industri tanah air.
Terima kasih di atas seribu satu pengalaman dan kenangan. Ada rezeki, InsyaAllah kita jumpa lagi.Terima kasih kpd anda penonton GK, setelah 21 tahun kini GK melabuh tirai. Tanpa kalian, GK tidak mungkin bersiaran selama ini.”
Agak-agaknya kita akan disajikan lagi tak dengan drama-drama yang memaparkan kehidupan dan cabaran anggota beruniform? Tunggu dan lihat. Kalau di luar negara, Amerika Syarikat contohnya, memang banyak drama bersiri ditayangkan berdasarkan kerja yang mulia ini.
Ini Rahsia Kenapa Ratu Venezuela Selalu Menang Miss World, Memang Patut Pun…
Venezuela adalah salah satu negara yang paling sering memenangi pertandingan ratu cantik dunia. Selalunya, wakil-wakil dari negara ini menjadi salah seorang pesaing paling sukar kepada beberapa peserta lain.
Kecantikan adalah aset utama selain tubuh badan seksi menjadi modal utama dari Venezuela dalam pelbagai pertandingan kecantikan, terutamanya Miss World dan Miss Universe
Wakil dari negara itu telah memenangi Miss Universe enam kali. Di samping itu, ratu mereka turut membawa pulang mahkota Miss World sebanyak enam kali. Tidak lupa, Venezuela telah memenangi lima kali Miss International.
Kemenangan wakil Venezuela membuat banyak pihak membuka mata tentang negara ini. Sebenarnya, ramai yang menyifatkan kemenangan mereka disebabkan oleh keindahan dan kemontokkan tubuh badan yang sangat menggiurkan. Tidak hairanlah, dunia telah membuat persepsi wanita Venezuela yang paling cantik dan seksi di dunia.
Bukan sahaja soal kecantikan yang menjadikan peserta-peserta Venezuela sering menang. Tapi tahukah anda, sebelum terpilih memasuki mana-mana pertandingan ratu cantik, wanita-wanita ini sudah memasang impian mereka lebih awal.
Dipetik dari The Pageant Planet, menjadi ratu cantik adalah mimpi majoriti wanita Venezuela. Ini kerana bergelar ratu cantik akan mengubah kehidupan mereka 100 peratus.
Bagi wanita wang berhajat memasuki pertandingan mereka awal-awal lagi dah prepare cara penaja sebelum memasuki pertandingan.
Bagi wanita yang hendak masuk bertanding, mereka sekurangnya habiskan USD32,000 atau RM130,000. Semua wang itu akan digunakan untuk membayar kos rawatan kecantikan, latihan awam dan personaliti, latihan catwalk dan fotografi, pakaian serta pembedahan plastik.
Walaupun agak mahal, tetapi banyak yang sanggup membelanjakan kos tersebut. Mereka menganggap kos tersebut sebagai satu bentuk pelaburan pada masa akan datang. Ini kerana bagi wanita yang telah terpilih dan kemudian memenangi pertandingan Miss Venezuela biasanya akan menjadi model dan artis terlaris.
Setelah menjadi artis, kehidupan ratu cantik ini akan berubah seratus peratus. Kakayaan pasti melimpah ruah. Tak perlu fikir duit tak cukup seperti orang kebanyakan kerana dilingkari kemewahan. So berbaloilahkan buat pelaburan dulu.
Ironinya, keinginan untuk menjadi bergelar ratu kecantikan tidak hanya datang dari peserta sahaja. Keluarga juga memainkan peranan besar dalam perjalanan perserta dalam merebut mahkota Miss Venezuela. Kebanyakan ibu bapa di negara ini menggalakkan anak perempuan mereka untuk memasuki pertandingan ratu cantik demi mengubah nasib mereka.
Kehidupan wanita yang mendapat gelaran Miss Venezuela akan berubah secara drastik. Sebagai ratu cantik, dirinya menjadi selebriti segera yang mesti sentiasa kelihatan sempurna. Semua persediaan untuk sebarang pertandingan ratu cantik akan menjadi perhatian orang ramai. Ratu cantik juga harus menjaga gaya hidupnya selain menjaga berat badan untuk kelihatan seksi.
Bukan itu saja, ratu cantik harus nampak cerdik. Mereka perlu menghadiri kelas untuk memahami isu dunia, bukan sekadar kecantikan sahaja. Oleh itu, mereka bukan sahaja cantik, tetapi harus pintar, untuk menarik lebih banyak perhatian.
Tak hairanlahkan, dengan segala persediaan rapi ini, wanita Venezuela sering menjadi juara dalam pertandingan ratu cantik. Malah, kem kecantikan di Venezuela menjadi salah satu rujukan untuk mendapatkan pengetahuan sebelum memasuki pertandingan kecantikan dunia.
Berbaloilah melaburkan. Tak adalah salah menjawap soalan sebelum soalan habis ditanyakan..Ermmm.
Tun Mahathir Umum Jadi Menteri Pelajaran, Apakah 10 ‘Janji’ Kepada Golongan Pelajar?
Sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan 10 Kementerian utama yang dibentuk.
Ini termasuklah Kementerian Kewangan; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Pertahanan; Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Ekonomi; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pengangkutan, Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi serta Kementerian Luar.
Antara yang menarik perhatia tentulah pengumuman Tun Mahathir sendiri yang akan memegang portfolio Kementerian Pendidikan (Kementerian Pendidikan dan Pendidikan Tinggi disatukan) manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah pula akan bertanggungjawab ke atas Kementerian Hal Ehwal Wanita & Kebajikan.
Kata beliau, ” Kita akan cuba dapatkan 13 orang menteri untuk mengangkat sumpah pada hari Isnin (21 Mei 2018) jika istana memperkenankan.”
* * * * *
Sebelum ini, Tun Mahathir pernah memegang jawatan selaku Menteri Pendidikan selepas Pilihan Raya Umum 1974.
Kini setelah memegang kembali jawatan tersebut, beliau berpendapat cara pengajaran di Malaysia kini sudah ketinggalan zaman. “I think so many people are uneducated (in Malaysia).
“Hari ini dengan adanya komputer dan peralatan, kita perlu mencipta cara baru.”
Beliau juga merasakan isu pendidikan sebagai satu isu kritikal dalam negara buat masa ini, “Jadi saya fikir saya akan berikan tumpuan saya (kepadanya).”
Manifesto kerajaan Pakatan Harapan turut banyak menyebut mengenai isu pendidikan yang menjadi teras mereka. Persoalannya, mampukah kesemua harapan ini menjadi nyata? Dan jika ya, berapa lain masa yang akan diambil oleh kementerian tersebut untuk menyelaraskannya?
Jom tengok antara manifesto tersebut:
Menjamin pendidikan awam percuma yang lebih baik di semua peringkat bermula pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan pendidikan tinggi.
Kerajaan memaklumkan mereka berpegang kepada prinsip bahawa pendidikan di universiti dan institut pengajian tinggi awam perlulah percuma untuk semua.
Contoh yang diberikan adalah kerajaan Selangor yag telah memulakan idea pendidikan percuma secara berperingkat melalui Universiti Selangor (UNISEL).
Tak sabar kami nantikan sama ada manifesto ini akan dilaksanakan di semua universiti awam seluruh negara (atau hanya di universiti awam yang tertentu) dan berapa lama masa yang akan diambil jika diadakan secara berperingkat.
Janji 44: Memperbaiki Kualiti Pendidikan.
Janji ini khusus buat para pelajar di negeri Sabah dan Sarawak apabila kerajaan ingin melatih guru berkualiti di kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak sendiri.
Ibu bapa juga akan diberikan peluang untuk memilih sama ada pembelajaran di sekolah anak-anak mereka menggunakan bahasa ibunda atau bahasa Inggeris. Semua ini kami nantikan untuk kerajaan laksana di bawah kerangka Falsafah Pendidikan Negara.
Janji 49: Menjadikan sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik rakyat.
Kos program Sekolah Amanah akan dikurangkan dengan membawa masuk displin kos yang selalu dilakukan di sekolah swasta. Sebelum ini, kosnya dikatakan naik mendadak sehingga memaksa dana tambahan terpaksa dikutip dari pihak lain seperti ibu bapa dan penjaga.
Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi.
Kesatuan pelajar akan diberikan peruntukan tersendiri oleh institusi untuk bebas mentadbir kesatuan sendiri seperti di universiti negara maju.
Memberi elaun sara diri kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah yang mendapat tempat di pusat pengajian tinggi awam.
Terutamanya kepada golongan keluarga B40 dan M40 dengan kerjasama syarikat-syarikat milik kerajaan.
Menangguh pembayaran semula pinjaman PTPTN kepada semua peminjam yang bergaji kurang daripada RM4,000 sebulan dan memansuhkan dasar senarai hitam kepada semua peminjam.
Struktur pembayaran semula PTPTN akan disusun oleh kerajaan supaya jumlah pembayaran bergantung kepada gaji penerima.
Menyediakan biasiswa bagi anak muda dari keluarga peneroka FELDA untuk tujuan pendidikan menengah dan pendidikan tinggi.
Memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Kerajaan ingin menggantikannya dengan undang-undang yang lebih komprehensif untuk memastikan kebebasan akademik dan bersuara di kalangan pelajar terjamin. Malah, kualiti pendidikan juga dijangka meningkat dengan memansuhkan AUKU.
Mengiktiraf sijil UEC untuk kemasukan pelajar ke universiti awam.
Dengan syarat, pemohon memperoleh kepujian untuk subjek Bahasa Malaysia bagi SPM
Mudah belajar secara ‘online’ melalui Massive Open Online Courses (MOOC)
Dipercayai akan diiktiraf dan mempunyai akreditasi, pelajar kini boleh menyambung pengajian dalam bidang yang diminati.
* * * * *
Ya, ia bukanlah satu tugas yang mudah memandangkan anak muda kini semakin ramai jumlahnya.
Namun, kami yakin degan kredibiliti dan pengalaman yang dipikul oleh Tun Mahathir.