Taco merupakan hidangan tradisi masyarakat Mexico yang terdiri daripada tortilla kecil diisi pelbagai inti termasuklah daging, ayam, kacang, sayuran dan keju yang dilipat. Ia juga sesuai bagi individu yang mahukan makanan tidak terlalu berat, selain juga sesuai untuk dijadikan menu minum petang.
Jika dahulu orang ramai terpaksa bersesak beratur panjang demi mendapatkan Taco Bell di Cyberjaya, kini rasanya restoran francais makanan dari Amerika Syarikat ini sudah pun mudah untuk didapati kerana terdapat beberapa cawangan lain di sekitar Lembah Klang.
BACA: Taco Bell Tawar Ratusan Peluang Pekerjaan Tahun Lalu, Bantu Golongan Anak Muda
Terbaharu, Taco Bell bakal memperkenalkan satu menu baharu kepada rakyat Malaysia iaitu Quesarito, kelainan inovatif burito dengan lapan ramuan yang pastinya dapat memenuhi citarasa masyarakat tempatan.
Quesarito dipenuhi dengan daging berperisa bersama nasi Mexico istimewa , digabungkan dengan sos kickin berperisa, sos keju nacho dan krim masam yang menyimbangkan rasa bagi menu terbaharu ini. Untuk melengkapkan hidangan, bahan ramuan ini kemudiannya dibalut dalam tortilla panggang dengan keju cair.
Hm, korang boleh bayangkan tak bagaimana rasanya?
Semalam Remaja berpeluang menjadi antara orang pertama di Malaysia merasai menu baharu ini. Tidak dinafikan, menu ini antara yang korang wajib cuba untuk merasai kelainan Mexican Rice yang dihidangkan di dalam burrito itu. Pastinya menu ini lebih mengenyangkan dan kena dengan selera rakyat Malaysia yang tidak boleh lari daripada ‘nasi’.
Menu Quesarito ini bakal menemui pelanggan pada September depan, namun ia hanya berada di pasaran dalam waktu terhad sahaja.
Lagi satu berita yang ingin dikongsikan, Taco Bell Malaysia juga bakal membuka lagi sebuah cawangan terbaharu di IOI City Mall tidak lama lagi.
BACA: Taco Bell Malaysia Buka Cawangan Ke-6 Di Sunway Pyramid
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.