Umum mengetahui, konsert kumpulan pop rock Britain, Coldplay telah diadakan pada 22 November tahun lalu di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapalah Kami Tidak Datang Lebih Awal..” – Setia Tunggu 27 Tahun, Coldplay Terharu Sokongan Padu Peminat Malaysia
Konsert antarabangsa itu juga dianggap sebagai penutup tirai bagi penganjuran konsert mega pada 2023 di Malaysia.
Menerusi konsert jelajah Coldplay Music of the Spheres itu, Malaysia turut tersenarai antara negara yang mencatatkan peratusan pemulangan gelang Xylobands tertinggi ketika ini.
Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Coldplay Malaysia, peratusan pemulangan gelang lampu yang juga dikenali sebagai ‘PixMob’ itu adalah sebanyak 90%.
“Malaysia kini berada antara negara tertinggi merekodkan pemulangan gelang tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan peminat di Malaysia menyokong usaha kitar semula daripada Coldplay.
“Bagi yang tidak tahu, gelang tersebut dipakai oleh peminat ketika acara konsert sedang berlangsung. la akan menyala mengikut rentak lagu yang dipersembahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurut akaun itu lagi, gelang tersebut perlu dipulangkan semula oleh para penonton kepada pihak penganjur untuk digunakan pada konsert jelajah seterusnya.
Sementara itu, senarai pemulangan gelang Xylobands oleh penonton di Tokyo, Jepun mencatat jumlah tertinggi iaitu 97% dan diikuti Copenhagen, Denmark sebanyak 96%.
Argentina pula berada di tangga ketiga dengan 94% seterusnya Kaohsiung, Taiwan meraih pemulangan gelang sebanyak 93%. Malaysia pula berada di tangga kelima.
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO/ ARTIKEL: Instagram Coldplay, TRPBM
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.