Pelakon, pengacara dan juga finalis Hero Remaja 2011/12, Nazrief Nazri, 28 sah bergelar suami kepada seorang model hijab semalam.
Model jadi pilihan
Nazrief dan Aizatul Aqma Hamdan, 25, telah selamat bergelar pasangan suami isteri dan dinikahkan oleh jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Ads
Hantaran RM15,000
Pelakon lelaki itu telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM60 dan duit hantaran sebanyak RM15,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima daripada pihak perempuan.
A post shared by NAZRIEF NAZRI (@nazrief_nazri) on Nov 15, 2019 at 5:48pm PST
Ads
Menurut pelakon lelaki itu lagi, dia telah menghantar rombongan merisik kepada pasangannya pada 30 Jun yang lalu dan terus merancang untuk mendirikan rumah tangga.
Majlis yang berlangsung tenang itu telah dihadiri oleh 100 orang tetamu terdiri daripada sanak-saudara dan juga sahabat handai.
Ads
Kalau korang nak tahu, Nazrief juga merupakan antara 23 finalis pertandingan Hero Remaja 2011/12 yang juga sama batch dengan Fattah Amin,Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Fendy Bakry, Hafidz Roshdi,Ben Amir dan Hafreez Adam.
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan buat Nazrief dan isteri. Moga kekal sampai ke jannah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nampaknya negara jiran kita, Thailand sudah pun bersedia untuk membuka ‘pintu rumah’ mereka kepada lebih ramai pelawat asing terutamanya Malaysia dalam usaha untuk merangsang sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Kerajaan Thailand merancang membuka semula sempadan Thai-Malaysia bulan depan iaitu Mac 2022 bagi merangsang sektor pelancongan dan ekonomi di wilayah selatan.
Timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha telah mengarahkan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) serta pusat operasi kecemasan pelancongan dan sukan untuk menggariskan langkah mitigasi pandemik bagi pembukaan semula pusat pemeriksaan sempadan di Songkhla, Yala , Narathiwat dan Satun.
Memetik laporan Bangkok Post — berikutan dasar kerajaan untuk membuka gelembung perjalanan dengan Malaysia, pelancong dari negara jiran akan dibenarkan masuk di bawah skim ‘Test and Go’ tanpa kuarantin ketika ketibaan.
Bagaimanapun, pelawat masih perlu lulus dua ujian RT-PCR selepas tiba di Thailand.
“Perdana Menteri yakin Thailand akan kekal sebagai antara destinasi pelancongan utama dunia walaupun berdepan pandemik.
“Kerajaan akan menyokong usaha untuk menggiatkan semula pelancongan dengan penekanan pada kesihatan dan keselamatan awam,” kata Rachada.
Inspektor Jeneral yang bertugas di zon kesihatan awam 12, Dr Suthep Phetmak, berkata situasi COVID-19 di Malaysia dan Thailand adalah sama.
Jadi, adakah korang merasakan sudah selamat untuk melancong ke Thailand? Atau korang lebih yakin untuk melancong di dalam negara terlebih dahulu? Eh…yangn penting jangan pula pergi sempadan untuk tujuan menikah ye….hehehe
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SESI akademik 2024/2025 universiti awam (UA) baru-baru ini bermula dengan kemasukan pelajar baharu peringkat sarjana muda yang mendaftar di seluruh negara.
Wajah ceria dan kegembiraan terpancar apabila dapat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Kejayaan ke universiti diiringi doa dan harapan agar mereka dapat belajar bersungguh hingga mampu mengubah nasib dan masa depan keluarga.
Malah, tempat tinggal baru di asrama universiti seharusnya menjadi tempat yang selesa dan kondusif untuk para pelajar menuntut ilmu dan beristirahat.
Namun, keadaan beberapa fasiliti asrama di universiti terkemuka di Malaysia mencetuskan kebimbangan apabila didapati terdapat masalah kebersihan dan penyelenggaraan yang serius.
Cat Dinding Kusam Dan Kesan Kulat Bertompok, Realiti Keadaan Asrama Universiti Terkemuka
Salah satu masalah yang paling ketara adalah dinding yang kusam dan kesan kulat bertompok di pelbagai sudut bangunan.
Hal ini selepas seorang pengguna TikTok yang dipercayai pelajar semester pertama di sebuah universiti terkemuka telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan keadaan fasiliti asrama yang cukup daif dan nampak menyeramkan.
Menerusi video tersebut, bermula dengan dinding yang catnya sudah kusam di samping mempunyai kesan kulat bertompok padanya di dalam bilik asrama itu.
Masalah dinding berkenaan turut terjadi di kawasan beranda dan juga tandas yang mana menjadikan ia tampak usang seperti sudah lama ditinggalkan.
Kipas dinding tanpa penutup pula bersaiz kecik sekaligus tidak dapat menyejuk keseluruhan bilik seperti yang diharapkan. Ruangan bilik yang kecil ini juga jadi lebih padat apabila barangan mula dibawa masuk.
Cermin tandas yang disediakan juga dipenuhi kesan hitam yang tidak dibersihkan bagi kegunaan pelajar.
Secara keseluruhannya, persekitaran sangat tidak kondusif untuk diduduki apatah lagi fasiliti yang tampak usang menjadikan ia tidak selamat digunakan oleh para pelajar yang menetap di asrama universiti itu.
Pelajar itu langsung menyoal adakah setakat ini sahaja standard universiti dalam menyediakan fasiliti asrama kepada para pelajar di sana. Mana mungkin mereka tidak marah kerana perlu membayar yuran ratusan untuk menduduki astama tetapi setakat ini sahaja kualiti yang diterima.
Perkongsian pelajar bernama Amirah Amri di platform TikTok ini telah meraih perhatian netizen di mana majoritinya sangat terkejut melihat keadaan fasiliti asrama yang disediakan oleh pihak universiti terkenal itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kata orang, ujian dalam tempoh bertunang sememangnya cukup hebat. Cuma pasanagn yang betul-betul kuat saja yang boleh bertahan.
Tengah darah manis kan, semua benda perlu dijaga baik oleh lelaki ataupun perempuan. Dugaan dan cabaran yang datang perlu ditangani dengan baik. Kalau tidak, jawabnya hubungan terputuslah di tengah jalan.
Baru-baru ini, seorang bakal pengantin didakwa telah mengambil keputusan untuk mencampak tunangnya ke luar tingkap dari tingkat dua selepas berlaku perselisihan faham mengenai barang hantaran mereka.
Agensi keselamatan di Giza, Mesir kemudian menerima laporan seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan patah tulang akibat terjatuh daripada tingkat kedua bangunan.
Menurut Gulf News, suspek bertindak sedemikian selepas dia meminta barangan mahal sebagai hantaran. Malah, suspek tidak bertindak seorang diri apabila mangsa menuduh bakal iparnya juga membantu mencampaknya ke luar tingkap rumah.
Ini setelah mangsa tidak bersetuju dengan senarai barangan hantaran yang dianggap tidak masuk akal.
Susulan itu, pihak polis telah menahan suspek yang terlibat dan menariknya, mereka semua mengaku telah bertindak sedemikian. Suspek kini berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan, lapor portal itu.
Jadi kepada bakal pangantin di luar sana, janganlah demand nilai hantaran lebih-lebih okay. Kawal sikit keinginan korang tu. Aim for a beautiful marriage, not for a one-day wedding.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hutang...Urgh, sebut sahaja tentang budaya berhutang hati terus jadi tak keruan. Kata orang disebabkan hutang, hubungan antara ahli keluarga dan rakan karib pun boleh...