
Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus sah bergelar suami kepada pelakon berbakat besar, Angeline Tan, pagi tadi.
Majlis yang berlangsung sederhana itu menyaksikan pelakon berusia 63 tahun itu menyerahkan mas kahwin berbentuk seutas rantai emas.
ARTIKEL BERKAITAN: Wajah Bagaikan Tak ‘Dimamah’ Usia, Angeline Mengenakan Hijab Raih Pujian Ramai

Bintang karya hit Pokya Cong Codei dan Angeline yang memainkan watak sebagai Lucy menerusi naskhah popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu kelihatan segak dan cantik mengenakan rona putih.
Difahamkan, majlis akad nikah itu hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua pengantin.
Susulan itu, rata-rata warganet terkejut dengan berita gembira tersebut selain mengucapkan tahniah buat kedua pasangan pengantin.
Terdahulu menerusi di platform Instagram milik Angeline, bintang berkenaan berjaya mencuri perhatian warganet apabila memuat naik beberapa keping foto dirinya mengenakan hijab berona hitam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Elakkan Post 5 Perkara Ini Sebelum Majlis Merisik Korang? Ada Betulnya..

Isi Kandungan
Toggle
Siapa yang tak excited bila sudah ada teman lelaki atau perempuan? Berjumpa dengan ibu bapa masing-masing pun sudah, dapat restu pun sudah. Jadi tibalah masa untuk merisik, bukan?
Oh yes!
Akhirnya tiba juga hari kita. Asyik tengok orang lain je muat naik gambar dan video majlis merisik mereka, akhirnya kita dapat merasa juga feeling bahagia. Amboi!
Tak salah untuk merasa teruja. Tetapi kadangkala, ada perkara yang lebih elok dan manis untuk kita simpan di dalam phone saja sebelum tiba hari majlis berlangsung. Tak perlulah muat naik foto atau video ini sebelum sah menjadi ‘milik’ seseorang.
Penulis tertarik dengan cara selebriti, Ain Edruce yang kekal low–profile bersama teman lelaki sebelum majlis merisik mereka pada hari Jumaat lalu.

Sama ada korang memilih untuk merisik dahulu seperti Ain atau terus melangsungkan pertunangan, why not korang cuba untuk elakkan 5 perkara ini?
01
Foto Cincin
Perkara pertama yang terlintas sebelum majlis merisik tentulah mendapatkan cincin bagi pihak perempuan.
Tetapi tak perlulah korang muat naik video Instastory di kedai barang kemas semasa memilih cincin (yes we can read your mind).
Jauhkan diri daripada memberitahu harga cincin yang dibeli. Nanti orang mark korang sebagai riak, marah pula.
02
Tarikh Pertunangan
Sebaiknya, biarlah tetamu yang diundang, keluarga serta kenalan terdekat saja yang tahu bila majlis merisik korang akan berlangsung. Tak perlu diumumkan secara publik.
Nanti buatnya majlis tak jadi, Allahu kan dah malu. Lagipun, lebih manis jika korang keep it private dan sentimental dengan yang paling rapat saja.
03
Inform Keluarga
Semasa majlis berlangsung, janganlah terlalu teruja untuk melakukan Instagram Live atau Facebook Live. Besar kemungkinan ada ahli keluarga yang korang terlupa untuk jemput ataupun inform.
Lebih molek kalau berita baik sudah bertunang ini dihebahkan dalam group WhatsApp keluarga dahulu sebelum korang mengumumkannya di media sosial.

04
Wang Hantaran
This applies to e-Days.
Tolong, tolong rahsiakan mengenai wang hantaran majlis pertunangan korang. Kalau boleh jumlah cek itu pun jangan dibingkai dan diletakkan di atas dulang hantaran.
Kita tidak tahu hati orang. Ada yang gembira kita mendapat teman yang mampu menanggung kos, ada juga yang cemburu tak ingat dunia.
05
Siapakah Gerangannya
REMAJA faham, semua orang pun berkongsi momen bersama teman lelaki dan perempuan di media sosial sekarang. Pergi bercuti – post. Pergi makan – post. Dapat hadiah – post. Biasalah tu.
Tapi apabila kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis merisik, sebaiknya korang kurangkan ‘kemesraan’ di media sosial.

Lebih manis di mata ahli keluarga yang lebih ‘senior’ memandangkan mereka sudah mula bercakap mengenai bakal majlis tersebut kepada kawan, jiran dan ahli keluarga yang lain.
*****
Ya bukan mudah nak jadi teman seseorang terutamanya pada awal perhubungan. Jadi, cara terbaik adalah untuk keep it simple and private.
Masanya akan tiba selepas majlis merisik berakhir untuk korang kongsikan kegembiraan di media sosial.
10 Perkara Hanya Pasangan Bercinta Jarak Jauh Sahaja Yang Faham

Isi Kandungan
ToggleHubungan jarak jauh atau kadangkala digelar sebagai perhubungan jarak jauh (PJJ) merupakan satu lumrah bagi sesetengah pasangan remaja bercinta. Ini biasanya berlaku apabila masing-masing belajar di lokasi berbeza sama ada di dalam atauluar negara. Atau ia juga boleh berlaku jika salah seorang terpaksa mengikut tugasan kerja.
Dan pada zaman sekarang cinta yang berputik di laman media sosial dan Internet juga semakin popular lantas pasangan jarak jauh juga menjadi semakin ramai. Ada banyak perkara yang terpaksa mereka lalui untuk menjayakan hubungan jarak jauh. Bukan semua orang boleh memberikan sepenuh kepercayaan dan perhatian secukupnya bila bercinta begini. Orang yang bercinta dan berjumpa setiap hari pun ada banyak dugaan inikan pula yang tidak bersua mata untuk tempoh waktu yang lama.
Akan tetapi hubungan jarak jauh mempunyai ‘kemanisan’ yang tersendiri yang mungkin hanya boleh difahami oleh sesiapa yang pernah melaluinya. Nak tahu apa perkaa yang hanya difahami pasangan bercinta jarak jauh? Jom ikuti senarai di bawah!
1. Ucapkan goodbye tidak pernah senang
Mengungkapkan kata-kata selamat tinggal dan mengetahui kamu tidak akan dapat menemuinya dalam tempoh masa yang lama memang agak menyukarkan. Kamu tahu ia akan berlaku namun setiap kali itulah hati akan menjadi sangat berat dan sedih. Kadangkala boleh ‘tumpah’ air mata di pipi.
2. Tapi ucapan helo menjadi paling manis
Pernah lihat babak filem di mana hero menantikan kemunculan gadis dicantainya di stesen keretapi dengan penuh teruja. Itulah yang dirasai pasangan bercinta jarak jauh. Penantian itu menyeksakan tapi bila dapat bertemu ia merupakan satu hadiah cukup bermakna.
3. Selalu bercakap perihal masa depan
Mungkin setiap hari kamu berhubung antara satu sama lain. Dan kebiasaannya berlegar pada topik aktiviti harian. Namun, perasan atau tidak pasangan ini akan lebih banyak bercakap tentang perancangan mereka di masa akan datang. Nasihat kami, chill dan percaya satu sama lain. Everything will work out well.
4. Kawan-kawan rasa kagum tapi…
Setiap kali bila ditanya tentang hubungan cintamu, ramai kawan-kawan akan berasa kagum. Mereka pasti bertanya bagaimana kamu berdua boleh bertahan dan apa rahsia. Sebenarnya kamu sendiri tidak tahu untuk jawab macam mana sebab jauh di sudut hati kamu cukup risau.
5. Menjadi seorang yang lebih percayakan orang lain
Teras utama untuk menjayakan hubungan cinta jaraj jauh ialah percaya antara satu sama lain. Tanpa sikap ini percayalah hubungan kamu tidak akan bertahan lama. Dan bila kamu melatih diri mempercayai si dia, secara tidak langsung kamu menjadi seorang yang lebih optimis dan mempercayai orang lain.
6. Musim perayaan merupakan nightmare
Bila tiba musim perayaan atau menyambut ulang tahun hubungan kamu berdua, ia pasti agak menyukarkan. Melihatkan orang lain bahagia dan berkongsi gambar momen-momen indah di Instagram pasti buatkan kamu cukup cemburu. Namun, inilah ‘harga’ yang harus dibayar untuk menjayakan hubungan jarak jauh. Masing-masing perlu berkorban dan lebih memahami.
7. Telefon pintar, tablet dan laptop jadi kawan baik
Whatsapp atau iMessage pasti jadi aplikasi paling banyak kamu gunakan untuk berhubung dengannya. Dan bila ada masa sesuai yang lebih privasi, kamu akan Skype atau Facetime antara satu sama lain. Telefon pintar pasti tidak pernagh renggang kerana itu merupakan ‘jambatan’ antara hubungan komunikasi antara kamu berdua.
8. Jadi lebih expert dengan tempahan tiket online
Untuk bertemunya kamu mungkin perlu menaiki bas ataupun penerbangan. Sebagai seorang remaja kamu pastinya ingin berbelanja dengan lebih berhemah. Dan disebabkan itulah kamu menjadi seorang yang sentiasa alert dengan harga tiket murah dan promosi-promosi harga runtuh.
9. Menjadi seseorang yang lebih teratur
Selepas menjalani hubungan ini kamu dapati hidup kini lebih teratur. Kamu akan merancang sebaiknya apa yang kamu akan lakukan dan sentiasa menantikan hari bahagia untuk bertemu dengannya. Malah, kamu akan lebih alert dengan kalendar!
10. Kadangkala rakan-rakan lupa yang kamu sudah berpunya
Disebabkan hubungan jarak jauh, kawan-kawan kamu mungkin akan terlupa yang kamus ebenarnya sudah ada insan istimewa. Malah tidak keterlaluan diklatakan mereka cuba untuk perkenalkan kamu kepada rakan-rakan mereka untuk match making. Ia bukannya sebab mereka tidak tahu tapi mungkin tidak pasti apakah status terkini kamu. Maklumlah, mereka bertemu si dia pun berapa kali sahaja dalam setahun.
Perkahwinan Dua Bulan Berakhir, Nynaa Harizal Failkan Penceraian

Setelah lebih dua minggu membiarkan masyarakat berspekulasi pramatang mengenai status perkahwinan, pelakon cantik manis, Nynaa Harizal telah ditemui hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru untuk menfailkan permohonan penceraian daripada suaminya, Fahmi Ilyas, 29.
Sepanjang dua minggu, ura-ura pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu kononnya diculik oleh ibu bapanya sendiri telah hangat diperkatakan warganet. Namun Nynaa memilih untuk berdiam diri dan sekadar memuat naik beberapa foto serta video di akaun Instagram bagi mengesahkan dirinya kini selamat di sisi keluarga tercinta.
Tindakan berdiam diri itu juga baginya adalah terbaik demi menjaga hati ramai pihak yang terlibat dalam perkahwinan mereka yang berusia kira-kira dua bulan lebih saja.
Sewaktu ditemui sebentar tadi, Nynaa telah menafikan ura-ura diculik dan dipaksa untuk mengikut ibu bapanya sewaktu berada di set penggambaran sebuah drama.

“Untuk mengatakan bahawa ibu bapa menculik dan memaksa saya adalah satu telahan yang tidak tepat.
“Sejak 2 November lalu, saya pada setiap masa berada dalam jagaan kedua ibu bapa dan ahli keluarga saya di Johor Bahru.
“Saya melalui peguam syarie menfailkan Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah mengikut Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003 pada 10 November lalu.
“Salinan diserahkan kepada suami pada keesokan harinya (11 November 2021), jam 3.16 petang,” ulasnya menerusi kenyataan selepas hadir untuk sebutan permohonan penceraian di sana, hari ini. Bagaimanapun, punca sebenar di sebalik permohonan penceraian tidak dikongsikan oleh Nynaa demi menghormati prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.
“Sementara proses Mahkamah Syariah ini berjalan dan selagi mana ia tidak menjejaskan prosiding, syaa membuka ruang untuk perbincangan dengan suami. Ini dinyatakan kepada suami melalui perbualan telefon pada 12 November lalu,” katanya lagi.
Suaminya, Fahmi Ilyas tidak berada di sana dan hanya diwakili oleh peguam.
Terdahulu, Nynaa dan Fahmi melangsungkan acara pertunangan kecil-kecilan pada 21 Ogos 2021 dan mendirikan rumah tangga seminggu kemudian pada 28 Ogos 2021. Semasa ditemuramah oleh REMAJA, Nynaa pernah berkongsi tentang perancangannya untuk mengadakan majlis resepsi pada akhir tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya – REMAJA
BACA LAGI : Nynaa Harizal Bertunang, Langsung Akad Nikah Dalam Masa Terdekat – REMAJA
Kita doakan yang baik-baik sajalah untuk mereka berdua dan usah menokok tambah sebarang info yang tidak sahih.