Pernahkan kita membaca kisah segelintir masyarakat dikasari oleh agen pemungut hutang yang dilantik oleh pihak bank untuk mengutip hutang tertunggak dari pelanggan.
Bermula dari menelefon memaklumkan ada hutang tertunggak, diberikan tempoh masa tertentu untuk bayaran balik, ada ketikanya perasaan malu mula timbul bila agen pemungut hutang mula datang ke pejabat atau rumah untuk mendapatkan wang tertunggak termasuk berani bertanya kepada jiran dan rakan sepejabat di mana anda berada.
Untuk pengetahuan korang, jika identiti anda cuba dikorek oleh agen pemungut hutang sama ada melalui jiran, rakan sepejabat, ia adalah satu KESALAHAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010 (AKTA 709).
Baca ingatan yang dikeluarkan Polis DiRaja Malaysia ini melalui laman rasmi fbnya.
Apa Hak Anda?
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menggariskan beberapa panduan yang perlu diikuti oleh ejen pengutip hutang. Proses pemungutan hutang perlu dilakukan dengan mengikut undang-undang, termasuk melindungi privasi sewaktu mengutip hutang.
Di bawah garis panduan yang disediakan, pihak bank yang menggunakan ejen pengutip hutang perlu pastikan:
- Memupuk standard professionalisme yang tinggi sewaktu mengutip hutang.
• Memastikan ejen menggunakan tindakan yang beretika dalam mengutip hutang.
• Tidak menggunakan kekerasan.
• Memberikan notis pemberitahuan terlebih dahulu kepada penghutang.
• Menunjukkan kad kuasa.
• Memastikan maklumat penghutang tepat dan jelas.
• Mematuhi undang-undang berkaitan perlindungan maklumat dan privasi.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709)
Akta ini memainkan peranan penting untuk melindungi hak individu bagi mengelakkan syarikat menjual, berkongsi, atau menggunakan maklumat anda bagi kepentingan pihak ketiga. Jika anda dapati ejen pengutip hutang telah menggunakan maklumat anda untuk memalukan atau memaksa anda membayar hutang (seperti mendedahkannya kepada rakan-rakan), mereka telah melanggar peraturan di bawah akta ini
Pengutip Hutang Tidak Boleh Mengancam Anda
Pengutip hutang tidak boleh mengancam anda dan juga menggunakan tindakan yang luar dari undang-undang untuk memaksa anda membayar hutang tersebut. Ini termasuklah menceroboh ataupun membuat kerosakan. Mereka juga tidak dibenarkan untuk mengikuti anda dari tempat kerja, dan juga mengintip lokasi anda.
Bagaimana Cara untuk Membuat Aduan?
Anda boleh memfailkan aduan dengan bank berkenaan jika ejen pengutip hutang melanggar etika di atas. Jika anda tidak berpuas hati dengan cara bank menangani aduan anda, anda boleh failkan aduan anda terus ke
Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK (Pusat Hubungan Pelanggan)
1-300-88-5465
bnmtelelink@bnm.gov.my
Waktu operasi: 9:00 am – 5:00 pm (Isnin – Jumaat)
BNMTELELINK (Pejabat Pusat Khidmat Pelanggan)
BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan)
Tel:1-300-88-5465
Faks:03-21741515
E-mel: bnmtelelink@bnm.gov.my
SMS: 15888
BNMLINK atau Bank Negara Malaysia Laman Informasi Nasihat dan Khidmat membantu orang ramai dan ahli perniagaan mengenai isu dan aduan berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk khidmat nasihat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkaitan dengan akses kepada pembiayaan, pengesahan status dan laporan kredit (CCRIS), prosedur pentadbiran pertukaran asing, serta pertanyaan tentang skim kewangan secara haram.
Pihak bank akan menghantar notis pemberitahuan kepada anda untuk membayar hutang terlebih dahulu, jangan abaikan panggilan telefon, surat, atau notis emel dari bank berkenaan dengan pembayaran pinjaman anda. Hubungi pihak bank sekiranya anda mengalami masalah membuat bayaran semula. Bank boleh menawarkan penstrukturan semula bayaran bagi membantu anda kerana pihak bank juga ingin mengurangkan jumlah pinjaman tidak berbayar (non-performing loans).
Segera hubungi pihak berkuasa sekiranya wujud kekerasan yang digunakan oleh ejen pengutip hutang.