Vokalis kumpulan terkenal Hujan, Noh Salleh, menamatkan zaman bujang selepas sah bergelar suami kepada Fatin Athira Mustapa, hari ini.
Berita gembira itu dikongsi penyanyi lagu popular Angin Kencang itu menerusi sekeping gambar yang dipaparkan di Instagramnya, sebentar tadi.
Pasangan tersebut dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di sebuan lokasi di Tanjung Malim, Perak pagi tadi.
Dalam majlis tersebut, pasangan merpati dua sejoli itu tampil mengenakan busana serba putin sentuhan jenama fesyen tempatan, Fidde.
Sebelum ini, khabar angin mengenai perkahwinan Noh tersebar selepas kad undangan ke majlis tersebut tular sejak awal Ogos lepas.
Terdahulu, Noh pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi, Mizz Nina pada 2 Julai 2011. Noh dan Mizz Nina bagaimanapun mengumumkan perceraian pada Ogos tahun lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.