Universiti Filipina (UP) menganugerahkan ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang atau Honoris causa kepada Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis yang diadakan di Manila, Filipina, hari ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Menteri Kewangan itu sendiri menerusi sebuah perkongsian di Instagram miliknya sebentar tadi. Dalam hantaran berkenaan, Anwar memaklumkan beliau telah memulakan acara hari kedua di Republik Filipina dengan menghadiri majlis meletakkan kalungan bunga sebagai penghormatan kepada Jose Rizal di Taman Rizal di Manila.
“Taman itu dinamakan atas nama Jose Rizal sebagai mengingati beliau yang dihukum bunuh di kawasan taman tersebut. Ia adalah peristiwa terpenting dalam menyemarak obor Revolusi Filipina mendobrak imperialisme Sepanyol sekitar kurun ke-19.
Ads
“Kemudian, saya langsung ke UP untuk menyampaikan syarahan umum berjudul ‘30 Years After The Asian Renaissance: Strategic Takeaways for ASEAN sesudah menerima ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Doctor of Law dari universiti tersebut,” coretnya.
Selain itu, dalam ucaptamanya, beliau turut menyentuh sejarah penubuhan ASEAN serta kemajuan dan perubahan dari segi kerjasama antara negara tetangga di rantau Asia, dan menekankan bahawa perserikatan itu mesti terus terpahat atas hujah berkongsi identiti yang sama meski rencam bangsa dan budaya.
“Konsep ini dicerakinkan dengan baik oleh ‘The Great Malayan’ Dr. Jose Rizal dalam ‘The Philippines a Century Hence’ tatkala Filipina tertubuh kuat meski berlainan kepulauan, bahasa, budaya dan etnik.
Ads
“Selain itu, saya amat berharap ASEAN terus berpadu dan kukuh dalam menyikapi isu-isu mendesak terutamanya di rantau ini kerana berdiam diri tatkala berdepan kezaliman bukanlah pilihan,” katanya lagi.
Tambah Anwar, beliau turut mengimbau sejarah lampau tatkala sering ke Manila sebagai seorang mahasiswa dan UP adalah salah satu lokasi yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan berkaitan pelbagai hal bersama para sahabat di sana.
“Saya turut mengimbau sejarah lampau tatkala saya sering ke Manila di tahun-tahun lampau semasa masih sebagai seorang mahasiswa.
Ads
“Dan universiti ini adalah tempat yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan terkait pelbagai hal bersama sahabat-sahabat di sini. Justeru, Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi,” tulisnya panjang.
Sekadar informasi, Ahli Parlimen Tambun dianugerahkan penghormatan tersebut kerana disifatkan sebagai seorang sarjana dan memiliki kepakaran antarabangsa dalam bidang ekonomi, demokrasi, kebebasan, tadbir urus, Islam dan demokrasi serta keperluan akauntabiliti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Susulan beberapa dakwaan berkaitan kandungan vaksin yang diberikan tidak cukup dos malah ada juga yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong.
Rata-rata masyarakat mahu merakam proses tersebut untuk mengelakkan rasa was-was dan gusar sekiranya mendapat picagari kosong. Walaupun pihak berwajib telah mengeluarkan kenyataan bahawa kebarangkalian untuk berlakunya pemberian vaksin kosong adalah amat kecil.
Namun, kerajaan kini membenarkan penerima vaksin mengambil video suntikan mereka, manakala jururawat juga perlu menunjukkan picagari, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, jururawat juga perlu menunjukkan picagari.
Sebaliknya, pemberi vaksin diarahkan untuk menerangkan dan menunjukkan kepada penerima proses mengisi vaksin ke dalam picagari dan penerima juga boleh mengawasi proses tersebut bagi mengelakkan rasa was-was.
Menurut Khairy Jamaluddin lagi jururawat yang mengaku menyuntik penerima vaksin dengan picagari kosong telah diberi amaran. Jelasnya, individu terbabit juga akan menjalani proses tatatertib.
Viral sebelum ini apabila seorang individu membuat laporan polis mendakwa disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi. Individu terbabit turut mendakwa petugas KKM terbabit memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.
Sebelum ini timbul isu ‘double standard’ daripada netizen apabila para selebriti dibenarkan merakam setiap momen ketika menerima suntikan vaksin, sedangkan rakyat biasa tidak dibenarkan.
Sebagaimana kita ketahui, setiap pesakit yang meninggal akibat COVID-19, jenazah akan diuruskan oleh pihak KKM kerana prosedurnya ketat. Malah ahli keluarga mahupun sanak saudara tidak dibenarkan untuk mendekati kerana jenazah dikebumikan dengan cara pesakit Ebola diuruskan iaitu tayammum dilakukan.
Namun mula timbul sedikit kontroversi di mana jenazah mangsa ke 8, iaitu arwah Ustaz Hassan yang dikebumikan di Kelantan diuruskan oleh warisnya, bukan anggota KKM?
Dalam fb yang ditulis panjang lebar oleh Imam Muda Hilal, ada menceritakan secara detail apa berlaku dan menurutnya pihak waris mempersoalkan SOP KKM kenapa mereka yang harus mengebumikan jenazah dan bukannya anggota KKM sebagaimana didakwa.
Bacalah penerangan panjang lebar ini. Kita tak mahu front liner yang bertungkus lumus dipuji orang ramai sebagai penyelamat pesakit tercalar hanya disebabkan oleh sikap segelintir staff.
Malah ada baiknya pihak KKM memberi penjelasan kerana cerita ini mulai tersebar di media sosial dan sudah disyer lebih 11 K netizen.
Ini adalah cerita sebenar waris keluarga yang uruskan pengebumian jenazah Covid19 di rantau panjang, Kelantan. Kes kematian Covid19 di Malaysia yang ke-8.
DISCLAIMER
Tujuan status ini adalah untuk mempersoal SOP sebenar menguruskan jenazah COVID19, adakah waris perlu turut serta uruskan atau pihak KKM uruskan segalanya.
Kerana kita maklum pengurusan jenazah COVID19 sama seperti pengurusan jenazah wabak Ebola Virus Desease (EVD) hanya boleh disempurnakan oleh pihak KKM sahaja dari mula sehingga pengebumian. (1)
Polis di tempat kejadian juga sarankan waris viralkan kes ini. Dan kami fikir ini wajar kerana untuk memberi info sebenar apa yang berlaku dan sampai kepada pihak atasan, supaya tidak terulang kepada korban COVID19 yang baru.
Beberapa bukti video rakaman saya upload dalam ruangan komen.
MAKLUMAT MANGSA KORBAN
Jenazah korban Covid19 Ke8 dikenali sebagai Ustaz Hassan (UH), berumur 69 tahun, meninggal pada Jam 4.00pm di Hospital Raja Perempuan Zainab ll, Kota Bharu. (2)
======
KRONOLOGI
22/03/2020
4.00PM
– Doktor maklumkan kepada waris bahawa UH sudah meninggal dunia, waris merupakan anak lelaki (Hafizuddin) diminta datang ke hospital untuk dengar taklimat. Antara kandungan taklimat ialah:
– Pihak KKM menguruskan semua urusan pengebumian jenazah mengikut cara wabak Ebola
– Waris tidak boleh dekat tanah perkuburan, kalau boleh tak datang kubur lagi bagus.
– Waris tidak boleh tengok jenazah, apatah lagi buka bungkusan mayat.
– Jenazah akan dikebumi pada waktu malam
– Tempoh pengebumian akan dilakukan sangat cepat
– Pengebumian akan diuruskan Pihak KKM Pasir Mas
7.00PM
– Waris balik rumah di pasir mas dan bersiap pergi ke Tanah Perkuburan Rantau Panjang. waris 1 lelaki 2 perempuan bergerak satu kereta ke destinasi selepas isyak.
10.00PM
– Waris tiba di Tanah Perkuburan Rantau Panjang.
– Pihak polis sudah halau semua orang, termasuk waris-waris yang datang supaya balik rumah masing-masing, jamin pihak KKM uruskan semuanya segera.
– Jenazah masih belum tiba.
– Hafizuddin terpaksa tunggu jauh sedikit dari kawasan perkuburan kerana sudah dihalau. waris-waris lain semua sudah bersurai balik pengkalan. orang kampung juga sudah balik tidur.
11.06PM
– Jenazah tiba dari Hospital dengan sebuah van
– Hanya 2 Orang Kakitangan hospital termasuk pemandu
– Kelibat pegawai KKM belum tiba. Jenazah masih dalam van
12.00AM
– Waris masih menunggu dalam kereta tertanya-tanya masih tiada proses pengebumian.
– Waris mendekati polis bertanya “entahlah, belum kebumi lagi, orang KKM belum datang”
– Waris mendekati pemandu van bertanya “tunggu orang KKM uruskan”
– Waris call hospital tanya status pegawai KKM yang bertugas, pihak hospital sudah maklumkan kepada pegawai KKM Pasir Mas incharge pengebumian ini.
– KKM Pasir Mas call hafizuddin, tanya berapa waris yang ada di kubur cukup tak 6 orang untuk uruskan jenazah, sebab pegawai KKM tidak dapat uruskan. Waris yang kena uruskan.
– Polis dah halau semua, memang tak cukup orang nak uruskan.
1.00AM
– Waris serba salah, kalau panggil orang kampung, akan merisikokan mereka. masalahnya waris-waris lain semua dah balik kena halau.
– Waris hubungi tok penghulu. Tok penghulu datang menjenguk akhirnya.
– Tok penghulu buntu, call bomba. bomba kata ini bukan bidang kuasa mereka.
– Tok penghulu panggil lagi beberapa orang kampung yang masih available untuk datang bantu. 3 orang datang.
– Semua masih buntu cara nak uruskan jenazah. jenazah masih dalam van.
1.30AM
– lebih kurang jam 1 setengah begitu, 1 kereta exora KKM tiba. dalam 6 orang.
– Pegawai tidak keluar kereta untuk beri makluman apa-apa. stay safe dalam kereta.
2.00AM
– Waris perasan kereta KKM dan cuba mendekati dan bertanya.
– Seorang sahaja pegawai KKM keluar kereta. berbadan besar berbaju biasa.
– Pegawai KKM berkeras dan menunjukkan bukti dalam fon serta bacakan mengatakan bukan mereka yang uruskan jenazah, tetapi waris yang akan uruskan pengebumian jenazah.
– Pihak waris juga menunjukkan bukti dari hospital yang mengatakan pihak KKM akan uruskan semuanya (waris juga dimaklumkan hospital yang mana pegawai kkm tidak mahu bekerjasama semasa beri makluman)
– Pihak polis juga mengesahkan bahawa pihak KKM yang perlu menguruskan
– Pegawai KKM tidak mengendahkan apa sahaja info dari waris dan polis, dia hanya berpegang apa yang diarahkan sahaja. kami pun tak tahu siapa yang arahkan dia.
2.30AM
– Pegawai KKM bagi 5 pasang sut putih kepada waris untuk pakai
– Pegawai tersebut langsung tak beritahu apa prosedur pemakaian dan cara betul nak kendalikan jenazah ke dalam kubur.
– Pegawai masuk kereta semula, sambung hisap rokok bersama yang lain.
– Menyedari ada polis sedang merakam, kereta KKM dihidupkan dan dialihkan jauh sedikit. Sambung lepak. (maaf ayat agak menusuk)
– Bayangkan tiada taklimat pemakaian sut diberikan, 2 waris lelaki dan 3 pakcik kampung terkial-kial nak sarung sut. mujur polis datang bantu tunjuk sikit-sikit.
– Terus pakai sut, tiada sanitize dilakukan. (kami tidak tahu ia perlu atau tidak)
2.55AM
– Jenazah diturunkan dari van, dibawa ke kubur.
– Pelantar jenazah dipulangkan semula dalam van. Van terus beredar balik
– Waris dengar perasan juga ketidak-puasan hati kakitangan tersebut kepada pihak keluarga waris, seolah-olah menyusahkan mereka kena tunggu lama, sepatutnya waris ada ramai dan boleh siapkan urusan pengebumian segera. mereka takkan tidak tahu polis sudah halau semua orang?
– Kami waris sangat berasa hati dengan perkara itu.
– 5 orang yang uruskan jenazah seperti dalam gambar dan video itu adalah waris dan pakcik kampung. Tiada langung pegawai KKM yang bantu! masih lepak di kereta.
– Jangan tanya bagaimana 5 orang ini uruskan jenazah. tiada apa-apa pemantauan langsung.
– Hanya fikirkan dari taklimat hospital beritahu jenazah perlu dikebumi segera, maka mereka uruskan jenazah, turunkan dalam liang lahat, kambus tanah dengan segera.
– Setelah selesai kambus tanah, tanah kubur tidak disembur apa-apa. cangkul dan peralatan diletakkan saja disitu.
3.30AM (3)
– Setelah selesai, pegawai KKM tadi datang semula dan suruh 5 orang ini buka dan longgokkan baju di satu tempat. termasuk baju dalam yang dipakai. part ini memang tergamam juga sebab tak ready langsung baju spare untuk salinan.
– Yang tidak buka baju dalam kena bawa balik dan terus basuh cuci dan jemur tengah panas, katanya
– Pegawai hulur 1 botol liquid sanitizer untuk 5 orang guna sanitize badan.
– Pegawai minta lighter dan bakar longgokan baju.
– Baju masih marak api, pegawai tersebut hidupkan enjin kereta dan balik.
– Polis juga beredar
– Pakcik kampung berkain pelikat, selipar kena bakar pun berkaki ayam sahaja lah, start motor dan balik
– Hafizuddin pergi ke masjid basuh badan.
– kemudian semua beredar.
– Sampai rumah pasir mas jam 4.45am.
======= HIGHLIGHT
Ada beberapa perkara yang kami nak highlight disini
Pegawai KKM Pasir Mas bermasalah, kami lihat mereka merokok dalam kenderaan KKM
KKM tidak bersedia menguruskan jenazah COVID19 walaupun sepatutnya SOP pengurusan mayat Ebola telah ada
Tidak ada kerjasama pihak hospital dengan KKM. kematian jam 4.00PM sepatutnya pihak KKM sudah bersedia untuk uruskan pengebumian waktu malam. ini kes pertama di kelantan.
Rakyat semua maklum bahawa KKM uruskan jenazah COVID19 dari A to Z. tapi sebaliknya berlaku waris yang uruskan. Saya dimaklumkan Korban Covid19 ke2 di johor hanya 3 orang pegawai KKM, 7 yang baki adalah orang awam waris dan kawan-kawan. Mujur pegawai KKM itu turut serta dalam pengurusan jenazah. (4)
Kemungkinan untuk ada KES baru kematian COVID19, APA JAMINAN KKM selepas ini untuk uruskan jenazah, benar-benar bersedia atau masih menunding jari siapa kena buat. Kasihan pada waris dan orang kampung jika libatkan mereka uruskan risiko.
Jika benarlah waris yang kena uruskan, apa salahnya bagitahu maklumat lebih awal supaya kami dapat bersedia uruskan.
Alasan tidak cukup kakitangan amat tidak patut diberikan. 6 orang pegawai santai lepak dalam kereta sambil merokok!
Kami datang ke tanah perkuburan untuk menyaksikan dari jauh, bukan kerja kami nak merakam semua adegan-adegan yang tidak dijangka. Tunggu dah lama, ada yang bateri fon pun sudah mati.
Mungkin ada yang minta jangan diviralkan. Ingat, kami redha dengan apa yang berlaku dan bersedih atas kehilangan ini. Tetapi kami mahu SOP Pengurusan Jenazah COVID19 untuk korban baru tidak terjadi seperti yang kami lalui. Ianya sangat berisiko untuk orang awam uruskan kes sebegini!
Kami MENUNTUT pegawai-pegawai KKM Pasir Mas berkenaan membuat PERMOHONAN MAAF kepada waris dan pakcik dengan kekasaran dan keengganan mereka menguruskan kes ini.
Ingat, seluruh rakyat sedang mengangkat warga KKM sebagai frontliner hero negara. Adakah kamu hendak menjadi nila setitik merosakkan susu sebelanga?
Kisah kronologi, masa dan minit diatas diringkaskan bagi menjelaskan apa yang perlu.
Apa yang MEDIA BERITA laporkan pegawai KKM yang uruskan jenazah adalah sama sekali TIDAK BENAR. Lihat video yang diserta adakah pakcik pakai berkain pelikat dan remaja belasan tahun itu pegawai KKM?
Imam Muda Hilal merupakan ‘close family’ dengan Hafizuddin, menjaga anaknya H dan kuarantin di rumah yang sama, Jadi cerita diatas adalah benar belaka. Ini bukan cerita rekaan.
Mohon pihak atasan siasat dan baiki. jangan tanya kami minta gambar pegawai berkenaan atau no plate kereta, mahupun gambar polis bertugas. itu bukan kerja kami nak perhatikan dalam masa bersedih itu.
Mohon viralkan pos ini sehingga sampai kepada yang berkenaan. biar netizen tahu hakikat yang sedang berlaku supaya ianya dapat diperbaiki segera.
Gara-gara terpengaruh (adakah benar remaja mudah terpengaruh?) dengan cabaran Hide & Seek Ikea yang tular ke seluruh dunia bagi mendapatkan ratusan ribu tontonan di Youtube, FB dan Instagram, dua remaja berusia 17 tahun ditangkap selepas bermalam di IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang.
Memetik sumber dari Penang Kini, dua remaja berusia 17 tahun ini telah berkunjung ke IKEA Batu Kawan pada 28 Mac lalu kira-kira jam 8.00 malam. Apabila premis itu ditutup pada jam 10.00 malam, mereka bersembunyi di dalam kotak bagi mengelakkan dikesan oleh pihak pengawal keselamatan.
Selepas memastikan keadaan di sekeliling tiada individu lain, mereka keluar dari persembunyian.
Menurut pihak IKEA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua remaja itu berkeliaran dalam premis mereka sambil merakam gambar dan video.
Kedua-duanya ditangkap pada jam 6:40 pagi apabila pengawal keselamatan mendapati mereka berdua berkeliaran dalam premis itu, lalu dilaporkan kepada ketua pengawal keselamatan IKEA.
Suspek mengaku berbuat demikian kerana mahu menyahut cabaran di internet bagi membuktikan mereka berani tinggal di IKEA semalam dan kemampuan mereka mengelak dari ditahan pengawal keselamatan.
Sementara itu, polis mengesahkan kejadian itu. Dua remaja berusia 17 tahun itu merupakan rakan sekelas, ditahan lokap semalaman sebelum dibawa ke mahkamah untuk didakwa.
Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan jika sabit kesalahan, dua remaja terbabit boleh dikenakan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM3,000 setiap seorang atau kedua-duanya sekali.
Difahamkan, cabaran itu dimulakan pada tahun 2016 selepas seorang selebriti YouTube, Bakuna Fatata merakam video diri mereka tidur semalaman di IKEA, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Secara ringkasnya, cabaran itu menggalakkan penonton bersembunyi di dalam premis perniagaan seperti IKEA atau pusat beli-belah semalaman tanpa ditangkap oleh pengawal keselamatan.
Individu yang mengambil cabaran ini biasanya datang pada waktu premis hendak ditutup dan bersembunyi di mana-mana dan keluar berlegar-legar dalam premis sehingga keesokan hari.
Terkini maklumat bagi dua remaja ditahan ini sudah dibebaskan dengan jaminan polis cawangan Seberang Perai Selatan sebelum kes disebut semula dalam satu tempoh lain.
Hokay dik, gie la sekolah elok-elok ya. Tak yah la nak sahut cabaran tak berfaedah nie.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bermula sebagai pelakon cilik yang menghiasi layar televisyen, bakat Sweet Qismina sebagai pelakon memang tak boleh disangkal lagi.Terbaru, Sweet Qismina berkongsi dirinya berjaya menurunkan...