Hanya dengan satu klip yang dimuat naik, peminat kumpulan K-pop popular, Big Bang jadi tak keruan.
Jangan risau, kali ini tiada lagi insiden ditangkap polis ataupun disaman di mahkamah.
Semuanya gara-gara rapper karismatik Big Bang, T.O.P memuat naik video yang menunjukkan dirinya berada di studio rakaman dan melontarkan lirik rap terbaru.
A post shared by T.O.P (@choi_seung_hyun_tttop) on
Ads
Peminat mula mengeluarkan spekulasi bahawa Big Bang sedang giat membuat persediaan untuk muncul dengan comebacksingle mahupun album baharu.
Setelah menamatkan tempoh latihan ketenteraan, T.O.P memilih untuk menyepikan diri seketika daripada sebarang kemunculan awam.
Berlainan sekali dengan rakan sekumpulannya, Taeyang yang muncul menerusi siri dokumentari berjudul White Night.
Ads
Dokumentari 8 episod yang ditayangkan pada setiap hari Isnin itu telah memasuki episod ketiga minggu ini dan ia menunjukkan klip daripada konsert jelajah 2017 Taeyang di Amerika Syarikat.
*
Untuk pengetahuan, YG Entertainment baru memperbaharui kontrak “eksklusif” bersama 4 orang ahli Big Bang pada 11 Mac lalu.
Ads
T.O.P, Taeyang bersama G-Dragon serta Daesung bersetuju untuk terus bersama label tersebut. Ini juga menandakan kali ketiga Big Bang memperbaharui kontrak bersama YG Entertainment setelah melakukannya pada tahun 2011 dan 2015.
Kedua-dua tempoh itu disusuli dengan album baharu Big Bang iaitu Alive (2012) dan MADE (2016).
Mungkin sekali kita akan mendengar album terbaru Big Bang tak lama lagi pada tahun ini atau tahun hadapan? Tak sabar!
Sukar untuk sesiapa mengenepikan populariti kumpulan K-Pop, Blackpink ketika menyertai pertunjukan fesyen Spring Summer 2020, baru-baru ini.
Keempat-empat ahli Blackpink hadir solo ke empat buah show berlainan. Namun aura dan stail yang mereka bawakan cukup hebat! Cer lihat kelibat mereka di Burberry, Saint Laurent, Chanel dan Celine.
Jisoo
Burberry . London Fashion Week
Jisoo,Dua Lipa and Anwar Hadid bersama di front row? Oh yes!
Jisoo mencuri perhatian walaupun ringkas memakai jaket tartan wool dan matching miniskirt from yang dipilih olehnya sendiri hari sebelumnya di Regent Street.
Jennie
Chanel . Paris Fashion Week
Sebenarnya, penulis tak terkejut dengan kehadiran Jennie di pertunjukan Chanel. Dia telah mewakili Chanel Beauty Korea sejak tahun 2018.
Walaupun pilihan baju Jennie sedikit dipertikaikan oleh netizen kerana beranggapan dia boleh memilih stail yang lebih cantik, Jennie masih menjadi tumpuan utama bersebelahan dengan rapper, Cardi B dan Editor Vogue, Anna Wintour.
Lisa
Chanel . Paris Fashion Week
Penangan Lisa Manoban di pertunjukan Celine Paris memberikan impak hebat kepada dunia K-pop dan dunia fesyen setelah hashtag #LALISAxCelinePFW di-retweet & di-repost sekerap 3 juta kali.
Stail minimalis tetapi masih elegan yang disarung oleh Lisa juga dicuba semula oleh ramai remaja di Korea untuk beberapa hari selepas pertunjukan tersebut.
Rose
Saint Laurent. Paris Fashion Week
Rose merupakan antara selebriti Korea yang hadir ke pertunjukan fesyen dengan penuh bersedia sejak di lapangan terbang lagi.
Menyarung pakaian YSL di Lapangan Terbang Incheon, Rose dijemput ke Paris untuk menyertai nama-nama besar Hollywood. Walaupun berdepan dengan cuaca hujan, Rose masih nampak bertenaga dan berstail dalam persalinan double-breasted coat dress Saint Laurent.
Jadi, stail siapa menjadi pilihan korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini keputusan SPM 2019 telah diumumkan. Seramai 8876 pelajar dari 389,498 calon memperoleh keputusan cemerlang bagi semua mata pelajaran yang diambil. Keputusan tahun ini menunjukkan peningkatan dari SPM 2018 seperti yang diumumkan oleh Ybrs Dr. Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia hari ini.
SPM 2019 mencatat cerita tersendiri. Pernah kecoh di media sosial soalan Bahasa Inggeris dan Matematik Tambahan yang didakwa terlalu susah sehingga satu petisyen dilancarkan iaitu meminta markah lulus bagi Add Math ialah sebanyak 5 peratus sahaja.
Kalau hendak diikutkan, tiada peperiksaan yang mudah. Dalam dunia pekerjaan, untuk kenaikan pangkat, pekerja akan melalui ujian terlebih dahulu. Sebagai pelajar pula, ujian peperiksaan dilakukan adalah untuk menguji kemahiran murid, memahami apa yang diajari guru dan selebihnya membaca isu-isu semasa kerana begitu banyak soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diberikan untuk melihat sejauh mana kemampuan murid berfikir.
REMAJA berkesempatan menemuramah Cikgu Siti Aminah Abdul Majid, guru mengajar subjek Sejarah tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pantai, Kuala Lumpur yang diminta mengulas mengenai subjek Sejarah yang didakwa pelajar agak susah dikuasai. Lebih menarik, Cikgu Siti Aminah yang juga guru petanda kertas bagi subjek berkenaan sejak bertahun lalu sempat memberikan tips bagaimana untuk lulus mudah dalam mata pelajaran berkenaan.
Mengulas subjek Sejarah susah seperti didakwa, jelas Cikgu Aminah, apa yang paling penting adalah pelajar mesti mempunyai minat membaca dan mesti ambil tahu mengenai perkembangan semasa berlaku di dalam negara. Lagi satu pemilihan soalan amat penting selain “key word” kena ambil tahu, baru boleh menjawap dengan mudah.
“Saya sudah mengajar lebih 20 tahun subjek Sejarah ini. Jika 10 tahun dulu, pelajar mesti menghafal fakta tarikh-tarikh tetapi hari ini soalannya tidak berbentuk demikian. Ia lebih kepada soalan berbentuk kemahiran berfikir.
“Kalau calon tidak membaca dan kurang pengetahuan am mengenai apa yang di dalam negara mereka akan kata ianya susah. Sebagai contoh mengenai pilihanraya, kalau pelajar langsung tidak tahu mengenai pilihanraya, memang susahlah nak jawap.
So korang boleh tengok tips yang Cikgu Siti Aminah beri ya!
“Bagi saya sebagai seorang guru, kita berusaha membantu murid memahami apa yang diajar. Seperti Sejarah yang terbahagi kepada tiga kertas. Kertas 1 objektif. Kertas 2 merujuk kepada soalan struktur (soalan berdasarkan dari buku teks) dan Kertas 3 lebih kepada Open Book (bahan rujukan boleh didapati dari buku teks atau bahan rujukan diberi oleh guru.
“Kertas 2 dan 3 merujuk kepada soalan-soalan KBAT dan kertas 1 adalah penanda aras berapa pelajar akan peroleh markah iaitu A+, A-, B dan sebagainya,” katanya memberikan nasihat calon harus memperbanyakkan pembacaan berkaitan negara kerana soalan-soalan bagi Kertas 2 & 3 berkaitan isu semasa.
Tq Cikgu atas tips nie. So harap korang yang nak ambil peperiksaan tahun nie lebihkan membaca ya sebab ia banyak berkaitan dengan isu semasa. Jadi kena ambil tahu mengenainya. Apa pun tahniah buat calon yang peroleh keputusan cemerlang dan bagi yang biasa-biasa tu ingatlah rezeki ada di mana-mana asal korang rajin berusaha.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Realitinya, situasi pandemik Covid-19 di Malaysia masih berada dalam tahap kritikal dan sesiapa saja boleh dijangkiti biarpun prosedur operasi standard (SOP) telah kita patuhi.
Terbaru, pelakon Bidadari Salju, Sweet Qismina mengesahkan dirinya telah dijangkiti wabak COVID-19 semasa berada di Kuala Kangsar, Perak bagi menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April yang lalu.
Hanya sehari setelah memasuki set, Sweet mendapati dirinya kurang sihat dan berehat dengan mengambil ubatan selama tiga hari. Begitupun, dia terus mengambil langkah proaktif untuk menjalani ujian SWAB di Hospital Columbia, Taiping setelah keadaannya tidak pulih dan masih sukar bernafas.
Menerusi hantaran kenyataan rasmi daripada pihak Warner Music Malaysia yang mewakili Sweet, dia disahkan positif dan terus dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin menjalani saringan PCR. Hasil ujian tersebut turut positif.
Justeru, Sweet dikuarantin di Pusat Kuarantin Ipoh dalam keadaan sedikit lemah dan hilang deria rasa. Bagaimanapun, keadaan pelakon itu kini stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi.
Sama-samalah kita doakan agar keadaan Sweet bertambah pulih ya.
Sebelum ini, beberapa personaliti popular tempatan juga pernah disahkan positif Covid-19 semasa berada di tempat kerja. Ini termasuklah Alif Satar, Roy, Aepul Drama Band dan Syafiq Farhain.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...