“Rasanya semua sudah nampak kan (baby bump). Iya, doakan yang terbaik untuk saya.”

Begitulah permintaan selebriti dan usahawanita, Noor Neelofa setelah mengesahkan bahawa dia kini sedang berbadan dua.

Setelah pelbagai spekulasi bertebaran sejak awal tahun ini kononnya Neelofa sedang hamil dengan kandungan keduanya, juara Dewi Remaja 2009/10 itu dan suami, Hariz Ismail pada awalnya memilih untuk tidak mengiyakan atau menidakkan spekulasi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerap Pegang Perut, Netizen Sahkan Neelofa Hamil Cahaya Mata Kedua? – REMAJA

Namun kini apabila kandungan lebih stabil dan sudahpun memasuki trimester kedua, barulah mereka lebih terbuka untuk berkongsi serba sedikit mengenai bakal adik kepada Muhammad Bilal itu.

Tahniah! Neelofa Akhirnya Sahkan Hamil, Sudah Masuk Trimester Kedua
Dari kanan: Neelofa dan adiknya, Athisha Khan di majlis hari ini.

Kata Neelofa kepada Media Hiburan semasa ditemui di acara pelancaran Warisan Naelofar di Kuala Lumpur pada hari ini, “Usia kandungan kini sudah half way to go. Alhamdulillah setakat ini semuanya baik-baik sahaja.

Ads

“Bukan mudah sebenarnya sebab Bilal pun masih baru lagi. Tapi syukur, semua mendoakan saya,” ujarnya.

Tambah Neelofa lagi, dia dan suami kini sedang giat melakukan persiapan menyambut bayi kedua itu biarpun masih belum mengetahui jantinanya. Malah, mereka juga tidak kisah tentang soal jantina asalkan keadaan bayi sihat sejahtera.

“Syukur, setakat ini saya tidak ada alami alahan yang teruk. Memandangkan ini pun sudah anak kedua.

Ads

“Jadi saya sudah biasa dan lebih mudah untuk mengatur semua,” tambahnya yang manis dalam persalinan serba merah jambu.

Agaknya, bayi kedua ini adalah baby girl ke ataupun masih baby boy?

Ads

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI