Tahniah adik Syukur. Moga jadi inspiring kepada remaja di luar sana.
Inilah kata orang, tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa tahu. Jika Allah mengkehendakiNya, dia akan beri dalam pelbagai bentuk. Sudah tentu rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak terduga dengan akal fikiran manusia.
Tentu ramai yang masih ingat kisah Mowgli Malaysia iaitu Muhammad Syukur Khamis.
Melihat gambarnya yang mampu bermesra dengan kerbau peliharaan ayahnya sejumlah hampir 100 ekor selain keakrabannya dengan binatang lain dan gambarnya memenangi 20 gambar terbaik dunia, nama Syukur terus meniti di hati rakyat Malaysia.
Baru saja menerima anugerah Murid Unggul yang diterimanya dari Pejabat Pendidikan Daerah pada 13 Januari lalu, terbaru, remaja ceria berusia 14 tahun dan bersekolah di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu ini, sekali lagi diangkat sebagai Ikon Remaja APM ( acara ini akan berlangsung Mac depan).
Ads
Syukur diberi kenaikan pangkat sebagai Lans Koperal dan diangkat sebagai Ikon Remaja APM. Roslan (tiga kiri) dan Shafruddin (tiga kanan) memakaikan tanda pangkat Lans Koperal kepada Syukur.
Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, pengiktirafan kepada Syukur yang juga merupakan kadet Pertahanan Awam itu, bagi membolehkan remaja tersebut menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada rakan sebayanya.
Menurutnya, penganugerahan itu akan dibuat pada Perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-66 yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.
“Setelah lihat banyak video diviralkan, saya melihat Syukur ada kelebihan yang boleh kita manfaatkan. APM sendiri akan bantu dia dengan memberi lebih banyak pendedahan, supaya pada masa depan dia boleh dibawa ke sekolah-sekolah berhampiran di Terengganu untuk memberikan motivasi kepada pelajar lain.
Ads
“Pada masa yang sama, kita tidak mahu dia tenggelam dengan dunia glamor ini, sebab dia masih belajar. Kita nak beri dia pendedahan supaya apabila dia terdedah dengan dunia luar, Syukur akan menjadi lebih yakin dan boleh memberikan semangat balik kepada orang lain,” katanya.
Roslan (kiri) meraikan Syukur pada majlis khas di SMK Padang Midin, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pesuruhjaya APM Bersama Adik Syukur ‘Kampung Boy’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, LT. KOL (PA) Che Adam A.Rahman dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.
Ads
Sementara itu, pada majlis berkenaan, Roslan mengumumkan Syukur dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal dalam kadet Pertahanan Awam.
“Saya harap kenaikan pangkat ini akan menggilap lagi bakat kepimpinan yang ada pada beliau dan menjadi pelajar contoh.
“Selain mempunyai keyakinan yang tinggi, kita harap Syukur akan terus mengutamakan pelajaran dan ilmu serta maju dalam kehidupan dan apa jua bidang yang diceburinya selepas ini,” katanya.
Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes buli dalam kalangan pelajar merupakan isu serius yang patut diambil perhatian. Kelakuan membuli ini sebenarnya meninggalkan kesan kepada mangsa buli seperti trauma dan paling sadis ia mampu meragut nyawa.
Kelmarin, seorang pelajar lelaki di sebuah asrama anak yatim dan miskin di Pahang, meninggal dunia dipercayai dipukul rakan hanya kerana duit RM4. Dituduh mencuri, mangsa maut dibelasah rakannya dalam kejadian di asrama anak yatim dan miskin di Kuantan, Pahang,
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa bersama tujuh lagi rakan lain termasuk suspek berusia 16 tahun yang dilantik sebagai ketua untuk melakukan tugasan gotong-royong membersihkan surau.
Suspek menuduh mangsa telah mengambil wangnya sebanyak RM4. Tetapi mangsa dikatakan tidak mengendahkan ‘teguran’ itu menyebabkan suspek berang lalu menyepak, mencekik dan menghempas mangsa ke atas lantai menyebabkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.
Kejadian itu disaksikan oleh tujuh penghuni asrama lain. Suspek bersama dengan dua saksi kemudian membawa mangsa ke bilik penyelia asrama berusia 35 tahun dalam keadaan masih bernyawa sebelum diserang sawan.
Bimbang melihat keadaannya, mangsa terus dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan. Namun pegawai perubatan menegsahkan mangsa telah meninggal dunia.
Ekoran kejadian itu, penyelia asrama tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk dibedah siasat, manakala suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kita seharusnya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku ini. Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti tahun lepas, banyak restoran makanan yang mengambil peluang untuk membuat promosi di hari kemerdekaan bagi meraikan detik bersejarah negara bersama masyarakat Malaysia.
Tidak terkecuali tahun ini, korang boleh mendapatkan diskaun menarik di beberapa restoran yang turut sama membuat promosi harga sempena hari kemerdekaan.
Berikut kami senaraikan antara restoran popular yang memberikan diskaun hebat bagi meraikan hari kemerdekaan yang ke-62 tahun.
1. Secret Recipe
2. Sushi King
3. Texas Chicken
4. Starbucks Malaysia
5. Kenny Rogers ROASTERS
6. Dunkin’ Donuts
7. Sakae Sushi
8. Auntie Anne
9. Boat Noodle
Terliur pula bila tengok promosi makanan macam ni. Kami pasti masyarakat Malaysia memang suka ‘jalan-jalan cari makan’, jadi inilah peluang terbaik untuk korang serbu time cuti merdeka nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah meragut beratus ribuu nyawa,baru-baru ini mnurut pakar perubatan, pandemik COVID-19 mungkin akan berakhir tanpa memerlukan vaksin.
Alhamdulillah….
Pakar penyakit berjangkit dari Itali, Profesor Matteo Bassetti mendakwa bahawa jangkitan itu telah berubah daripada ‘harimau agresif’ kepada ‘kucing liar’.
Profesor Bassetti yang juga merupakan ketua penyakit berjangkit di Hospital San Martino di Itali, menjelaskan bahawa COVID-19 telah kehilangan ‘taringnya’ pada bulan lalu dan pesakit yang sebelum ini dijangkiti virus itu kini telah kembali pulih.
Menurutnya lagi, kita mungkin tidak memerlukan vaksin untuk virus yang telah mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia kerana ia boleh mati dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, dakwaan ini ini telah dipertikaikan oleh pakar perubatan lain.
“Ia seperti harimau agresif pada Mac dan April tetapi sekarang, ia seperti kucing liar.
“Malah, pesakit warga emas yang berusia antara 80 hingga 90 tahun kini menerima rawatan di hospital tanpa alat bantuan pernafasan,” jelasnya.
Tambahnya, mungkin ada beberapa penjelasan untuk keadaan ini termasuk perintah berkurung yang mengurangkan risiko orang ramai daripada terdedah kepada jangkitan tersebut.
Untuk rekod, Itali mencatatkan 49 kematian akibat COVID-19 pada hari Sabtu lepas berbanding 47 hari sebelumnya
Bagusnya, kalau kajian ini betul. Boleh la kita kembali kepada kehidupan normal seperti sebelum ni. Walaupun begitu, kita di Malaysia masih perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga selagi virus maut ini belum berakhir.
This is not just your regular concert, this is a celebration!Bertemakan ‘Nang Champiyen Nang Legend’, Astro bakal menggegarkan bandar Miri, Sarawak pada bulan Mei...