Tahniah! Fizi Ali Tamatkan Zaman Duda, Kini Bergelar Suami Kepada Tiz Ikha

Share

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali, menamatkan zaman dudanya selepas sah bergelar suami kepada Tiz Ikha, hari ini.

Berita gembira itu dikongsi bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi beberapa keping foto yang dipaparkan di platform Instagramnya, sebentar tadi.

ARTIKEL BERKAITAN:

Tahniah! ‘Lucy’ Selamat Bergelar Isteri Kepada ‘Pokya Cong Codei’

Menerusi perkongsian sama, pasangan merpati dua sejoli itu tampil sama cantik dan sama padan mengenakan baju melayu dan kurung berona putih suci.

Selain itu, dia menzahirkan kesyukuran dan gembira untuk memulakan perjalanan sebagai seorang suami, selain berharap semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.

“Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami.

“Semoga doa yang baik kembali semula dekat kalian,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.

Sekadar informasi, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Instagram Fizi Ali

Published by
Fath