Personaliti media sosial, Ryan Bakery bergelar bapa selepas isteri, Elyia Ibrahim selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.
Bagaimanapun, Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, memilih membuat perkongsian mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang diberi nama Ryan Ezra itu, hari ini, melalui hantaran di Instagram (IG).
“Alhamdulillah, isteri saya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah,” tulis Ryan yang turut memuat naik gambar sedang mendukung anaknya.
Ryan dan isterinya, Elyia.
Ads
Menerusi hantaran sama, Ryan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan isteri.
“Syukur kehadrat Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.
“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat,” luahnya.
Ads
Ryan merupakan pempengaruh terkenal yang turut dikenali sebagai ‘budak bedak’.
Pada Ogos tahun lalu, Ryan dan isteri berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung.
Ryan dilaporkan berkata, sebagai persediaan menjadi bapa, dia perlu bekerja lebih keras, selain tidak menolak kemungkinan menampilkan anaknya itu dalam ‘content’ yang akan dihasilkan kelak.
Ads
Buat makluman, Ryan dan Elyia telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BH, Instagram Ryan Bakery
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yasss! Pada bulan depan iaitu Oktober, kita bakal menerima kunjungan daripada dua buah grup YG Entertainment yang mempunyai kehebatan mereka tersendiri. Dengan konsert anjuran MacpiePro yang bakal dilangsungkan selama dua hari berturut-turut di Stadium Malawati, Shah Alam, ia bakal menjadi salah satu acara K-pop terpenting tahun ini.
Dan salah sebuah grup yang bakal menghiburkan K-poppers semua ialah iKON! REMAJA yakin peminat iKON pasti sudah tidak sabar untuk melihat persembahan mereka di atas pentas, bukan?
Sementara menunggu kunjungan mereka, REMAJA nak ajak kamu semua untuk try kuiz di bawah. Siapa bias kamu dalam grup iKON? Entah-entah personaliti kamu sama dengan mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak lama dulu ramai orang beranggapan bermain permainan video hanyalah sebagai hobi untuk habiskan masa. Dan ramai juga ibu bapa yang sangat concern dengan aktiviti ini yang dikatakan boleh mengganggu pelajaran anak-anak mereka.
Mungkin masa sekarang sudah tiba masanya stigma tersebut dihakis dari minda. Ini kerana permainan video secara kompetitif bukan lagi dianggap hanya bidang picisan tetapi ia mampu memberi pulangan yang cukup lumayan. Jika baru-baru ini kita mendapat perkhabaran bahawa salah seorang pemain e-sport permainan bolo sepak Fifa Ultimate Teamtelah layak ke pusingan peringkat dunia dan bakal berentap dengan pemain-pemain handalan seluruh dunia di Barcelona, Sepanyol.
Dengan sokongan padu daripada kerajaan menerusi Kementerian Belia & Sukan (KBS) serta pelbagai penaja korporat dari dunia IT telah membuatkan e-sport sebagai antara bidang yang paling pantas berkembang. Di peringkat tempatan kita telah menyaksikan pertandingan seperti The Legends Cicuit, Malaysia Cyber Games, Selangor Cyber Games dan ESL Genting dianjurkan dengan penuh jaya.
Malah dengan liputan yang samkin baik dan menyeluruh daripada media bercetak dan elektronik telah membuatkan perkembangan pesat ini menjadi lebih hebat. Selain pertandingan tempatan, pemain-pemain e-sport kita juga telah berkelana ke luar negara bagi menyertai pelbagai pertandingan.
Terbaru, pasukan dari Malaysia iaitu Geek Fam telah menjuarai Asia Pacific Preadator League 2018 yang telah diadakan di Jakarta, Indonesia. Selepas tiga bulan bertarung, Geek Fam telah mengharungi pelbagai cabaran dan pihak lawan. Grup mereka yang dianggotai oleh Skemberlu, March, Chyuan, Oli dan Playhard telah menewaskan pasukan BOOB.ID dari Indonesia dengan kemenangan 2-1. Manakala tempat ketiga pula diraih oleh pasukan dari Filipina Quid Pro Quo.
Hasil kemenangan ini, Geek Fam membawa hadiah wang tunai bernilai USD50,000 (kira-kira RM197,000)! Asia Pacific Predator League 2018 menyaksikan pertandingan DOTA 2 yang menyaksikan penyertaan daripada 8 pasukan finalis daripada 8 buah negara bertanding. Dan Geek Fam merupakan juara pertama pertandingan ini.
Untuk kejohanan pada tahun hadapan, kotaraya Bangkok telah dipilih sebagai tuan rumah dan ia bakal menyaksikan lebih banyak pasukan yang akan bertanding.
Menurut Pengarah Pengurusan Acer Malaysia, Ricky Tan, pihaknya sangat berbangga dan bebesar hati dengan kejayaan pasukan Malaysia yang dinobatkan sebagai juara. Sebagai antara jenama yang sentiasa melihat e-sport sebagai sukan kompetitif masa hadapan, pihaknya berharap lebih banyak pasukan daripada Malaysia mengecap kejayaan sama.
Tahniah Remaja ucapkan buat pasukan Fam Geek yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Teruskan berusaha di masa akan datang agar Jalur Gemilang akan terus mengah berkibar walau di mana juga kita berada.
Malaysia Boleh!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Drama Korea terbaru, Tale of the Nine-Tailed kini berjaya menarik hati penonton apabila terus mencatatkan rating tertinggi.
Menurut Nielsen Korea, episod drama Tale of the Nine-Tailed pada 14 Oktober lalu mencatatkan peringkat purata di seluruh dunia sebanyak 5.588 peratus, naik sedikit berbanding minggu lalu, sebanyak 5.557 peratus.
Manakala, drama Do Do Sol Sol La La Sol” KBS mencatatkan purata penilaian di seluruh negara sebanyak 2.1 dan 2.9 peratus dan When I Was the Beautiful mencatat tontonan sebanyak 3.1 dan 4.1 peratus, sedikit meningkat daripada rating minggu lalu.
Kredit foto: image.kpopmap.com
Tale of the Nine-Tailed ini mengisahkan tentang Yi Yeon (Lee Dong Wook) yang merupakan gumiho (rubah jantan berekor sembilan) yang menetap di sebuah bandar. Karakternya digambarkan pernah menjadi dewa gunung, tepi kini dia hanya seekor gumiho yang menyamar sebagai manusia dan seorang atlet hebat yang sentiasa kehilangan tenaga kerana menggunakan kuasanya ketika melakukan tugasan.
Kredit foto: starbiz.net
Tale of the Nine-Tailed ditayangkan setiap Khamis dan Jumaat pada jam 9.45 malam di saluran tvN (saluran 395).
Terbaru, pelumba basikal trek yang semakin meningkat naik Sawda Hasbullah terus melakar sejarah tersendiri apabila meraih emas peribadi keduanya dengan mengungguli acara pecut remaja...