Vokalis kumpulan terkenal Hujan, Noh Salleh, menamatkan zaman bujang selepas sah bergelar suami kepada Fatin Athira Mustapa, hari ini.
Berita gembira itu dikongsi penyanyi lagu popular Angin Kencang itu menerusi sekeping gambar yang dipaparkan di Instagramnya, sebentar tadi.
Pasangan tersebut dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuan lokasi di Tanjung Malim, Perak pagi tadi.
Dalam majlis tersebut, pasangan merpati dua sejoli itu tampil mengenakan busana serba putin sentuhan jenama fesyen tempatan, Fidde.
Sebelum ini, khabar angin mengenai perkahwinan Noh tersebar selepas kad undangan ke majlis tersebut tular sejak awal Ogos lepas.
Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Noh dan Mizz Nina bagaimanapun mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
https://www.youtube.com/watch?v=_4v29rQW5_Q
5 Tanda Crush Sebenarnya Tak Suka Pun Dekat Korang
Isi Kandungan
ToggleBila berbicara tentang perasaan dan cinta ramai yang akan berdolak-dalih bila ditanya apa sebabnya mereka suka akan seseorang. Mungkin jawapan yang klise selalu kita dengar dalam filem, novel dan kisah romantis legenda akan kita perlolehi.
Namun bila bercakap pasal perasaan ni memang ia tidak dapat dipaksa-paksa. REMAJA yakin korang pun mesti pernah jatuh hati pada seseorang dalam diam atau pun secara terang-terangan.
Akan tetapi adakah kamu tahu bahawa dia juga akan korang atau tidak? Jangan nanti duk syok bertepuk sebelah tangan sahaja. Bila suka seseorang pastinya kita akan mencari jalan bagaimana untuk selalu dekat dengannya. Malah korang juga melakukan inisiatif untuk menghubungi mereka.
Tapi tahukah kamu sama ada si dia okay atau sebenarnya dia tak suka pada kamu. Nak tahu apa tanda-tandanya? Cuba perhatikan tanda-tanda yang REMAJA kongsikan pada kali ini.
Ambil Masa Lama Reply Whatsapp
Antara perkara paling happy bagi korang ialah bila melihat nama si dia pop up di atas skrin telefon pintar. Kalau dapat mesej daripada dia laju saja korang reply. Tapi berbeza bila kamu yang hantar mesej. Kadangkala ia terbiar seharian suntuk malah, dua hari kemudian pun belum terjawab lagi. Ini sebenarnya petanda besar bahawa kamu tidak berapa penting dalam hidupnya.
Kalau Reply Pun Pendek
Kadangkala kamu excited bila berbual menerusi chat dengannya. Bila berbual panjang lebar teks kamu untuknya. Tapi bila dia reply… alamak pendek sahaja. Jawapannya pun sepatah-sepatah. Tanya dua jawabnya satu. Haaa, itu memang petanda jelas dia kurang minat untuk berbual mungkin tak suka pun pada korang.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Perkara Yang Perempuan Cakap Tapi Bawa Maksud Berbeza
Tak Nak Jumpa
Setiap kali berbual di telefon atau chat korang selalu mengajaknya untuk bertemu. Dan setiap kali itu jugalah ada sahaja alasan yang diberikan olehnya. Sibuk dengan kelas, famili atau aktiviti sukan. Ada sahaja alasan yang diberikan padahal korang ajak berjumpa untuk seketika sahaja. Kalau beginilah cara, lebih baik korang angkat kaki lebih awal. Jangan nanti hati semakin terluka disebabkan orang yang tak hargai korang.
Tak Ada Usaha Langsung
Masalahnya bagi sesetengah lelaki ini mereka memberikan mix signal yang sukar untuk dibaca oleh orang perempuan. Kadnag-kadang apa yang terucap di bibirnya tidak diterjemahkan selari dengan perbuatan. Jika si dia tidak ada inisiatif atau usaha untuk menghubungi korang, lebih baik segera pergi. Buat apa korang curahkan kasih pada orang yang tidak acuh?
Sikap Dingin
Awal perkenalan dia okay sahaja dengan kamu. Kalau berbual pun pasti ada banyak subjek yang korang sama-sama enjoy untuk dijadikan topik. Tapi jika dia bersikap dingin inilah masanya untuk kamu lupakan si dia. Itu petanda jelas dia sudah tidak menaruh minat pada kamu.
So girls, janganlah terlalu ‘mendewakan’ seorang lelaki semata-mata kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Ketahuilah bahawa teman istimewa mempunyai maksud lebih daripada sifat fizikal sahaja.
Janganlah kerana crush korang boleh memperbodohkan diri sendiri melakukan perkara yang bukan-bukan.
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]
“Doakan saya…” Syafiq Kyle, Mimi Lana Bakal Disatukan Selepas Raya Aidilfitri
Pelakon berkaliber, Syafiq Kyle mendedahkan dia dan cinta hatinya yang juga aktres jelita, Mimi Lana dijangka bakal mendirikan rumah tangga selepas perayaan Aidilfitri tahun ini.
Memohon doa yang baik-baik, naib juara Hero Remaja 2011/2012 memaklumkan dirinya kini hanya menantikan hari bahagia mereka tiba memandangkan segala persiapan sudah hampir siap dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Syafiq Kyle & Mimi Lana Berlayar Ke Fasa Pertunangan
“Doakan saya. Insya-Allah selepas Aidilfitri. Kita lepaskan bulan puasa dan hari raya terlebih dahulu.
“Alhamdulillah saya kini cuma menanti hari bahagia saja. Bukan nak cakap persiapan sudah 100 peratus siap tapi semuanya dalam keadaan terkawal,” kata Syafiq.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon filem Pusaka itu turut menyatakan dirinya sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan percaya mereka mampu menjalani kehidupan rumah tangga dengan harmoni.
“Saya dengan pasangan dah lama kenal. Jadi nak ke fasa seterusnya, saya rasa lebih tersusun dan mampu menguruskan masa dengan baik.”
“Pengalaman juga banyak membantu kami. Jadi tiada masalah untuk memikul tanggungjawab ini.
“Tambahan selepas berkahwin aktiviti seni akan berjalan seperti biasa. Pihak produksi pun faham dengan jadual kerja kami berdua,” ujar Syafiq lagi.
Terdahulu pada 21 Januari 2023, Syafiq bersama keluarganya telah merisik Mimi dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman dramatis itu.
Pasangan itu mula berkongsi tentang hubungan istimewa mereka sekitar tahun 2019. Bagaimanapun, sekitar Mei 2020, hubungan mereka dikatakan putus sebelum kembali terjalin beberapa bulan kemudian.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana & Syafiq kyle
Tengku Hassanal Minta Hormati Privasi & Keputusan Kahwin, “Saya Hargai Minat Yang Ditunjukkan…”
Sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia dan pemerhati dari negara lain berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keperibadian putera-putera dan puteri-puter diraja Malaysia.
Salah seorang yang paling layak membawa gelaran ‘the most eligible bachelor’ tidak lain tidak bukan ialah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tengku Hassanal, 28 semalam mencuri tumpuan apabila baginda meminta orang ramai agar menghormati privasi mengenai kehidupan peribadinya terutama dalam soal jodoh dan melangkah ke alam perkahwinan.
Menurut Tengku Hassanal, di sebalik pesanan itu baginda tetap menghargai keprihatinan rakyat yang berminat untuk mengetahui serba-sedikit mengenai siapakah calon isteri pilihan baginda serta usia sasaran untuknya menamatkan zaman bujang.
“Sebagai seorang putera raja dan waris ganti Negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.
“Namun, saya memohon agar keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.”
“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya. Buat masa ini, saya komited untuk berkhidmat kepada Raja dan Negeri, dan akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi,” catat baginda menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya pada hari Khamis.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Bukan Masa Berebut Kuasa, Saya Tidak Mahu Rakyat Kelaparan..” – Tengku Hassanal – REMAJA
Tengku Hassanal turut menjelaskan bahawa baginda kini mahu meletakkan fokus terhadap tugas-tugas serta tanggungjawabnya ke atas rakyat jelata.
“No wedding, takde kahwin. Jangan kacau saya.
“Sila berbual mengenai politik Malaysia, perniagaan dan bola sepak. Teruskan kehidupan, bergelak tawa dan berkasih sayanglah,” catat baginda dalam nada seloroh.
Selain itu, baginda turut beterima kasih dan menghargai sokongan yang sentiasa diberikan oleh rakyat.
ARTIKEL BERKAITAN: Rambut Mullet Tengku Hassanal Jadi Bualan Netizen – ‘Mullet Era Is Backkk..’ – REMAJA
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai adat-istiadat perkahwinan gah lagi meriah melibatkan Pangiran Muda Brunei, Pangiran Muda Mateen Bolkiah bersama wanita pilihannya, Yang Amat Mulia Dayang Anisha Rosnah.
ARTIKEL BERKAITAN: Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah Sah Milik Dayang Anisha – REMAJA
BACA LAGI: Kenali Dayang Anisha, Suri Hati Putera Mateen Yang Jelita & Bijak – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.