Berita

Tahniah ‘Lee-Lee Couple’! Lee Seung Gi & Lee Da In Sambut Kelahiran Anak Sulung Perempuan

Share

Perhatian peminat K-Drama! Lee Seung Gi dan Lee Da In kini sah bergelar ibu bapa. OMO!

ARTIKEL BERKAITAN: Son Yejin & Hyunbin Selamat Bergelar Ibu Dan Ayah. Timang Cahaya Mata Lelaki!

Buat mereka yang belum maklum, pada 1 November 2023 lalu, Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengumumkan berita bahawa mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata sulung yang bakal tiba tidak lama lagi.

Maka tidak hairanlah apabila pada pagi ini (6 Februari), agensi Lee Seung Gi berkongsi kenyataan berikut:

“Hello. Ini Human Made.

“Kami ingin menyampaikan berita gembira bahawa pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In telah melahirkan seorang anak perempuan pada petang 5 Februari.

“Kedua-dua ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat, dan Lee Seung Gi juga ingin mengekspresikan rasa kesyukurannya dan gembira kerana berjaya menimang cahaya mata dalam keadaan selamat.

“Tolong kirimkan kasih sayang dan sokongan yang padu kepada pasangan Lee Seung Gi dan Lee Da In yang sedang menyambut ahli keluarga baharu mereka. Terima kasih.”

Buat makluman, setelah mendedahkan hubungan mereka kepada umum buat pertama kali pada Mei 2021, Lee Seung Gi dan Lee Da In telah mengadakan majlis perkahwinan peribadi mereka pada 7 April 2023 yang telah dihadiri ramai bintang sensasi Korea Selatan lain.

Tahniah REMAJA ucapkan kepada pasangan bahagia ini!

BACA: #TheBinJinWedding Trending, Peminat Teruja Nantikan Perkahwinan Hyun Bin & Son Ye Jin

Sumber : (1)

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Adriana Syaurah