Tahniah Rakyat Malaysia, Kes COVID-19 Tidak Naik Mendadak Selepas Aidilfitri

Share

Berita baik buat rakyat Malaysia, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menjelaskan bahawa kita semua ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik kerana sudah terbukti tiada peningkatan mendadak kes positif COVID-19 direkodkan selepas sambutan Aidilfitri tempoh hari.

Khairy mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia daripada segi tingkah laku yang baik pada Fasa Peralihan ke Endemik ini.

Foto: Sinar Harian

“Tahniah rakyat Malaysia. Kita melihat dari segi tingkah laku rakyat Malaysia sangat baik dalam fasa peralihan endemik. Di kawasan terbuka luar pun masih lagi pakai pelitup muka,”

Foto: The Star (Gambar hiasan)

“Jadi maknanya rakyat Malaysia sudah tahu macam hendak hidup dengan COVID-19 dan mereka juga tahu sekiranya ada gejala, jangan keluar, jangan campur dengan masyarakat untuk asingkan diri,”

“Jadi nampak rakyat Malaysia memang ada kemampuan untuk menjayakan peralihan ke endemik ini,” jelas Khairy

Kenyataan itu dibuat bagi mengulas jangkaan sesetengah pihak yang meramalkan kes COVID-19 akan naik mendadak selepas Aidilfitri ini. Namun, selepas dua minggu dilaporkan keadaan masih terkawal dan tiada peningkatan mendadak berlaku.

Tambahnya lagi, faktor vaksinasi juga turut mendorong kejayaan Malaysia membendung wabak berkenaan dan membantu mengurangkan kesan yang buruk kepada pesakit COVID-19.

Foto: Steven Cornfield

Syukur kes COVID-19 nampaknya semakin berkurangan. Semoga ia terus kekal tidak mencatatkan peningkatan, namun kita masih lagi perlulah sentiasa berjaga-jaga.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Noor Ain Norman