Inpirasi

Taanusiya Chetty, Gadis Cantik Membawa Nama Malaysia Ke Pentas Dunia

Share

Pertandingan ratu cantik kini dilihat bukan sekadar tentang ‘kecantikan’ semata-mata. Sebaliknya impak yang diberikan terhadap masyarakat sekeliling dan juga kepada negara yang diwakili.

Dalam acara yang ditonton jutaan mata itu, semestinya jika perwakilan sesebuah negara berjaya bergelar pemenang, sedikit sebanyak membuka mata pihak luar tentang negara tersebut.

WAKIL MALAYSIA

Terkini, wakil Malaysia, Taanusiya Chetty berada di Vietnam bagi menyertai pertandingan Miss Global 2023. Dalam pertandingan yang sudah menghampiri ke peringkat finale itu, Taanusiya dilihat sebagai salah seorang pencabar terhebat untuk memenangi gelaran juara.

Memiliki ketinggian 173cm, bukan sekadar bergelar ratu cantik, Taanusiya memulakan organisasi sosial yang dikenali sebagai Be the Change Malaysia. Organisasi tersebut memberi penekanan terhadap isu pengabaian kanak-kanak.

Tampil cantik dengan wajah Malaysiana, setiap penampilannya di Vietnam memukau pandangan dengan tampilan rias wajah yang menawan serta pemilihan busana yang mewah.

Pada saat pertandingan peringkat awal. Taanusiya dilihat cukup anggun mengenakan busana gaun petang berona biru Diraja berlengan panjang. Gaun hasil rekaan Afeer Razak itu pantas menaikkan serinya sebagai seorang ratu.

Simbolik di sebalik busana tersebut cukup signifikan. Rona biru mewakili  langit dan kebebasan yang melambangkan kemungkinan tanpa had.

Ketika ini, namanya sudah berada dalam senarai Top 25 undian dari peminat seluruh dunia. Dek kecantikan yang dimiliki, Taanusiya juga dilihat sebagai salah seorang pencabar lantas sering menjadi pilihan pemerhati pertandingan yang meletakkan dirinya di antara peserta yang bakal berdiri dalam kedudukan Top 5 pada malam finale nanti.

PRESTASI

Rakyat Malaysia bukanlah kelompok yang terlalu fanatik tentang dunia ratu cantik seperti negara Filipina, Thailand dan Indonesia misalnya. Namun ini tidak sedikitpun menjadi penghalang kepada wakil negara untuk memberikan yang terbaik.

Wakil Malaysia bukanlah calang-calang, nama seperti Lina Teoh, Rahimah Orchient Yahya, Amy Nurtinie, Sandra Lim, Cassandra Yap dan Manvin Khera banyak membuka mata dunia tentang negara ini apabila ada daripada mereka yang bergelar juara dan berada di kelompok terbaik pertandingan.

Semoga Taanusiya berjaya membawa negara Malaysia ke puncak pada malam finale kelak!

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen