Terbaru, gandingan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani merampas kedudukan selaku beregu lelaki nombor satu Malaysia yang sebelum ini dimiliki juara dunia 2022 Aaron Chia-Soh Wooi Yik.
Berdasarkan ranking dunia terkini Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Sze Fei-Nur Izzuddin melonjak empat anak tangga ke tempat ketiga selepas mengumpul 85,916 mata yang juga merupakan pencapaian tertinggi dalam karier mereka.
Dalam pada itu, pencapaian ini telah diperoleh susulan prestasi cemerlang apabila muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China pada Ahad lalu.
Sze Fei-Nur Izzuddin membuat penampilan sulung pada kejohanan itu, tewas 17-21, 21-17, 11-21 kepada pasangan Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam pertarungan tiga set yang mendebarkan.
Selain muncul naib juara Jelajah Dunia Akhir 2024, Sze Fei-Nur Izzuddin turut merangkul tiga gelaran Jelajah Dunia musim ini iaitu Terbuka Jepun (Super 750), Terbuka China (Super 1000), dan Terbuka Artik (Super 500).
Ads
Sementara itu, Astrup-Rasmussen melangkah ke tangga utama ranking dunia dengan 95,003 mata, menggantikan tempat pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris 2024, manakala Liang Wei Keng-Wang Chang dari China yang turun ke tempat kedua dengan 93,018 mata.
Bagi beregu negara, Aaron-Wooi Yik yang juga pemenang gangsa Olimpik Paris 2024 turun satu anak tangga di tempat keenam dengan 82,615 mata.
Dalam kategori beregu campuran, pasangan nombor satu negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei turut mencatat ranking tertinggi dalam karier mereka apabila melangkah ke kedudukan keenam dengan 73,940 mata berbanding sebelum ini di tempat kelapan, selepas pencapaian gelaran naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024.
Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie pula mendaki ke tempat ketujuh daripada tangga ke-10 selepas mengumpul 71,470 mata manakala pasangan dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping kekal di kedudukan teratas dengan 98,700 mata.
Seterusnya, pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia turut naik memperbaiki kedudukannya apabila menghuni tangga keenam dengan 79,016 mata berbanding tempat kelapan sebelum ini.
Dalam pada itu, beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah mengekalkan kedudukan mereka di tempat keenam untuk minggu kelima berturut-turut selepas mengumpul 79,016 mata, di belakang Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China yang mendahului carta dengan 102,746 mata.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanpa mengambil kira status ekonomi, bangsa atau agama seseorang graduan universiti, Perdana Menteri; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini telah mengumumkan bahawa graduan ijazah sarjana muda kelas pertama akan dikecualikan daripada membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN).
Keistimewaan ini akan diberikan kepada peminjam yang menamatkan pengajian mereka bermula tahun 2019 sebagai dorongan kepada pelajar untuk terus bersungguh-sungguh mendapatkan kelulusan terbaik dalam pengajian masing-masing.
Dalam perucapan Perdana Menteri di majlis sambutan Jubli Perak 25 Tahun PTPTN itu, beliau mengharapkan agar pihak PTPTN dapat berbincang dengan Kementerian Kewangan berhubung perkara ini terutamanya dari aspek peruntukan.
“Saya melihat PTPTN telah memberikan tumpuan kepada aspek penabungan dengan kerjasama strategik. Justeru, PTPTN juga boleh melaksanakan inisiatif yang sama untuk meningkatkan kutipan bayaran balik pinjaman.
“Saya difahamkan sehingga akhir bulan lepas, lebih 2 juta atau 82.04 peratus peminjam telah membayar balik pinjaman dengan jumlah kutipan sebanyak RM17.8 bilion. Terima kasih saya ucapkan kepada para peminjam yang komited membuat bayaran balik,” ujarnya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mengucapkan tahniah kepada warga PTPTN atas segala khidmat bakti dan komitmen yang dicurahkan selama 25 tahun sejak ia ditubuhkan agar memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuaca panas yang melanda negara mencatatkan sebanyak 10 kawasan di Semenanjung Malaysia berada dalam gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga.
Menurut MetMalaysia, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak, manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Ia turut berlaku di Tampin, Negeri Sembilan serta Tangkak dan Kluang, Johor.
Tahap kuning bermaksud suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut. Sementara itu, seluruh kawasan di Sabah dan Sarawak merekodkan suhu maksimum harian kurang 35 darjah Celsius bagi tempoh sama.
Gambar hiasan
Walau bagaimanapun, MetMalaysia tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini, namun masyarakat dinasihatkan untuk lebih berjaga-jaga terutamanya untuk mengelak daripada berlakunya strok haba.
Strok haba boleh berlaku jika korang mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Sekiranya korang mengalami gejala keletihan haba, pastikan korang mencegahnya daripada menjadi strok haba.
Gambar hiasan
Apakah gejala strok haba?
• Peningkatan suhu badan secara mendadak (41 darjah Celsius)
• Denyutan jantung menjadi cepat
• Pernafasan cepat dan pendek
• Tekanan darah menurun
• Badan kering dan panas
• Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
• Rasa kepala berpusing
• Pening
• Rasa mual
• Sawan atau pengsan
Sekiranya berlaku, apa yang perlu korang buat?
• Bawa ke tempat sejuk berhawa dingin
• Minum air jika sedar
• Mandi air sejuk
• Lapkan badan dengan tuala sejuk
Gambar hiasan
Lebih baik lagi, kurangkan melakukan aktiviti luar seperti bersenam, berjogging atau bersukan. Jangan keluar dari rumah atau bangunan jika tidak mempunyai urusan penting.
Bila pergi temuduga kerja, dan diterima kerja, kebanyakkan dari kita takut nak bertanya soalan kepada bakal majikan tertutamanya Human Resource (HR). Iye la, takut pula nanti kalau mereka anggap yang kita ni belum apa-apa lagi dah banyak soalan.
Nope guys. Sebenarnya korang memang ada hak untuk bertanya sekiranya ingin tahu tentang syarikat dan lebih-lebih lagi mengenai jobscope korang nanti.
Menurut seorang pengguna Twitter @fnadira_, kita haruslah bertanya beberapa soalan kepada Human Resource (HR) terlebih dahulu.
Sumber: Twitter @fnadira_
Apakah soalan yang harus ditanya? Rasanya semua orang tahu yang tanya soalan sebelum menerima apa-apa sahaja tawaran ini memang sangat penting. Banyak masalah boleh jadi kalau tak tanya soalan.
Suasana tempat kerja yang tidak toksik amat penting untuk kesihatan mental kita juga. Oleh yang demikian, bertanya beberapa soalan ini dapat membantu anda untuk masa hadapan juga.
Antara soalan yang patut di tanya adalah seperti berikut:-
– “What’s the culture of the company like?” – “What would an average day in this role look like?” – “Where do you think the company will be in 5 years time?” – “What are the biggest challenges facing the department/company right now?” – “What are your expectations for this role in the first 3 months?” – “What are the most important qualities for someone to excel in this role?” – “Can you tell me more about the team I would be working in?” – “How will you measure the success of the person in this position?”
Dari soalan-soalan macam ini, banyak benda yang boleh kita tahu mengenai syarikat yang kita nak kerja. Sekurang-kurangnya kita boleh tahu apa yang akan terjadi bila masuk kerja situ nanti. Jangan lupa tanya soalan ini kat HR masa interview okay!
Diharap dengan perkongsian yang telah dibuat ini dapat memberi manfaat kepada semua calon interview, lebih-lebih lagi sebagai panduan bagi fresh grad.
Good luck gaiss!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insiden menyayat hati sekali lagi menggemparkan negara apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu kemalangan ngeri awal pagi ini.
Kemalangan tersebut berlaku...