Tahniah Remaja ucapkan buat Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina!
Angkasawan negara dan pensyarah, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri tercinta, Datin Dr Halina Mohd Yunos selamat menimang cahaya mata ketujuh di sebuah perubatan swasta di Petaling Jaya, Selangor, pada Rabu.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan beliau menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya dengan menyatakan bayi lelaki yang dilahirkan seberat 2.98 kilogram itu dalam keadaan yang sihat.
ARTIKEL BERKAITAN : ‘In Motherhood Era’ -Kongsi Foto Bersama Anak Kecil, Najwa Mahiaddin Kini Bergelar Ibu
Dalam masa sama, Dr Sheikh Muszaphar turut meluahkan rasa syukur kerana proses melahirkan bayi berkenaan dipermudahkan dan kedua-duanya berada dalam keadaan selamat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan selebriti tidak terlepas untuk mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut selain mendoakan agar bayi mereka itu sentiasa dalam keadaan sihat dan menjadi seorang anak yang soleh.
Sekadar informasi, Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina mendirikan rumah tangga pada tanggal 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan, pasangan itu kemudiannya dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki berusia empat tahun iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram , Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Dr. Sheikh MuszapharShukor