Syukur Kita Masih Dapat Beraya, Arab Saudi Tetap Kenakan ‘Lockdown’ Ketika Aidilfitri

Share

Tahun depan masih ada, InsyaAllah.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjalanan pulang ke kampung untuk Hari Raya adalah tidak dibenarkan. Namun rakyat Malaysia masih diberikan diberikan kelonggaran untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam had maksimum 20 orang dalam tempoh PKPB.

Berbeza pula yang berlaku di Arab Saudi apabila mereka akan dikenakan perintah berkurung (lockdown) selama 24 jam selama lima hari semasa cuti Aidilfitri bagi membendung penyebaran wabak COVID-19. Menurut Kementerian Dalam Negeri, perintah berkurung itu berkuat kuasa mulai 23 hingga 27 Mei 2020.

Walau bagaimanapun, setakat ini perniagaan dan komersial dibenarkan untuk dibuka dan orang ramai masih bebas bergerak antara jam 9 pagi hingga 5 petang kecuali Makkah yang berada dalam kawalan perintah berkurung sepenuhnya.

Sebelum ini, Arab Saudi melaksanakan perintah berkurung selama 24 jam di kebanyakan bandar tetapi melonggarkannya sejak awal Ramadan. Namun, kelonggaran sepenuhnya tidak diberikan kepada kawasan yang masih lagi merekodkan kes jangkitan COVID-19 yang tinggi.

Untuk rekod, Arab Saudi mencatat sebanyak 42,925 kes COVID-19 dan 264 kematian. Ini adalah jumlah tertinggi dalam enam anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang secara keseluruhannya mencatatkan lebih dari 107,000 kes dan 582 kematian.

Jadi, jangan sedih-sedih tak dapat pulang ke kampung dan bersyukur la kita masih dapat beraya . Kalau dekat Arab Saudi lagi sedih. Mungkin ini adalah yang terbaik buat kita pada masa kini.

Sumber : Arab News

Published by
Ruziana Zainal