Taeyang Dan Min Hyo Rin Umum Pertunangan, Netizen Tak Sabar Tunggu Februari 2018

Share

Secara rasminya, salah seorang daripada anggota Big Bang iaitu Taeyang telah mengumumkan pertunangannya bersama pelakon Korea, Min Hyo Rin melalui akaun Instagram miliknya.

Kedua-dua buah agensi yang mewakili dua orang selebriti ini juga telah mengesahkan berita baik tersebut. Menurut sumber dari agensi rasmi, besar kemungkinan mereka akan mengikat tali perkahwinan pada bulan Februari tahun depan dan perancangan sudah pun bermula sekaran.

Walaupun berita ini kedengaran seperti satu perkara yang mengejutkan, hubungan di antara Taeyang dan Hyorin bukan lagi perkara baru setelah ia dapat dihidu pada Mei 2015. Sejak itu, mereka saling berhubungan. Malah Taeyang juga baru-baru ini menemani Hyo Rin ke Indonesia atas urusan kerja.

Umum Pertunangan Gaya Millennial

Ahli Big Bang berumur 29 tahun itu bertindak untuk berkongsi berita pertunangan kepada peminat dengan cara paling mudah iaitu melalui Instagram. Dalam perkongsian itu, Taeyang berkata:

“Hari ini, saya ingin berkongsi dengan kamu semua mengenai janji paling penting dan manis yang telah saya sematkan dalam hidup saya. Saya telah berjanji untuk sehidup-semati bersama Min Hyorin, seorang insan yang telah sentiasa berada di sisi saya selama empat tahun ini.”

Taeyang turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua peminat yang sentiasa memberi sokongan tak berbelah bahagi kepadanya:

“Kepada semua peminat yang sering melayan saya seperti ahli keluarga mereka sendiri, kepada semua ahli Big Bang, kepada keluarga YG saya, kepada semua orang yang pernah bekerja dan bertemu dengan saya, saya ingin ucapkan TERIMA KASIH. Saya akan teruskan hidup dengan penuh tanggung jawab dan dengan perasaan rendah diri. Besar harapan saya agar kamu terus menyokong kami dan memberikan restu kepada masa depan kami berdua sebagai pasangan.”

So sweet!

Haa, nak pergi mana tu?!

Netizen Sambut Baik Berita Pertunangan

Seperti dijangka, peminat K-Pop dan semua yang mengenali Taeyang serta Big Bang tidak dapat membendung perasaan mereka. Twitter umpamanya menjadi tempat mereka meluahkan rasa teruja. Antaranya pesanan para VIP kepada pasangan ini termasuklah:

Ada juga peminat yang berpendapat ahli Big Bang yang lain pernah meramalkan bahawa Taeyang bakal menjadi ahli pertama mereka yang akan berkahwin.

Aihhh, tak sabar nak tunggu bulan Februari tahun hadapan. Until then, REMAJA nak dengar semua single nyanyian Taeyang malam ini. Hiks!

Published by
FZ