Satu lagi berita gembira buat penyanyi kesayangan ramai dan juga rakyat Malaysia.
Buat kali pertama dalam sejarah industri muzik tanah air, nama penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal terpahat di Walk Of Fame berkenaan sebaris dengan selebriti dan pengkarya tersohor dunia lain.
Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan nama Tokti sempat berkongsi berita kegembiraan ini di laman Instagram miliknya, beliau memuat naik sebuah posting mengucapkan terima kasih atas sokongan peminat-peminat yang sentiasa ada ketika waktu susah dan senang.
“Alhamdulillah, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini,” tulis Siti di ruangan kapsyen.
Untuk info, tahun ini Adelaide Festival Centre Walk of Fame di Australia bakal memahat tiga nama seniman tersohor sebagai tanda penghargaan atas persembahan terbaik pada tahun 2019.
Ads
Pengiktirafan tersebut diberikan buat mereka yang pernah melakar sejarah di pentas Adelaide Festival Centre sejak ia mula dibuka pada tahun 1973.
Ads
Rata-rata warga meluahkan rasa gembira dan bangga dengan penyanyi nombor satu Malaysia ini.
Alhamdulillah, congrats Tokti dari majalah Remaja. Rezeki adik Aafiyah ni…hehe
Selaras dengan usaha seluruh dunia untuk melaksanakan sasaran pembangunan lestari (SDG) demi kemajuan dan keharmonian manusia sejagat, Universiti UCSI telah menganjurkan SDG WEEK 2018 pada 23-27 Julai ini bertempat di Universiti UCSI Kampus Kuala Lumpur.
Acara SDG WEEK 2018 ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberi pengetahuan secara pantas tentang kepentingan SDGs kepada generasi muda dan juga kepada orang awam. Pelajar-pelajar dan pekerja UCSI sendiri serta orang awam yang ingin turut serta akan didedahkan kepada sejarah SDG dan juga cara-cara untuk mempraktikkan nilai-nilai SDG dalam kehidupan seharian mereka demi mencapai matlamat agenda 2030 yang ditetapkan oleh United Nations sejak tahun 2015.
Sebagai universiti swasta terbaik di Malaysia yang diiktiraf oleh QS World University Rankings 2019 baru-baru ini, UCSI meneruskan kegemilangannya dengan bercita-cita untuk menjadi pusat rujukan utama SDGs untuk peringkat universiti dan menyasarkan untuk menjadi pusat sumber untuk semua institusi pendidikan tinggi dan komuniti belajar dan berkongsi ilmu tentang sasaran pembangunan lestari.
Untuk seminar atau forum pada 23 Julai yang bertajuk ‘Sustainable Consumption, Our Responsibility’ yang memfokuskan kepada peranan sebagai pengguna yang bertanggungjawab, penceramah dan VIP termasuklah wakil dari UNESCO, Tesco Malaysia, Consumer Claims Tribunal Malaysia, Waste Management Systems Sdn Bhd, Malaysia Consumers Movement (MCM), UM dan USIM. Acara ini akan dimulakan dengan perasmian SDG Week 2018 oleh Naib Canselor dan Presiden Universiti UCSI, Senior Professor Dato Dr Khalid Yusoff ketika ucapan pembukaannya. Untuk menyertai forum ini, boleh klik di sini untuk mendaftar – https://bit.ly/2ztHQll
Dan untuk forum pada 27 Julai bertajuk ‘National Education for Peace and Harmony’ pula, UCSI menjemput wakil dari UKM, IIUM, PAGE, Seminari Theoloji Malaysia dan Zubedy (M) Sdn Bhd untuk menbincangkan tentang peranan pendidikan dalam mencapai keamanan dan keharmonian negara. Untuk hadiri forum ini, boleh klik di sini untuk mendaftar – https://bit.ly/2KZ9pHI
Menariknya, pada 26 dan 27 Julai, anda akan menyaksikan kira-kira 400 orang pelajar UCSI menyiap-sediakan pameran dan permainan interaktif untuk mewar-warkan kesedaran dengan lebih efektif tentang 17 sasaran SDGs, sebagai sebahagian daripada kerja kursus kuliah mereka. Anda akan mengenali kesemua 17 sasaran SDG dalam masa 1 jam di pameran ’17 SDG Stations (Experience The SDG Journey’.
Sebelum ini, UCSI sememangnya aktif dalam penganjuran acara-acara dan aktiviti yang berkaitan dengan SDG termasuklah ‘SDG Conference 2018’ pada bulan Mac yang lalu. Dan SDG Week 2018 adalah kesinambungan terkini yang menunjukkan komitmen dan dedikasi UCSI dalam menyahut seruan kerajaan untuk menyokong sasaran pembangunan lestari di Malaysia.
Jadi, datanglah beramai-ramai ke SDG WEEK 2018 anjuran Universiti UCSI pada 23,26 dan 27 Julai ini dan sama-sama kita selami peranan SDG dan cara-cara untuk kita terapkan nilai SDG dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja untuk kebaikan kita, ini juga adalah untuk kebaikan keluarga, komuniti dan negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari website rasmi SDG Universiti UCSI di sini – http://sdg.ucsiuniversity.edu.my
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seperti yang diharapkan sejak Isnin lalu, penganjur Good Vibes Festival 2019 telah mengumumkan senarai penyanyi dan band yang bakal turun ke Kuala Lumpur untuk edisi tahun ini.
Bakal menemui korang semua pada 20 dan 21 Julai kelak di The Ranch@Gohtong Jaya, senarai awal ini nampaknya menepati expectation peminat muzik Malaysia apabila rata-rata respon yang diberikan mereka dalam ruangan comment adalah positif.
Ada juga yang berseloroh mengatakan pengunjung perlu membawa kotak tisu memandangkan ramai penyanyi bergenre ‘slow’ dan ‘sedih’ tersenarai.
Berikut adalah antara 10 persembahan yang membuatkan REMAJA excited untuk menonton secara langsung.
Cigarettes After S**
Sabrina Claudio
Daniel Caesar
Jai Wolf
Dean
Nothing But Thieves
Russ
Mura Masa
Midnight Fusic
6lack
Tiket akan mula dijual di laman web Good Vibes Festival bermula tarik seperti di bawah:
Isnin (25 Mac 2019) jam 12 tengah hari untuk pelanggan U Mobile saja. Korang perlukan kod promo daripada aplikasi MyUMobile untuk membeli tiket early bird dan VIP ini.
Selasa (26 Mac 2019) jam 11 pagi pula adalah untuk semua pembeli.
Selepas hadir dengan filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura bakal muncul dengan naskhah terbaharu lakonannya selepas enam tahun tidak mewarnai kaca televisyen.
Menurut pelakon karya popular Pisau Cukur, dia mendedahkan tiada watak-watak yang menarik dan kekangan masa untuk menguruskan perniagaannya punca dirinya sudah lama tidak muncul menerusi naskhah tempatan.
“Saya kini sedang dalam pengambaran drama. Baru sahaja selesai pengambaran dengan TV3 dan sekarang bersama Astro pula. Jadi, bulan ramadan ini jangan muak lihat muka saya ya.
“Sudah semestinya, saya dah lama rindu nak kembali berlakon. Cumanya, tiada watak-watak yang menarik dan kekangan masa dengan perniagaan saya. Tetapi, Alhamdulillah kali ini rezeki,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ketika ditemui semasa majlis pelancaran koleksi raya, Fazbulous Raya 2024 berkongsi, dia menzahirkan keterujaan akhrinya dapat mengubati kerinduan para peminatnya setelah ‘terpikat’ dengan tawaran-tawaran projek yang diterimanya itu.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata itu berharap penonton dapat menerima lakonannya selepas lebih lima tahun tidak muncul dalam naskhah.
“Bagi saya, tahun ini saya terpikat dengan tawaran-tawaran projek yang saya terima. Jadi, pastinya saya sangat gembira untuk kembali semula di kaca televisyen selepas enam tahun. Ya, saya teruja! Sekali lagi, jangan bosan ya lihat muka saya.
“Subhanallah, terima kasih kepada semua kerana ramai yang bertanya bila saya nak kembali berlakon semula.
“Harap saya dapat memenuhi permintaan anda semua. Sebenarnya insecure dengan lakonan saya okey ke tidak. Tetapi harapnya semua suka ya,” tuturnya panjang.
Sekadar informasi, Nur Fazura mencuri perhatian ramai apabila bergandingan bersama suami tercintanya yang juga aktor, Fattah Amin menerusi filem hit Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gagal sekali tidak bermaksud gagal selamanya.Begitulah yang dapat diungkapkan terhadap kejayaan wakil negara Filipina, Alexie Brooks sebelum mengecap kejayaan sebagai Miss Eco International 2025;...