Keibubapaan

Tahniah! Ryan Bakery Kini Bergelar Ayah, Isteri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Share

Personaliti media sosial, Ryan Bakery bergelar bapa selepas isteri, Elyia Ibrahim selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ini Isteri Saya, Kenalkan.. Elyia” Tulang Belakang Ryan Bakery Dari Susah Hingga Bergelar Pemenang

Bagaimanapun, Ryan atau nama sebenar, Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, memilih membuat perkongsian mengenai kelahiran cahaya mata sulung yang diberi nama Ryan Ezra itu, hari ini, melalui hantaran di Instagram (IG).

“Alhamdulillah, isteri saya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah,” tulis Ryan yang turut memuat naik gambar sedang mendukung anaknya.

Ryan dan isterinya, Elyia.

Menerusi hantaran sama, Ryan turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya dan isteri.

“Syukur kehadrat Allah SWT. Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya.

“Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat,” luahnya.

Ryan merupakan pempengaruh terkenal yang turut dikenali sebagai ‘budak bedak’.

Pada Ogos tahun lalu, Ryan dan isteri berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata sulung.

Ryan dilaporkan berkata, sebagai persediaan menjadi bapa, dia perlu bekerja lebih keras, selain tidak menolak kemungkinan menampilkan anaknya itu dalam ‘content’ yang akan dihasilkan kelak.

Buat makluman, Ryan dan Elyia telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BH, Instagram Ryan Bakery

 

Published by
Adriana Syaurah