Ungkapan ‘Saya Terima’ atau I Do akhirnya dilafazkan oleh primadona Hollywood kelahiran Ipoh, Perak, Tan Sri Michelle Yeoh.
Selepas 19 tahun mengikat tali pertunangan bersama pasangannya, Jean Todt; AsiaOne pada hari ini melaporkan mereka telahpun melangkah ke alam perkahwinan.
Memetik laporan portal berita tersebut, perkhabaran itu pada asalnya dikongsikan oleh bekas pelumba kereta Formula One, Felipe Massa menerusi akaun Instagramnya, hari ini. Hantaran tersebut menunjukkan sepucuk kad perkahwinan dan dalam terisi info lanjut berkenaan majlis berkenaannya yang dilangsungkan di Geneva, Switzerland pada 27 Julai 2023 (Khamis).
Menerusi beberapa keping foto yang kini sudah berlegar di ruang media sosial, penerima anugerah Oscar untuk lakonannya mantapnya dalam filem Everything, Everywhere All At One itu dilihat memakai persalinan gaun two piece berwarna taupe dengan perincian korset, renda dan fakbrik satin. Cukup berlainan dengan busana perkahwinan serba putih yang selalu digayakan oleh selebriti Hollywood lain pada majlis perkahwinan mereka.
Fun fact! Tarikh perkahwinan mereka ini menandakan 6,992 hari telahpun berlalu sejak Michelle dan Todt bertemu pada 4 Jun 2004. Pada ketika itu, difahamkan Michelle berada di litar antarabangsa Shanghai bagi menjayakan aktiviti publisiti bagi pasukan Ferrari; di mana Todt bertindak sebagai Pengurus Am.
Apapun, para peminat Michelle baik di tanah air mahupun di peringkat antarabangsa menyambut baik berita tersebut dan menzahirkan ucapan mereka agar pasangan tersebut kekal bahagian sehingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Michelle pernah mengahwini ahli perniagaan dari Hong Kong, Dicksoon Poon dari tahun 1988 hingga 1991. Michelle memperlahankan graf kerjayanya sepanjang tiga tahun berkahwin dan melakukan comeback
secara berjaya di industri perfileman Hong Kong dan Hollywood selepas bercerai daripada bekas suaminya itu. Semenjak itu, Michelle tidak pernah mengikat tali perkahwinan dengan lelaki lain sehinggalah sekarang.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.