Hiburan

Tahniah! Puteri Aishah Selamat Lahir Putera Sulung

Share

Tahniah Remaja ucapkan buat pelakon Puteri Aishah yang selamat melahirkan anakanda sulung pada tanggal 4 April, malam semalam.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pengurusnya, iaitu Iman Tang menerusi entri Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby Bump’ Semakin Jelas, Puteri Aishah Tetap Aktif Bersenam Sambil Nantikan Kelahiran Putera Sulung

“Syukur Alhamdulillah. Selamat atas kehadiran anak lelaki pertama pada Khamis 4 April 2024 pada jam 8.17 malam.

Baby dan mommy sihat walafiat. Semoga si kecil kelak menjadi anak yang berbakti dan membanggakan orang tuanya.

“Tahniah Puteri Aishah dan Firdaus Sulaiman,” coretnya di Instastory.

Terdahulu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu berkongsi berita kehamilannya pada Januari lalu, selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.

Sekadar info, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021, selepas tiga tahun mengenali hati budi masing-masing.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath