Ramai tahu tentang kanser. Sesetengah pesakitnya mampu survival tetapi sesetengah kes diakhiri dengan kematian. Di Malaysia, kanser payudara mencatatkan kematian tertinggi bagi wanita diikuti kanser kolokteral atau kanser usus.
Dan kanser ketiga yang mencatatkan jumlah kematian tinggi adalah kanser serviks atau paling mudah disebut kanser pangkal rahim. Daftar Kanser Malaysia pada tahun 2007 menunjukkan, bilangan kes kanser serviks merangkumi 10.7 peratus daripada 10 kanser paling kerap dalam kalangan wanita di negara ini.
Pada tahun 2007, sebanyak 847 kes kanser serviks terbaru dilaporkan. Oleh itu dianggarkan sebanyak 2-3 kes baru yang dilaporkan setiap hari. Angka ini ternyata semakin menakutkan.
Tapi tiada penyakit tiada ubatnya. Terdahulu, pihak kerajaan dalam Perbentangan Bajet 2012 telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak.
Program ini merupakan satu pendekatan yang dikenali sebagai catch up bagi wanita yang berumur 18 tahun untuk mencegah kanser serviks.
Apa korang kena tahu tentang vaksin HPV atau disebut sebagai Human Papilloma Virus?
Terkini, bagi wanita warganegara Malaysia yang berusia anak gadis berusia 22 hingga 27 tahun, boleh dapatkan suntikan vaksin HPV secara percuma di semua klinik Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Untuk edisi 2018, program ini dibuka untuk wanita yang belum berkahwin dan juga lahir pada tahun 1991 hingga 1996 (22 hingga 27 tahun pada 2018), untuk warganegara Malaysia atau penduduk tetap Malaysia.
Program vaksin percuma ini hanya diperuntukkan kepada 27,000 wanita yang terawal. Setiap klinik mempunyai kuota stok vaksin yang berbeza.
Anda boleh mendaftar untuk program vaksinasi di mana-mana Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara.
Syarat kelayakan untuk program ini adalah seperti berikut:
– Dilahirkan pada tahun 1991, 1992, 1993, 1994, 1995, atau 1996
-Bujang dan belum pernah berkahwin
-Tidak hamil
-Tidak mempunyai alergik yang teruk atau penyakit serius yang memerlukan perubatan segera
Tahu tak, harga bagi semua suntikan ini ialah RM540 dan ianya diberikan kepada siapa cepat dia dapat. Ada tiga kali suntikan di mana suntikan pertama dan kedua, akan dilakukan dalam tempoh sebulan dari tarikh diberi. Diikuti 6 bulan bagi suntikan ketiga.
Kenapa perlunya ada vaksin HPV ini?
-Vaksinasi yang diberi dapat mencegah kanser serviks akibat jangkitan HPV
-Sebaik-baiknya vaksinasi ini diberi sebelum hubungan kelamin terjadi
-Vaksin ini adalah halal
So, kalau korang lahir tahun 1991 dan tahun-tahun seperti dinyatakan dia atas, ada adik atau kakak yang lahir tahun yang sama dan belum mendapatkan suntikan ini, segeralah ke LPPKN yang terdekat. Bukan apa, mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Sumber :- Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara & Public Health Malaysia