Jika dahulu orang ramai terpaksa bersesak beratur panjang demi mendapatkan Taco Bell di Cyberjaya, kini rasanya restoran francais makanan dari Amerika Syarikat ini sudah pun mudah untuk didapati kerana terdapat beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang.
BACA: Sedap Ke? Ada Sebab Orang Ramai Sanggup Beratur Panjang Di TACO BELL Pertama Malaysia
Terbaharu, Taco Bell Malaysia baru sahaja membuka cawangan keenam mereka di Sunway Pyramid. Restoran ini telah direka bentuk dengan kerjasama pasukan antarabangsa Taco Bell, reka bentuk dan persekitarannya seperti suasana California yang membuatkan korang berada dalam mood sebenar untuk menikmati makanan berinspirasikan Mexico ini.
BACA: Resipi Homemade Ala Taco Bell Buat Sendiri Pun Sedap, Mudah & Jimat
Apa yang paling menarik jika korang ke cawangan ini, tempat makan restoran adalah menghadap ke taman tema Sunway Lagoon. Fuh, sambil makan dapat tengok orang berenang. Hiks!
Cawangan Taco Bell Sunway Pyramid dapat menempatkan sehingga 75 pelanggan dalam satu masa dan mematuhi semua garis panduan SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan pelanggan.
Difahamkan juga Taco Bell Malaysia bakal membuka lebih banyak cawangan dalam beberapa bulan akan datang dan seterusnya mungkin di USJ dan Puchong.
Nampaknya seperti Taco Bell bakal berada di merata-rata tempat bagi memudahkan peminatnya menikmati hidangan inspirasi Mexico ini dengan mudah. So guys, lepas ni korang tidak perlu lagi beratur panjang kerana sudah banyak cawangan dibuka di sekitar Lembah Klang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=wbbIGGPiHeM