Tahniah! Shah Firdaus Bawa Pulang ‘Perak’ Buat Malaysia Di Kejohanan UCI Kaherah

Share

Isi Kandungan

Toggle

Satu kebanggaan buat rakyat Malaysia dan kenangan manis buat skuad pelumba trek Malaysia apabila jaguh berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom merangkul pingat perak acara keirin lelaki di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Kenali Shah Firdaus, Atlet Berbasikal Yang ‘Merampas’ Emas Azizulhasni Awang

Foto Via Bernama

Menerusi laman sesawang kejohanan

, pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu menamatkan saingan di tempat kedua dengan perbezaan masa +0.057 saat (s) di belakang wakil Jepun Shinji Nakano dalam aksi final berlangsung di Velodrom Antarabangsa Kaherah.

Nakano yang mencatat masa 10.613s meraih emas manakala pingat gangsa dibawa pulang rakan senegaranya Kaiya Ota yang mencatat masa 10.686 saat. Kejohanan yang bermula pada Rabu itu berakhir hari ini dan akan beralih ke Milton, Kanada pada 20 hingga 23 April ini.

Ini merupakan lima fakta menarik mengenai Shah Firdaus Sahrom

.

01

Pemililik nama penuh Muhammad Shah Firdaus Sharom ini merupakan seorang atlet kelahiran Muar, Johor.

.

02

Shah telah diintai sebagai atlet trek pelapis negara sejak beberapa tahun yang lalu apabila dia semakin ‘garang’ melaungkan keringat di velodrom dan dilihat berpotensi untuk meneruskan kejayaan Malaysia dalam sukan tersebut.

Antara pencapaian yang masih diingati adalah semasa Shah meraih pingat perak dalam acara Keirin di Kejohanan Asia di Jakarta pada tahun 2019.

.

03

Ini sebenarnya bukanlah kejohanan pertama yang menyaksikan Shah mengenepikan Azizulhasni. Pada Februari 2020, pencapaian satu-dua yang sama telah diraih olehnya di Kejohanan Keirin Victoria.

Sumber Foto : Utusan

.

04

Shah dan Azizulhasni masing-masing telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan berlangsung sekitar bulan Julai 2020.

.

05

Ini juga bakal menjadi penampilan pertama atlet berketinggian 181cm ini di Sukan Olimpik. Sebelum ini, dia melangkah ke Sukan Komanwel pertamanya pada tahun 2018 di Gold Coast, Australia.

Sumber Foto : Bernama

Syabas Shah Firdaus!


Published by
Nana