Rasanya, masih belum terlambat untuk kami ucapkan TAHNIAH kepada atlet bola jaring negara, An Najwa Azizan yang menjadi pemain Malaysia pertama berhijrah ke luar negara.
An bakal bermain untuk Kelab Bola Jaring GWS Fury di New South Wales, Sydney selepas Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) bersetuju melepaskan An daripada beraksi dalam Liga Perdana Samsung 2018 bermula Julai – September depan.
“Walaupun saya akan bermain untuk liga kedua iaitu liga amatur, bagi saya ia adalah pencapaian yang besar memandangkan Australia ialah pasukan ranking pertama dunia dan mempunyai standard tinggi,” katanya pada minggu lalu.
Pemilik followers sejumlah 123,000 di Instagram ini juga memohon maaf kerana lambat mengumumkan berita baik ini kepada semua pihak atas sebab-sebab tertentu. Kami doakan all the best kepada An di Australia dan jom lihat 4 orang lagi atlet negara yang mengharumkan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Nama Jeffrey belum lagi dikenali ramai sebagai atlet Malaysia. Namun, dia dan atlet luncur ais, Julian Yee mencipta sejarah apabila menjadi 2 atlet pertama dari Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang Korea Selatan, sekarang.
Atlet Alpine Skiing ini tidak asing dengan pertandingan peringkat antarabangsa selepas dia pernah menyertai Sapporo Asian Winter Games 2017 dan pertandingan lain di sekitar Kanada dan Amerika Syarikat.
“Saya mula bermain ski pada usia empat atau lima tahun. Saya bertuah kerana mendapat sokongan ayah Steve Webb, ibu Jasmin Webb (Naib Presiden Ski Malaysia) dan jurulatih di Seattle.
Selepas menunjukkan prestasi cemerlang ketika membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2011, pemain bola sepak, Nazmi Faiz diberikan peluang untuk menjalani percubaan dengan pasukan Divisyen 1 Liga Portugal, S.C.Beira-Mar.
Namun selang 6 bulang dengan kelab tersebut, Nazmi Faiz tiba-tiba pulang ke Malaysia. Besar kemungkinan atas alasan peribadi. Setelah pulang dari Portugal, Nazmi bermaik dengan pasukan PKNS FC, Selangor dan JDT.
Tahun 2018 terbukti menjadi tahun yang perlu dipandang serius oleh atlet ski air negara, Aaliyah Yoong Hanifah. Selepas disenaraikan sebagai pemain kedua terbaik dunia dalam acara tricks dan juga kelima terbaik keseluruhan dalam ranking dunia bawah 17 tahun, Aaliyah sedang bersiap sedia untuk Kejohanan Remaja Dunia Bawah 17 Tahun pada Ogos ini di Madrid, Sepanyol.
Ini adalah penyertaan Aaliyah kali keempat selepas pertama kali menyertai pertandingan tersebut pada tahun 2012 ketika berusia sembilan tahun.
Atlet hoki berusia 27 tahun dari Terengganu ini telah memulakan karier di luar negara bersama seorang lagi pemain, Sukri Mutalib pada tahun 2011. Mereka terpilih untuk menyertai pasukan Southern Hotshots untuk Liga Hoki Australia untuk 10 pertandingan dan berjaya menjaringkan 3 gol.
Selain itu, Faizal juga berjaya memasuki pasukan senior hoki negara untuk Champions Challenge 2 di Dublin walaupun baru berusia 18 tahun. Hebat!