Pasangan pelakon sama cantik sama padan, Syafiq Kyle & Mimi Lana telah menjalin tali pertunangan.
Ini susulan foto cincin disarungkan yang dimuat naik oleh Mimi Lana pada Sabtu, 21 Januari sebagai simbolik kepada fasa bahagia seterusnya buat mereka berdua.
Tanpa mendedahkan sama ada sebuah majlis khas telah dilangsungkan pada hari ini, siapakah tetamu yang hadir ataupun ia sekadar disaksikan oleh mereka berdua dengan kenalan rapat sahaja, Mimi selesa untuk mengungkapkan momen indah itu dengan lima patah kata sahaja pada ruangan kapsyen.
Terdahulu sewaktu ditemui, Syafiq yang juga merupakan naib juara pencarian Hero Remaja 2011/12 tidak lagi berahsia sewaktu bertemu dengan rakan pemberita.
Bintang drama bersiri One Cent Thief itu meluahkan persediaannya untuk membawa hubungan dengan Mimi Lana ke fasa yang lebih serius pada tahun 2023.
“Ya, saya sudah menghadiri kursus kahwin bersama Mimi. Buat masa ini saya tidak dapat memperincikan tarikh perkahwinan, namun apa yang boleh saya kongsikan dalam tahun ini juga.
Ads
“Mohon doa semua dipermudahkan urusan kami,” katanya sewaktu ditemui.
Congratulations lovebirds!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang memang mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat. Nak suami soleh, zuriat yang ramai dan bijak-bijak, pendek kata semuanya yang indah-indah kita dah berangan.
Persoalannya, macam mana nak bina perkahwinan penuh berkah dan ada beberapa perkara tentang perkahwinan yang perlu korang tahu dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.
Manalah tahu terlepas pandang kan, berikut kami senaraikan tentang 6 pernikahan yang dilarang dalam Islam.
1. Nikah Mut’ah
Nikah Mut’ah atau lebih dikenali sebagai kahwin kontrak, iaitu pernikahan dalam tempoh masa tertentu., dimana suami tidak wajib untuk memberikan nafkah dan tempat tinggal kepada isteri, serta tidak mempunyai warisan (anak).
Contohnya, seorang lelaki melakukan perkahwinan dengan akad nikah seperti, “Aku menikahimu selama satu atau satu tahun,” kemudian wanita itu menjawab, “Aku terima”
Nikah Mut’ah ini pada mulanya dibolehkan oleh Rasullah SAW, iaitu apabila terjadinya peperangan yang panjang kerana suami perlu meninggalkan para isteri ke medan perang dan khuatir berlakunya perbuatan zina, maka dengan itu Rasullah membenarkan nikah ini kerana dianggap darurat dan sifatnya hanya sementara saja.
Dari Rabi’ bin Sabrah dari ayahnya ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda:” Sesungguhnya aku pernah mengizinkan kalian untuk menikahi perempuan secara mut’ah. Sekarang Allah Swt mengharamkan hal itu sampai hari kiamat. Kemudian siapa yang mempunyai isteri hasil nikah mut’ah hendaklah ia melepaskannya dan jangan kalian mengambil sesuatu yang telah kalian berikan kepada mereka.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
2. Nikah Syighar
Pernikahan dengan cara tukar menukar calon isteri diantara para wali untuk dinikahkan dengan calon suami yang telah disepakati atau untuk dirinya masing-masing dengan suatu penjanjian tanpa mahar.
Rasulullah SAW bersabda, ” Dari Ibnu Umar RA, ia berkata Rasullah SAW telah melarang nikah syighar, iaitu seorang mengahwinkan anak perempuannya kepada seorang laki-laki dengan syarat laki-laki itu harus mengahwinkan anak perempuannya kepada laki-laki pertama dan masing-masing tidak membayar mahar.” (HR Bukhari dan Muslim)
3. Nikah Muhallil
Nikah muhallil merupakan pernikahan untuk menghalalkan kembali isteri yang telah ditalak tiga agar boleh lagi dinikahi suami pertamanya. Dalam bahasa lain, lebih kurang cina buta la.
Suami yang baru disebut muhallil atau orang yang menghalalkan dan suami yang telah menalak tiga disebuat muhallal lahu atau orang yang dihalalkan untuknya. Nikah seperti ini dilarang oleh agama, malah Rasulullah SAW melaknatnya.
4. Nikah Silang
Pernikahan antara lelaki dan perempuan yang berbeza agama atau kepercayaan, iaitu lelaki mukmin bernikah dengan perempuan non-muslim dan perempuan mukmin bernikah dengan lelaki non-muslim.
5. Nikah Khadan
Pernikahan secara rahsia dan ia sangat terkenal di zaman jahiliyiah dulu, dan mereka berkata: Sesuatu yang tertutup, tidak apa-apa dan sesuatu yang nampak, maka ia merupakan cacian.
Allah SWT berfirman, “Dan bukan (pula) perempuan yang mengambil laki-laki lain sebagai peliharaannya,” (QS An-Nisa: 25)
“Dan bukan untuk menjadikan perempuan peliharaan” (QS Al-Maidah:5)
6. Menikahi perempuan yang berzina
“Penzina laki-laki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan penzina perempuan tidak boleh menikah kecuali dengan penzina laki-laki atau dengan laki-laki yang musyrik dan yang seperti itu diharamkan bagi orang-orang mukminin” (QS An-Nur: 3)
Nah, sebenarnya banyak benda lagi yang perlu kita belajar. Kadang, kita rasa kita dah cukup faham tentang isu nikah kahwin ni, tapi rupanya ilmu masih cetek.
Tak salah kalau luangkan masa sikit untuk belajar perkara-perkara penting macam ni kan. Barulah rumah tangga lebih berkat. InsyaAllah..
Menerusi perkongsian sama, pasangan merpati dua sejoli itu tampil sama cantik dan sama padan mengenakan baju melayu dan kurung berona putih suci.
Selain itu, dia menzahirkan kesyukuran dan gembira untuk memulakan perjalanan sebagai seorang suami, selain berharap semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.
“Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami.
“Semoga doa yang baik kembali semula dekat kalian,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setiap lelaki mempunyai personaliti tersendiri. Dalam hubungan cinta pula ada lelaki yang lebih bersikap terbuka dan ada juga yang seakan sukar untuk mengungkapkan kata-kata sayang atau cinta.
Mengapa sesetengah lelaki memilih untuk bersikap demikian? Well, itu merupakan satu misteri yang ramai para gadis cuba mencari jawapannya.
Di zaman sekarang. ramai wanita berpendapat bahawa mereka sudah cukup mahir untuk membaca fikiran seorang lelaki dan ada juga yang merasakan menunddukan ego lelaki itu satu perkara mudah.
Tapi percayalah ia tidak semudah itu. Lelaki boleh melakukan apa sahaja untuk memenangi hati kamu tetapi mereka juga boleh melakukan apa sahaja untuk menyembunyikan atau lari daripada berterus-terang.
‘Mengapa’… mungkin itu persoalan kamu. Mungkin 5 sebab di bawah ini adalah jawapannya!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu peminat fanatik yang tidak 'merestui' hubungan percintaan yang terjalin antara bintang K-pop dari Korea Selatan bukan satu isu yang baharu timbul.Sejak era generasi...